July 31, 2006

Tanda Tangan Petition Online

[Entry 1]

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia.

Mesyuarat pada 16 Julai 2006/19 Jamadilakhir 1427H dihadiri lebih daripada 50 NGO, pertubuhan pelajar, Jawatankuasa Penduduk, organisasi Masjid serta Surau telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia.

PEMBELA bagi pihak seluruh umat Islam MENYERU :

1. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu-individu beragama Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam.

2. Pihak kerajaan, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan ketua-ketua masyarakat mengambil tindakan proaktif mempertahankan kedudukan istimewa Islam di Malaysia daripada diganggu gugat oleh pihak-pihak berkepentingan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

[Entry 2]

PENGUMUMAN :

Jumlah tanda tangan mencecah 30,000. Kita masih memerlukan lebih banyak tanda tangan sebagai sokongan dan komitmen kita untuk melihat kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia diperkukuhkan dan memberi mesej yang jelas tentang harapan dan hasrat kita mengenai masa depan negara.

Kita mohon jasa baik saudara/saudari sekalian untuk segera menghantar borang tanda tangan. Ini antara salah satu inisiatif kita secara aman dalam kerangka saluran undang-undang yang sedia ada.

PENGUMUMAN PENTING: Tarikh akhir penerimaan borang petition yang telah ditanda tangan ialah sebelum 4 Ogos 2006.

Maklumat lanjut dan penghantaran borang boleh dihantar seperti maklumat di bawah :

Panduan Kepada Koodinator Tandatangan :

1) Sila dapatkan tandatangan sahabat, saudara, jiran, rakan kerja dan sebagainya dengan mengisi Borang.
2) Tentukan semua maklumat seperti yang diminta dilengkapi.
3) Jangan isi ruang Nombor di sebelah kiri.
4) Buat salinan jika tidak mencukupi.
5) Setelah penuh, sila kembalikan ke pejabat Al-Nidaa'
6) Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Zainuddin (012-2820244), Burhanuddin Omar (012-2182337), Ahmad Kamal Ariffin (019-2209125) dan Khairul Anuar (019-2276666)

Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia
17A Tingkat Satu
Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur

--------------------------------------------------------------------------

Sila tandatangan secara On-line di sini

http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/

Demi mengesahkan petition - jangan ragu-ragu memberikan nama sebenar, email dan no KP tuan/puan. Semoga Anda semua di bawah rahmat Allah s.w.t. (sila edarkan)

Website berkaitan:

http://www.myislamnetwork.net/portal/

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x