January 30, 2006

Adab & Kewajipan Mertua Terhadap Menantu

  1. Menghargai kemerdekaan rumahtangga menantu.
  2. Bersikap adil.
  3. Menganggap menantu bagai anak sendiri.
  4. Tidak membezakan menantu dalam hal keduniaan.
  5. Berusaha mengekalkan jodoh mereka (anak dan menantu).
  6. Menyamakan kasih sayang kepada semua cucu.
  7. Jauhilah cucu dari perkara haram atau syubhat.
  8. Membantu mendidik agama kepada keluarga menantu.
  9. Membantu mensejahterakan rumahtangga menantu.
  10. Sentiasa mendoa kebaikan kepada menantu sekeluarga.
(Copyright Controlled)
Wallahu'alam.

January 27, 2006

January 25, 2006

Batuk: Jenis & Tahap

Batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk tubuh badan. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan alahan.

Terdapat 2 jenis batuk yang utama iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.

Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi faktor penyebab dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk mengenalpasti jenis batuk yang dialami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.

Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

Sekiranya kahak berwarna hijau atau coklat, ini menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

Batuk yang tidak berkahak pula menimbulkan rasa kering, gatal dan perit di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.

Wallahu'alam.

January 23, 2006

Keresahan (Depression)

Tanda-tanda Keresahan
  1. Denyutan nadi dan/atau kadar pernafasan yang cepat
  2. Menjangka sesuatu yang terburuk dalam mana-mana keadaan
  3. Jantung yang berdebar-debar
  4. Kemerosotan prestasi kerja
  5. Mudah berpeluh
  6. Rasa 'kecut perut'
  7. Loya dan cirit-birit
  8. Badan yang menggigil dan menggeletar
  9. Sesak nafas
  10. Sukar hendak tidur
  11. Rasa sakit yang tidak diketahui puncanya (seperti sakit kepala)
  12. Hilang keyakinan dan tidak mampu membuat keputusan
  13. Tidak dapat menumpukan perhatian
  14. Sering merasa tidak sabar, kecewa dan mudah meradang
  15. Susah untuk menelan atau merasa seperti ada gumpalan di kerongkong
  16. Kebas atau rasa menyucuk-nyucuk pada tangan, kaki atau pada bahagian badan yang lain
Langkah-langkah Meredakan Keresahan
  • Cari punca tekanan yang menyebabkan keresahan dan tanganinya secara langsung. Kurangkan pendedahan diri anda kepada perkara-perkara yang boleh menyebabkan anda murung.
  • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti mental/fizikal apabila ada sesuatu perkara yang membimbangkan anda.
  • Elakkan daripada bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh mengubah 'mood' apabila sahaja anda menghadapi masalah. Semua ubat-ubatan ini tidak dapat menyelesaikan masalah anda ataupun memberikan penyelesaian jangka panjang. Walaupun tiada diet tertentu yang boleh diambil untuk menghindarnya, cuba elakkan dari mengambil kafein, bahan-bahan perangsang yang lain, alkohol dan nikotin.
  • Anda mungkin memerlukan kaunseling daripada kaunselor terlatih atau ahli terapi untuk menjalani terapi.
  • Bersenam secara tekal. Ikuti rutin senaman jasmani yang tetap dan seboleh-bolehnya yang melibatkan senaman aerobik.
  • Makan makanan yang menyihatkan dan mengikut jadual. Elakkan daripada melangkau waktu makan.
  • Jika anda cenderung mengalami masalah gula dalam darah yang rendah, makan lebih kerap iaitu 5 atau 6 kali sehari dalam kuantiti yang kecil setiap kali. Elakkan pengambilan makanan manis secara tetap, tetapi bawalah sumber gula yang segera pada setiap masa (contoh: setin kecil jus oren) jika anda cenderung mengalami reaksi gula dalam darah yang rendah.
  • Memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Sikap yang positif akan membantu anda mengatasi atau melupakan perasaan resah anda.
  • Rancang jadual harian anda supaya melibatkan apa yang anda boleh kendalikan sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
  • Berlatih untuk menghadapi peristiwa/situasi yang akan dilalui yang mana ia pernah meresahkan anda sebelum ini atau dirasakan akan menyebabkan anda resah. Beberapa kali sebelum ianya berlaku, bayangkan diri anda berada dalam keadaan tenang dan terkawal semasa peristiwa berkenaan.
  • Persiapkan diri anda untuk menghadapi gejala-gejala keresahan jika anda merasakan anda mungkin akan mengalaminya. Tanganinya dengan bijak.
  • Latihan ketenangan diri: Latihan untuk merehatkan otot-otot dalam dan teknik biomaklumbalas boleh digunakan untuk membantu pembelajaran dan menenangkan diri anda.
Wallahu'alam.

