December 29, 2006

Ilmu Memagar Diri dan Rumah

[Entry for Alex Lacey]

Please refer to my previous entry on Wednesday, March 29, 2006
-----------------------------------------------------------------------

A very good tip from Fauzynm website.

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan sejak dahulu oleh para anbiya’.

Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1) Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekaligus. Buat berasingan).

3) Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja.

Dan semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.

Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserahlah pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula, caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri; dan semasa membaca ayat Kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk di sekelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri, ada syaratnya pula.

Dari pengalaman orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, pernah terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.

Jika ini terjadi, maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu.

Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibu bapa pula, ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil.

Cuma semasa kita melakukan, niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan izin Allah SWT).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu lagi cara yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat Kursi di sekeliling dalam rumah.

Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada di dinding rumah. Baca ayat Kursi berulangkali di keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas.

Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri.

Kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama.

Jadi, pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak!!!

Wallahu 'alam.

December 27, 2006

Akhlak Rasulullah SAW

Antara 10 Akhlak yang telah dicontohkan daripada akhlak Rasulullah SAW ialah:
  1. Sabar
  2. Memaafkan
  3. Malu
  4. Pemurah
  5. Mengutamakan Orang Lain
  6. Bercakap Hanya Perkara Yang Baik
  7. Adil Terhadap Diri Sendiri
  8. Berbaik Sangka
  9. Ringan Tangan
  10. Serba Sederhana

Wallahu a'lam.

[Source: NUR, Disember 2006]

December 22, 2006

Amalan untuk Memperoleh Zuriat

[Entry for Cuaca]

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita.

Yang paling penting, mulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga semasa menutup bacaan doa.

Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. [Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."]
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" [Allah Yang Maha Memiliki Keagungan] sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" [Yang Tiada Permulaan ada-Nya] 333x setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

Wallahu a'lam.

[Source: NUR, Disember 2006]

December 20, 2006

Berpantang secara Tradisional Melayu

[Entry for Cuaca]

[Credits to: ZORADATOLAKMA BT HJ DIN]

Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya.

Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran.


Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin seperrti Mustika Ratu, Lia Sari, Sari Ayu, Nona Roguy dan banyak lagi.

RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang.

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.

Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka.


Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.

Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.

Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.

Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.

Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

Bertungku

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.


Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.


Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.

Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).


Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Berurut Menyegarkan Badan

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.

Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:

  • Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]
  • 3 camca besar halba
  • 4 cm halia (Zingiber officinale)
  • 4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • 5 biji bawang merah (Allium cepa)
  • Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
Mandi
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Mandi Dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.
Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
  • Segenggam halba (dipunjutkan)
CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:
  • Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
  • Sediakan bahan-bahan di atas.
  • Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
  • Masukkan halba yang dipunjutkan.
  • Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.
Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.
Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan.
Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
Mandi Lulur
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit.
Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit.
Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita.
Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.
BERTANGAS
Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).
Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan Tangas:
  • 9 keping asam gelugur
  • 2 camca besar garam jantan
  • 3 helai daun sirih (Piper betel)
  • Segenggam inai (Lawsonia terma)
  • Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
  • 3 biji manjakani
  • Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.
PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG
Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.
Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.
Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis.
Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.
Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:
  • Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)
  • Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari
  • Isi kunyit terus sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola pingpong
  • Secawan air kosong
  • Periuk tembikar dan sudip
  • Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
Cara menyapu jadam:
Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.
Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
BERTASAK
Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan.
Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.
Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.
Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum.
Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.
Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.
Minum air akar kayu dan jamu
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.
Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.
Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.
Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.
Makanan berkhasiat untuk yang berpantang
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun.
Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.
Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.
Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.
Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang.
Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin.
Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
------------------------------------------------------------------
Cara-cara mengikat bengkung:
1. Sempurnakan ikatan barut.
2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.
3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.
4. Bahagian depan siap diikat.
5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.
Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:
1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.
3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.
5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang.
Wallahu a'lam.

December 18, 2006

Ada Apa Pada Niat dan Cinta?

Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat.

Barangsiapa yang adalah qasad dan niatnya itu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jika niat dan qasadnya itu adalah semata-mata kerana kebendaan duniawi, maka ia berada di dalam kerugian yang amat sangat.

Sesungguhnya cinta itu terbit dari hati yang tulus ikhlas.

Cinta adalah indah,
Seandainya yang dicintai itu Habibullah (Rasulullah SAW),
Penyakit cinta amatlah parah,
Kerana cinta adalah penyakit arwah,
Jika benar kamu cintakan Allah,
Kau akan kasih sekalian Ahlullah,
Sentiasa bermain di bibir kalimah 'ALLAH',
Dan sentiasa kau asyikkan Rasulullah SAW,
Nikmat cinta amatlah lazzah,
Peroleh dengan suhbah Sufiah,
Cinta Haqiqi - cinta yang mengenalkan diri,
Cinta Majazi - semakin takabbur mendakwa wali,
Dilimpahi Cinta Illahi - mereka yang merendah diri,
Rendah diri bukan bermakna tunduk,
Tetapi kosong hati daripada sekalian makhluk,
Melainkan terhadap Mereka yang menjadi Petunjuk.

[Credits to: Abu Al-Baqir]

December 15, 2006

Fadhilat 10 Surah Al-Quran

10 perkara dapat menghalang 10 perkara:

  1. Surah Al-Fatihah dapat menghalang kemurkaan Allah SWT
  2. Surah Yaasin dapat menghalang dahaga pada hari Kiamat
  3. Surah Ad-Dukhaan dapat menghalang huru-hara hari Kiamat
  4. Surah Al-Waqiah dapat menghalang kefakiran
  5. Surah Al-Mulk dapat menghalang azab kubur
  6. Surah Al-Kautsar dapat menghalang kejahatan musuh
  7. Surah Al-Kafiruun dapat menghalang kekufuran ketika waktu nazak
  8. Surah Al-Ikhlas dapat menghalang sifat nifaq
  9. Surah Al-Falaq dapat menghalang hasad dengki manusia
  10. Surah An-Naas dapat menghalang was-was
Wallahu a'lam.
[Credits to: Abu Al-Baqir]

December 13, 2006

Amalan Memudahkan Bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.


*************************************************


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.

December 11, 2006

Surah Al-Kursi: Perlindungan Diri, Keluarga & Harta Benda

[Entry for Alex Lacey]

1. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu; setiap pagi dan petang; setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya; bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100x, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Wallahu a'lam.

December 08, 2006

Tasbih dan Tahmid

Ada 2 kalimah ringan di lidah dan berat di timbangan iaitu:
  1. Subhanallah
  2. Alhamdulillah
Gunakanlah waktu senggang kita dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan tasbih dan tahmid memuji-Nya.
Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, amiinnn.
Wallahu a'lam.

December 06, 2006

Amalan Ketika Mengandung

[Entry for Mama_fynn]

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga

**************************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

December 04, 2006

Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan

  1. Rumah yang bersih.
  2. Penghuninya membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah.
  3. Penghuninya sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat).
  4. Penghuninya jujur dan memenuhi janji.
  5. Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal).
  6. Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra).
  7. Penghuninya berbakti kepada ibu bapa.
Wallahu a'lam.

December 01, 2006

15 Senjata Menghalang Syaitan

  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
  2. Banyakkan berzikir
  3. Banyakkan Beristighfar
  4. Baca "La ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zhoolimin"
  5. Jangan tidur berseorangan
  6. Baca doa pagi dan petang
  7. Bersugi
  8. Melaksanakan Solat Jemaah
  9. Berwudhuk sebelum tidur
  10. Menutup aurat
  11. Membaca doa masuk tandas
  12. Banyak berselawat pada hati
  13. Bertaubat, beristighfar
  14. Banyakkan membaca Al-Quran
  15. Membaca Surah Yassin setiap pagi
Wallahu a'lam.

November 29, 2006

15 Pintu Syaitan

15 Pintu Syaitan yang ada di dalam diri kita:
  1. Pintu marah
  2. Cinta dunia
  3. Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
  4. Panjang angan-angan
  5. Rakus
  6. Bakhil
  7. Suka pada pujian
  8. Riak
  9. Ujub (merasa kagum)
  10. Takut dan gelisah
  11. Buruk sangka
  12. Memandang rendah pada orang lain
  13. Merasa suka pada dosa
  14. Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
  15. Putus asa daripada rahmat "ALLAH"
Wallahu a'lam.