January 19, 2006

Tips Hindar Kelemumur

  1. Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang sedikit demi sedikit.
  2. Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Kemudian, sapukan air ini di atas kepala. Lakukan sekerap mungkin dan amalkan selepas anda bersyampu. Selain mewangikan rambut, kelemumur juga akan hilang.
  3. Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan dengan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan ia sejat. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali bersinar.

Wallahu'alam.

January 16, 2006

"I Love You" Around the World

  1. Afrikaans : Ek is lief vir jou, Ek het jou lief
  2. Arabic (proper) : Ooheboki (male to female), Ooheboka (female to male)
  3. Bangladeschi : Ami tomake walobashi
  4. Batak : Holong rohangku di ho
  5. Bengali : Aami tomaake bhaalo baashi, Ami tomay bhalobashi, Ami tomake bahlobashi
  6. Brazilian/Portuguese : Eu te amo
  7. Bulgarian : Obicham te, As te obeicham, As te obicham, Obozhavam te
  8. Burmese : Chit pa de
  9. Cambodian : Kh_nhaum soro_lahn nhee_ah, Bon sro lanh oon
  10. Chinese : Gwa ai li (Amoy), Ngo oi nei (Cantonese), Ngai oi gnee (Hakka), Wa ai lu (Hokkien), Wo ai ni (Mandarin/Putonghua), Ngo ai nong (Wu)
  11. Danish : Jeg elsker dig
  12. Dusun : Siuhang oku dia
  13. Dutch : Ik hou van je, Ik hou van jou
  14. Filipino : Iniibig kita, Mahal kita
  15. French : Je t'aime, Je t'adore (between lovers) , J' t'aime bien (for friends & family)
  16. German : Ich liebe dich
  17. Hawaiian : Aloha wau ia 'oe
  18. Hindi : Mai tumse pyar karta hoon, Mai tumse pyar karta hoo, Mai tujhe pyaar kartha hoo, Mae tumko peyar kia, Main tumse pyar karta hoon, Main tumse prem karta hoon
  19. Ilocano : Ay ayating ka
  20. Indonesian : Aku cinta kamu, Aku cinta padamu
  21. Italian : Ti amo
  22. Japanese : Aishite imasu
  23. Javanese : Kulo tresno
  24. Korean : Saranghae
  25. Latin : Te amo
  26. Malayalam : Ngan ninne snehikunnu
  27. Mohawk : Konoronhkwa
  28. Portuguese : Eu amo-te
  29. Punjabi : Main tainu pyar karna, Mai taunu pyar karda
  30. Romanian : Te iu besc, Te ador
  31. Russian : Ya vas lyublyu
  32. Sanskrit : Tvayi snihyaami
  33. Spanish : Te amo, Te quiero
  34. Srilankan : Mama oyata arderyi
  35. Swedish : Jag alskar dig
  36. Tagalog : Mahal kita
  37. Taiwanese : Wa I Lee
  38. Tamil : Naan unnai kadalikiren, Nan unnai kathalikaren
  39. Telugu : Ninnu premistunnanu
  40. Thai (formal) : Phom rak khun (male to female), Ch'an rak khun (female to male)
  41. Turkish : Seni seviyorum
  42. Urdu : Main tumse muhabbat karta hoon, Mujhe tumse mohabbat hai, Mujge tumae mahabbat hai
  43. Vietnamese : Toi yeu em
  44. Zulu : Mena tanda wena

Wallahu'alam.

January 13, 2006

Petua Memasak Untuk Yang Berdiet

  • Toskan minyak yang berlebihan selepas anda mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak
  • Jangan menyapu makanan dengan lemak / minyak yang menitis tetapi gunalah air buah-buahan, air perapan atau lain-lain bahan yang tidak berlemak / berminyak.
  • Lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mengukus makanan daripada menggoreng.
  • Buang semua lemak yang kelihatan pada daging yang akan anda masak dan buang semua kulit dari ayam / ayam turki.
  • Hidangkan sebahagian kecil sahaja dari hidangan yang mengandungi lemak dan sebahagian besar hidangan perlulah daripada yang tidak mengandungi lemak seperti mi, nasi, kekacang dan sayuran.
  • Gunakan telur putih dan elakkan bahagian merah / kuning dalam masakan.
  • Gunakan keju rendah lemak, mozzarella yang diperbuat dari susu separuh skim dan lain-lain keju tanpa lemak, selain dari keju biasa.
  • Gunakan buku masakan yang mengandungi resipi rendah lemak.
Wallahu'alam.

January 11, 2006

Warna Kuku

Warna kuku yang tidak normal atau perubahan tekstur kuku boleh menunjukkan satu tanda penyakit dari anemia hinggalah ke penyakit jantung.