November 27, 2006

Batas Pergaulan dalam Islam

Batas Pergaulan bukan hanya Fizikal, malah Mental serta Spiritual

Soalan:


SAYA selalu mendengar ceramah motivasi Islam yang melarang remaja bergaul bebas, terutama apabila kumpulan remaja menyambut sesuatu pesta.

Namun saya kurang arif maksud batas pergaulan yang menurut syariat. Adakah maksudnya kita mesti menjauhkan diri daripada insan berlainan jenis sepanjang masa?

Ini tidak mungkin berlaku kerana kehidupan sekarang yang bermobiliti sangat tinggi sehingga ke alam siber.

Remaja Moden,
Johor Bahru, Johor

Jawapan:

CIRI insan cemerlang berlandaskan agama mengambil kira isu pergaulan antara lelaki dan perempuan yang perlu difahami secara menyeluruh. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin (iaitu yang bukan mahram) perlu dijaga agar tidak terbabas daripada tuntutan syariat serta akhlak. Batas pergaulan ini bukan hanya membabitkan fizikal, malah mental dan spiritual.

Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." [Surah Al-Israk: ayat 32]

Al-Quran menyebut ‘jangan mendekati zina’ sebagai langkah-langkah kewaspadaan menjaga pergaulan berlainan jantina agar tidak terlanjur kepada perzinaan yang secara popularnya disebut sebagai pergaulan seks bebas.

Antara langkah menjauhi perzinaan atau seks bebas:

1. Menjauhi zina minda

Contohnya: jika seseorang lelaki duduk berjauhan daripada seorang wanita, tetapi mindanya membayangkan sedang melakukan perbuatan lucah dengan wanita itu, dia ketika itu melakukan dosa walaupun secara zahirnya berjauhan daripada wanita itu.

Dia sebenarnya sedang melakukan ‘zina minda.’ Kes begini banyak terjadi di alam siber, melalui internet chatting, bertukar gambar di e-mel dan internet TV. Perlakuan ini perlu dijauhi. Jika telah terlanjur melakukannya, banyakkan beristighfar.

2. Menjauhi zina mata

Demikianlah juga dengan pandangan mata. Jika seseorang lelaki melihat seorang wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia melakukan ‘zina mata.’

Sahabat Rasulullah SAW, Jarir bin Abdullah, pernah berkata: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak disengaja, maka sabdanya: "Palingkanlah pandanganmu." [Hadis Riwayat Muslim]

Nabi juga bersabda kepada Saidina Ali: "Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua." [Hadis Riwayat Abu Daud]

Demikian juga melihat gambar wanita dan lelaki yang tidak menutup aurat, separuh bogel di depan mata, televisyen, paparan komputer dan juga papan iklan tepi jalan. Banyakkan beristighfar, minta ampun daripada Allah.

Namun, pandangan pertama kali adalah dimaafkan seperti maksud hadis di atas

3. Menjauhi daripada berdua-duaan

Ketika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Justeru, ia dilarang oleh agama.

Berhubung perkara ini, Nabi bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." [Hadis Riwayat Ahmad]

Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat.

4. Menjauhi daripada bersentuhan

Jika melihat seseorang wanita dengan syahwat dilarang oleh agama, bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah lagi.

Dalam sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan: "Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya."

Dalam riwayat yang lain Nabi bersabda: "Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." [Hadis Riwayat Thabrani]

Bagaimanapun, pergaulan antara lelaki dan wanita bukanlah dilarang secara 100%. Apa yang dilarang ialah pergaulan bebas. Namun dalam suasana tertentu yang terkawal, ia diizinkan.

Contoh: ketika menuntut ilmu dan berjual beli.

Dr Danial Zainal Abidin,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy.

[Persoalan dan Jawapan: Layari http://www.wanitajimceria.blogspot.com]

November 24, 2006

Fadhilat Solat Sunat

Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW, sesetengah solat sunat itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Bukan sahaja di segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.

Misalnya, orang yang mengamalkan solat Tahajjud di tengah malam, ia dikurniakan rezeki yang mudah, disamping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai dan doanya dimakbulkan Allah SWT. Demikian juga mereka yang mengamalkan solat sunat Dhuha.

Orang yang mengerjakan solat Tarawih di bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Orang yang mengamalkan solat sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah.

Demikianlah berbagai fadhilat dan faedah yang dapat diraih bagi mereka yang mengamalkan berbagai solat sunat.


Wallahu a’lam.

November 22, 2006

Neraka

Neraka adalah tempat menerima hukuman jahat yang telah dilakukan semasa di dunia. Neraka penuh dengan pelbagai azab yang ngeri dan menakutkan.

Walaupun ramai manusia yakin dengan kewujudan neraka dan azabnya, namun mereka masih melakukan perkara-perkara yang mendorong kepadanya lantaran nafsu, tamak, cintakan duniawi, cintakan kemegahan, keakuan, ego dsb.

Manusia dan jin akan diseksa di dalamnya mengikut kadar keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah SWT.

Orang-orang kafir musyrik, munafik dan orang-orang murtad akan selamanya kekal di dalam api neraka.

Manakala orang-orang beriman yang melakukan perbuatan dosa semasa di dunia akan memasukinya mengikut tahap amalan dosa yang telah dilakukan. Kemudian, pada akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan kekal buat selama-lamanya di situ.

Sabda Rasulullah SAW:

"Syurga itu dikelilingi atau dipagari oleh perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu. Manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara-perkara yang disukai oleh nafsu."

Tingkat dan nama-nama Neraka:

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Lazhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Huthamah

Malaikat penjaga neraka ialah Malaikat Zabaniah AS.

"Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniah." [Al-Alaq: 18]

"Seringan-ringan azab neraka pada hari Kiamat ialah orang yang diletakkan di bawah tumitnya dua bara api yang cukup mendidihkan otak. Dia merasakan bahawa tidak ada seorangpun yang lebih berat azab daripadanya. Sedangkan itulah azab yang paling ringan di neraka."

[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Wallahu a'lam.

November 20, 2006

Syurga

Syurga adalah tempat kediaman abadi bagi hamba-hamba Allah yang mukmin. Di dalamnya terdapat pelbagai nikmat zahir dan batin.

Nikmat yang paling besar di dalam Syurga adalah dapat melihat Allah yang tidak ada suatupun yang menyerupai-Nya.

"Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah ahli syurga. Mereka kekal di dalamnya." [Surah Al-Baqarah: 82]

"Aku (Allah) telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati manusia." [Hadis Qudsi: Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Tingkat dan nama-nama Syurga:

1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Ma'wa
5. Syurga Darussalam
6. Syurga Darul Muqamah
7. Syurga Al-Maqamul Amin
8. Syurga Khuldi


Malaikat yang menjaga Syurga ialah Malaikat Ridhwan AS.

"Ahli syurga masuk ke dalam syurga dan ahli neraka masuk ke dalam neraka. Kemudian Allah menyeru (kepada malaikat penjaga neraka): "Keluarkanlah setiap orang yang ada di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari keimanan". Mereka (orang-orang mukmin) itu lalu keluar dari neraka dan tubuh mereka sudah hangus dan berwarna hitam. Lalu mereka dimasukkan ke dalam sungai 'Hayat' (sungai kehidupan), maka tumbuhlah badan mereka (menjadi manusia yang baik dan sempurna) sebagaimana tumbuhnya biji yang terbawa banjir. Tidakkah engkau lihat biji itu kemudiannya tumbuh kering lagi membelok-belok."

[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

"Akan keluar dari neraka, setiap orang yang mengucapkan 'La Ilaaha Illallah' dan di dalam hatinya ada kebaikan sebesar kacang. Dan akan keluar dari neraka orang yang pernah mengucapkan 'La Ilaaha Illallah' dan di dalam hatinya terdapat kebaikan sebesar gandum. Juga akan keluar dari neraka orang yang mengucapkan 'La Ilaaha Illallah' dan di dalam hatinya terdapat kebaikan sebesar debu."