Dr Philip Fleckman, seorang dermatologis menggunakan kuku pesakit sebagai alat untuk mendiagnosis penyakit yang mungkin ada di dalam atau di luar tubuh badan.

Kuku yang berwarna kemerah-merahan pada lapisan atasnya menunjukkan pemiliknya seorang yang sihat. Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat pula merupakan tanda kekurangan zat besi. Manakala kuku yang berwarna gelap di bahagian luar menandakan penyakit ginjal.

Sementara itu, perubahan warna kebiru-biruan yang disebut 'cyanosis' menunjukkan bahawa hemoglobin yang membawa oksigen di dalam darah mengalami kekurangan oksigen. Manakala, kuku yang berwarna kuning biasanya merupakan reaksi terhadap bahan-bahan kimia atau asap rokok.

Bagaimanapun, tidak semua perubahan warna kuku menunjukkan penyakit. Pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut diperlukan untuk mengenalpasti masalah kesihatan yang dihadapi.

Wallahu'alam.

January 09, 2006

Bahaya "Kasut Tinggi"

Salah satu masalah kesihatan yang disebabkan oleh kasut bertumit tinggi adalah osteo-arthritis.

Osteo-arthritis adalah salah satu penyakit radang sendi atau arthritis. Penghidap penyakit ini akan berasa ngilu dan sakit di bahagian sendi-sendi tulang. Kebiasaannya, rasa sakit ini sering terjadi di persendian lutut dan pinggul. Apabila dibiarkan, ia boleh menyebabkan ngilu ke bahagian otot sekitarnya.

Selain itu, pemakaian kasut bertumit tinggi akan menjadikan tubuh lebih condong ke depan. Tentunya, si pemakai kasut tidak akan membiarkan tubuhnya membongkok ke depan dan dia akan berusaha menegakkan posisi tubuhnya dengan cara menarik badan ke belakang.

Tetapi, cara berdiri tegak seperti ini akan membuatkan berat badan menjadi tidak seimbang. Ini kerana bahagian sendi lutut mendapat beban yang lebih berat daripada bahagian lain.

Satu kajian yang dilakukan oleh AAOS beberapa tahun lalu membuktikan bahawa perempuan yang sering menggunakan kasut bertumit tinggi (terutama yang lebih 5 cm) ramai yang mengalami radang sendi di sekitar lutut, paha dan tulang pinggul. Bahkan, terdapat juga yang sampai ke tulang belakang.

Wallahu'alam.

January 04, 2006

Nilai Sekeping Hati

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." [Riwayat Muslim]

Hati menurut ilmu perubatan darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang terletak di sebelah kiri dada.

Bagaimanaupun, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal Allah SWT hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam Surah Asy-Syams, ayat 7 hingga 10."

Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya.

Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.

Sesungguhnya, hati adalah nilaian Allah SWT yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.

Wallahu'alam.

January 02, 2006

6 Cara Baharui Motivasi

1. Bersahabat dengan orang yang bermotivasi tinggi atau orang yang sudah berjaya. Seseorang yang hendak berjaya dalam bidang perniagaan contohnya hendaklah mencari orang yang telah berjaya dalam bidang ini. Pensyarah muda yang ingin jadi ahli akademik yang berjaya, hendaklah bersahabat rapat dengan pensyarah yang sudah kanan. Selain itu, banyakkan berkomunikasi dengan orang yang bermotivasi tinggi.

2. Mempunyai seorang role model yang boleh dijadikan seumpama idola. Bagi seorang adik umpamanya, mungkin dia boleh menjadikan abang atau kakaknya sebagai idola. Dalam masyarakat atau organisasi umpamanya, pemimpin atau ketua akan jadi contoh pada anak-anak buahnya.

3. Sering mengingati azam itu. Jika setiap tahun kita memperbaharui cukai jalan (kereta), maka begitulah kita mengingatkan diri sendiri mengenai azam.

4. Anda memerlukan seseorang untuk mengingatkan anda. Berpesanlah kepada kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai, yang boleh memberi teguran sekiranya anda tersasar daripada landasan yang lurus. Ibu bapa mungkin tidak berdaya menegur atau barangkali mereka berada jauh daripada kita. Jadi, kita memerlukan kawan-kawan kerana merekalah yang akan menjadi cermin untuk kita.

5. Motivasi yang terbaik adalah dengan cara muhasabah diri sendiri. Ingatkan diri sendiri. Contohnya, "Aku hendak berjaya, hendak kerja kuat tanpa putus asa." Untuk mencapainya, jangan sesekali kecewa.

6. Sentiasa mencatat dalam diari atau blog. Lakukan senarai kerja yang mahu dilakukan esok. Lakukan perancangan dalam jangkamasa panjang, sasaran dan pelan tindakan; kerana cara ini akan menjadi motivasi untuk mencapainya.

Wallahu'alam.