[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

"Akan keluar dari neraka satu golongan dengan syafaat Nabi Muhammad SAW, lalu mereka masuk ke dalam syurga dan mendapat gelaran 'Jahannamiyyiin' ertinya bekas orang-orang yang dihukum di neraka Jahannam."

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Wallahu a'lam.

[Sumber: Panduan Fardhu Ain Lengkap oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami Al-Fathani]

November 17, 2006

Tingkat Syurga

Nabi Ibrahim AS pernah berpesan kepada Nabi Muhammad SAW pada saat perjumpaan keduanya di malam Mikraj:

"Hai Muhammad, sampaikan salamku untuk umatmu dan ceritakan kepada mereka bahwa syurga bertanahkan wangi-wangian, airnya terasa segar dan tanaman-tanamannya adalah "Subhanallah", "Alhamdulillah" dan "La Ilaaha Illallah".

Syurga ibaratnya, tidak ada mata yang pernah melihatnya dan tidak ada telinga yang pernah mendengarnya, bahkan tidak sedetikpun bisa terbersit dalam hati manusia, dari sesuatu yang maha sempurna. Kerana itulah kebahagiaan yang hakiki.

Tingkat syurga terendah adalah perumpamaan seseorang yang berkesempatan menikmati kampung halamannya, melihat isterinya, sanak saudaranya dengan penuh kebahagiaan selama seribu tahun. Dan tingkat tertinggi syurga adalah melihat Allah siang dan malam. Muka-muka mereka pada hari itu berseri kerana melihat Tuhan mereka. [H.R. Tirmizi]

Siapakah tetamu-tetamu yang berhak mendapat jamuan syurga ketika bertemu Allah nanti?

Mereka adalah orang-orang yang telah dijelaskan oleh Al-Qur'an dalam Surah Ali-Imran, ayat 133-135 sebagai berikut:

1. Orang-orang yang bertaqwa iaitu mereka yang takut kepada Allah, dengan menjalankan semua perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

2. Orang-orang yang menyedekahkan hartanya sesuai dengan anjuran agama, baik ianya zakat, sedekah mahupun infak, baik dalam keadaan sulit mahupun mudah. Ketika mereka banyak rezeki, tidak mencerminkan orang yang cinta harta. Bahkan ketika mereka dalam kesulitan, sama sekali tidak mencerminkan keperitan atau kebakhilan.

3. Mereka yang bisa menahan amarah dan tidak berbuat aniaya.

4. Mereka yang pemaaf dan yang [demi kebaikan] selalu memaafkan orang yang pernah menganiayainya dan memusuhinya.

5. Mereka yang ketika melakukan perbuatan tercela, segera ingat kepada Allah dan meminta keampunan-Nya atas dosa-dosa yang dilakukannya.

6. Mereka yang tidak suka berlarut-larut dalam kesalahan dan perbuatan dosa.

Dalam Surah Al-Mu'minun, ayat 1-11 juga dijelaskan sifat-sifat penghuni syurga, sebagai berikut:

7. Orang-orang yang beriman dengan rukun-rukun iman, iaitu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat Allah, kitab-kitab Allah, nabi-nabi Allah, hari akhir dan ketentuan dan keputusan Allah. Mereka beriman dengan lisan, hati dan perbuatan mereka.

8. Mereka yang mendirikan solat mereka dengan khusyuk.

9. Mereka yang meninggalkan hal-hal yang tidak berguna, dan yang memanfaatkan waktu mereka untuk tindakan-tindakan yang bermanfaat.

10. Mereka yang membayar zakat, baik zakat harta mahupun zakat fitrah.

11. Mereka yang menjaga alat kelamin mereka dari perbuatan zina dan pelanggaran seksual yang dilarang agama.

12. Mereka yang sentiasa memenuhi amanah dan janji-janji mereka.

13. Mereka yang sentiasa menjaga solat-solat mereka.

Wallahu a'lam.

November 13, 2006

Selasih








Selasih Hijau 1














Selasih Hijau 2



















Selasih Merah



Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Kerana Kasih Hamba Turutkan.

November 10, 2006

Doa Mohon Anak

1. Surah Ali-‘Imran: ayat 38

[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

2. Surah Al-A’raaf: ayat 189


[189] Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

3. Surah Al-Anbiaa’: ayat 89

[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Wallahu a'lam.

November 08, 2006

Isteri Mithali, Isteri Solehah

1. Mithali bermaksud - "Baik, boleh dicontohi, solehah." (mithali berasal dari perkataan misal iaitu contoh)

2. Rasulullah SAW bersabda: "Dunia ini baik tetapi yang paling baik ialah isteri solehah."

3. Isteri yang menyediakan minuman dan memberi suami minum dapat pahala seperti solat malam.

4. Di dalam Al-Quran ada banyak gambaran tentang isteri solehah dan kita di zaman moden ni kenalah mengamalkannya mengikut perubahan masa. Yang penting ialah intipati isteri solehah.


Antara gambaran-gambaran itu ialah:

(a) Khadijah isteri Rasulullah SAW: Membantu Rasulullah dalam kewangan.

(b) Aisyah: Kelebihannya ialah beliau kreatif, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pandai menghibur Rasulullah SAW.


Pernah pada suatu masa Rasulullah jatuh sakit, Saidatina Aisyah mengubati baginda.

Baginda Rasulullah bertanya: "Ya Aisyah, bagaimana tuan hamba tahu mengubati saya?"

Jawab Saidatina Aisyah: "Ya Rasulullah, saya belajar tentang ubat-ubat herba ini dari orang-orang yang datang berjumpa kamu".

5. Rasulullah SAW bersabda: "Wanita amat mudah memasuki syurga sekiranya kamu: (a) mengerjakan solat 5 waktu, (b) berpuasa di bulan Ramadhan, (3) mentaati suami, dan (d) menjaga kehormatan diri. Allah SWT menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."


6. Selain daripada 4 perkara di atas, isteri mithali juga mesti memastikan bahawa tanggung jawab diri sendiri sudah dilaksanakan seperti menjaga kebersihan diri, menjaga solat, mempastikan kiraan haid betul supaya tahu bila nak bersuci, begitu juga dengan kiraan nifas dan tatarias diri.

Selepas mandi hadas besar atau setelah bersuci dari haid & nifas, wanita perlu ambil minyak wangi dengan kapas dan menyapu minyak wangi tersebut di tempat keluar haid dan nifas. Ini ajaran Rasulullah SAW.

7. Wanita juga perlu ada inisiatif untuk mencari ilmu, tidak perlu menunggu suami.


Rasulullah SAW bersabda: "Wanita yang paling baik ialah wanita Ansar yang tahu menunggang unta dan dalam masa yang sama tidak malu untuk mencari ilmu."

Bagi wanita di zaman sekarang , unta itu ibarat kereta (kenderaan). Wanita boleh mencari pendapatan sendiri supaya boleh membantu suami seperti Saidatina Khadijah dan dapat bersedekah dengan wang pendapatannya.

8. Wanita mesti tahu menjaga kehormatan diri. Selain dari menjaga kehormatan, wanita juga perlu tahu kemampuan diri.


Contohnya: Katalah suami inginkan ramai anak, sebagai isteri wanita sanggup melahirkannya. Tapi selalunya wanita yang telah melahirkan anak yang ramai akan kelihatan cepat tua. Si suami pula, bila dah macam tu suka cari yang lain. Kasihan wanita. Justeru itu, wanita juga berhak membuat keputusan, bukan suami sahaja. Dia mesti tahu kemampuan kesihatannya.

Bagi pasangan zaman sekarang, ramai yang pergi bekerja & berjumpa dengan orang lain di tempat kerja. Pada masa inilah iman perlu kuat. Suami perlu tahu kehendak isteri dan isteri pula perlu tahu kehendak suami supaya masing-masing tidak mencari yang lain.


Contohnya: Bila tiba harijadi isteri, suami tak beri apa-apa pun, ucapanpun tidak. Tapi Boss di tempat kerja beri hadiah dan kawan-kawan belanja makan. Si isteri gembira dapat perhatian dari orang lain. Jadi, si isteri mungkin lebih sayangkan Boss daripada suami.

Kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap sesuatu ada kebaikan. Jangan bandingkan suami kita dengan orang lain.


Contoh: Suami si polan tu rajin tolong bini dia masak tapi abang tak dll. Mana tahu suami si polan tu suka membebel pula dan suami kita tidak. Janganlah sampai suami kita membandingkan kita dengan isteri orang atau wanita lain.
Buruk akibatnya.

Dalam peristiwa Israk & Mikraj ini, golongan lelaki & perempuan yang tak pandai menjaga kehormatan diri dipanggil sebagai "Orang-orang yang memakan daging haram".

Contohnya: Suami yang ada hubungan sulit dengan isteri orang dan sebaliknya.

9. Dalam Surah Al-Imran, Allah SWT menerangkan bahawa lumrah lelaki ialah mereka memang sukakan wanita. Justeru itu, isteri mesti pandai menjaga hati suami.

10. Jangan dibuai rasa sunyi. Sekiranya suami pergi outstation lama-lama, si isteri mesti pandai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan seperti berpersatuan dsb. Jangan disebabkan rasa sunyi, kita akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

11. Taat kepada suami.


Inilah yang paling susah. Sebagai contoh, sekiranya suami marahkan anak, si isteri janganlah menyebelahi anak dan memalukan suami di hadapan anak.

Pernah suatu ketika, Saidatina Aisyah sudah menjahit langsir dan digantung di jendela. Bila Rasulullah pulang, baginda berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah, bukankah kain itu lebih baik dibuat bantal?"

Tanpa berlengah, Saidatina Aisyah terus menurunkan langsir itu dan memotong kain langsir tersebut untuk dijadikan bantal.

12. Suami dan isteri tidak perlu berkira tentang soal peranan. Takut nanti masing-masing akan menyalahkan satu sama lain. Suami isteri haruslah bertaqwa.


Rasulullah SAW bersabda: "Saling memaafkanlah di antara kamu kerana itu lebih hampir kepada ketaqwaan."

13. Isteri perlu mendapat sokongan dari suami untuk menjadi isteri solehah. Jangan nakkan isteri baik, tapi suami tidak berperangai sepatutnya.


Walaupun begitu, ada disebutkan di dalam Al-Quran tentang isteri beriman tetapi suaminya tidak. Contohnya: Asiah isteri Firaun.

Di situasi begini, si isteri perlu membimbing suami, sentiasa bersabar dan yakin pertolongan Allah akan tiba. Sentiasalah berdoa dan percayalah bahawa setiap orang ada kelebihannya masing-masing.

Manusia itu lemah. Bagaimana sombongnya dia, pasti ada satu titik kelemahan padanya. Yakinlah bahawa Allah akan mengubah suami yang sombong dan tinggi egonya.


Lelaki perlu ada ego tetapi tidak boleh keterlaluan. Ego itu perlu seperti cemburu melihat isteri bergaul bebas dengan bukan muhrim. Kalau tiada perasaan ini, suami itu tiada sifat kelelakian. Janganlah jadi lelaki dayus.

.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*

1. Kepada lelaki yang nak berkahwin, kahwinlah dengan wanita yang boleh beranak kerana dia pandai berkasih sayang. Sekiranya dia tidak boleh beranak, carilah yang pandai menyayangi.

2. Wanita perlu pandai menjaga diri hingga ke usia tua.

3. Ayat Al-Quran yang menerangkan kedudukan wanita ketika usia menopause ialah Surah An-Nur: ayat 60.

Di dalam ayat ini diterangkan bahawa wanita hendaklah menjaga kelakuan mereka supaya mereka sopan. Jalinkan kemesraan bersama suami dan lakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama.

4. Hadis Rasulullah SAW: "Mana-mana isteri yang melayan kehendak kelamin suami akan mendapat pahala seperti solat malam."

5. Isteri mestilah mendapat redha suami, sokongan dan persetujuannya. Mesti pandai menunjukkan kasih sayang. Apabila disuruh, ia taat dan pastikan rezeki di rumah itu adalah dari sumber yang halal.

Rabiatul 'Adawiyah pernah berkata kepada ayahnya: "Aku sanggup berlapar dari makan makanan yang haram."

Perkara yang paling penting ialah mendapat keberkatan dari rezeki yang sedikit tetapi mencukupi. Bukan yang banyak tetapi tidak mencukupi.

Perkara-perkara yang boleh menghalang isteri dari menjadi mithali:

1. Terlalu cemburukan suami.

2. Mengabaikan hak suami.

3. Mengelak hubungan kelamin tanpa sebab.

4. Tidak mahu menemankan suami tidur.

5. Bergaduh tentang perkara yang kecil & remeh-temeh.

Isteri yang baik ialah isteri yang mahukan kebaikan untuk suami.

Suami sepatutnya menjadi Imam dan isteri pula menjadi pendokong kepada suami. Di setiap kejayaan sesebuah rumahtangga, di belakangnya ialah seorang isteri.

Perlu berjihad di dalam rumahtangga, berkorban untuk kebahagiaan rumah tangga.

Suami & isteri perlulah sentiasa berpesan di antara satu sama lain untuk mengingati Allah dan bertaqwa kepada Allah.

Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah kerana doa itu penting. Ianya adalah senjata orang mukmin.

Berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain, berkasih sayang, redha dan bersyukur selalu kepada Allah SWT.

Wallahu a'lam.

November 06, 2006

Doa selepas Solat Fardhu

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan ikutan orang-orang yang bertaqwa, serta ke atas keluarga dan ahli-ahli rumahnya dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan pada agama dan kesihatan jasad, dan ditambahkan ilmu pengetahuan, dan keberkatan rezeki, dan bertaubat sebelum mati, dan rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.

Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, dan lepaskanlah dari api neraka, dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab).

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dalam dunia ini dan juga di dalam akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.


Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amiinnn.

November 03, 2006

Asmaul Husna

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk Syurga."
[Riwayat Sahih Bukhari]
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melindungi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Permulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Pemberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
[Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi]
1. "Ya Allah!" Apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, insya-Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insya-Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insya-Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardhu Isyak, insya-Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insya-Allah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" Apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12. "Ya Khaliq!" Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insya-Allah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13. "Ya Baarii'!" Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insya-Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14. "Ya Musawwir!" Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa.
Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, insya-Allah akan dikurniakan anak yang soleh.
15. "Ya Ghaffaar!" Sambil beriktikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insya-Allah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16. "Ya Qahhaar!" Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia & insya-Allah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barangsiapa yang selalu di dalam kesempitan, insya-Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apapun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, insya-Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga! Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh, insya-Allah hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insya-Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, insya-Allah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insya-Allah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x, insya-Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insya-Allah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insya-Allah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insya-Allah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insya-Allah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" Dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insya-Allah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insya-Allah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, insya-Allah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, insya-Allah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & bertekad untuk tidak mengulanginya, insya-Allah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insya-Allah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110x (tulisan dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, insya-Allah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insya-Allah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" Dizikir sebanyak 99x, insya-Allah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. Insya-Allah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, insya-Allah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, insya-Allah kita akan mendapat perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju.
Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. Insya-Allah.
45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hamba-Nya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insya-Allah, Allah akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, insya-Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insya-Allah Allah akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insya-Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000x pada setiap malam. Insya-Allah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insya-Allah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, insya-Allah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, insya-Allah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insya-Allah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin-Nya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insya-Allah.
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insya-Allah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" Amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, insya-Allah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum" sebanyak 1,000x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, insya-Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, insya-Allah.
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insya-Allah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, insya-Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insya-Allah nescaya segala usahanya akan berhasil.
72. "Ya Muahkhir!" Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insya-Allah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, insya-Allah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no.75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. Insya-Allah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insya-Allah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insya-Allah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. Insya-Allah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, insya-Allah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insya-Allah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada di kalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangkawaktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insya-Allah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, insya-Allah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insya-Allah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insya-Allah akan diberikan pertolongan Allah dan akan cepat terlepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insya-Allah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, insya-Allah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. Insya-Allah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.
Doa-doa yang Makbul
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa yang Makbul
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa."
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah SAW & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadarNya serta sentias sabar sehingga menemui-Nya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepada-Nya.
Sentiasa berzikir kepada-Nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, namun masih tidak dapat lagi membendung hajat hati si hamba itu.
Wallahu a'lam.