August 31, 2006

Doa Disiplinkan Anak

"Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, waja alna lil mutaqiina imama”

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa”

August 30, 2006

Antara Peka dan Pekak

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara 8 Ogos 2006, di Mutiara FM (95.7 MHz) jam 7.30 pagi.

Baru-baru ini seorang lelaki bertanya kepada saya tentang siapa yang menjuarai Akademi Fantasia. Saya hanya diam, diam dan seterusnya diam.


Beliau bertanya soalan yang sama sekali lagi kepada saya maka saya menjawab dalam bahasa Inggeris kepadanya, "I am just not interested to answer your question!"

Tibalah giliran saya untuk bertanya kepadanya, “Apa yang sedang berlaku di Lubnan, Palestin dan Afghanistan. Apa pula yang sedang berlaku kepada umat Islam di Perancis?" Beliau pula diam, diam dan seterusnya diam.

Insiden ini menggambarkan tentang senario umat Islam pada hari ini atau satu antara senario umat Islam pada hari ini, iaitu kita asyik memberi tumpuan kepada perkara yang tidak penting dan mengabaikan perkara yang lebih penting.

Kita PEKA dengan perkara yang tidak penting dan PEKAK pada perkara yang penting. Telinga kita amat peka pada perkara yang tidak penting. Pada ketika yang sama, telinga kita yang Allah anugerahkan sebagai pinjaman sementara ini, kita pekakkan untuk mendengar perkara yang penting.

Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab sebahagian umat Islam pada hari ini kehilangan identiti. Mereka terkinja-kinja, terlompat-lompat di sana sini dengan identiti yang sebenarnya bukan milik mereka.

Akhirnya umat Islam menjadi golongan yang terpinggir di dunia yang serba mencabar pada hari ini. Inilah antara cabaran umat pada hari ini.

Umat ini diberikan permata berlian yang amat bernilai oleh Allah tetapi umat memandangnya sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Umat Islam telah kehilangan identitinya yang sebenar.

Senario ini telah diceritakan oleh ramai orang, antaranya, seorang diplomat Austria yang bernama Leopold Weiss. Beliau telah mengkaji Islam dan al-Quran dan akhirnya memeluk agama Islam.

Beliau sempat menjelajahi beberapa negara orang Islam dan kemudian menulis beberapa buah buku tentang pengalaman beliau itu. Salah sebuah buku beliau yang terkenal ialah buku yang bertajuk 'Road To Meccah'. Dalam buku itu beliau menegaskan, kekagumannya terhadap Islam bermula selepas beliau mengkaji al-Quran.

Beliau mengatakan, "Jika aku melihat kepada perangai dan sikap orang-orang Islam, aku tidak akan meminati Islam. Mujurlah al-Quran telah menyelamatkan aku."

Ya, melihat kepada perangai sebahagian umat Islam yang PEKAK tentang agama sendiri menyebabkan sebahagian mereka yang bukan Islam membenci Islam.

Dua tiga hari yang lepas saya berkesempatan menemui dan berbincang dengan sister Yvonne Ridley yang datang berceramah di Pulau Pinang dari 3-5 Ogos 2006. Beliau juga memeluk Islam selepas mengkaji al-Quran.

Suatu yang menarik tentang beliau ialah kepekaan beliau tentang apa yang berlaku ke atas umat Islam pada hari ini. Kepekaan ini menyedarkan beliau tentang kecantikan Islam dan ajarannya. Peribadi seperti ini perlu dicontohi oleh kita umat Islam.

Inilah cabaran kepada kita tuan-tuan dan puan-puan. Kita yang beragama Islam pada hari ini, adakah Islam kita ini sekadar Islam kulit?

Tidakkah kita berasa malu bahawa di sudut agama kita Muslim dan Muslimah tetapi di sudut perangai kita jauh daripada perangai yang sepatutnya ada pada seorang Muslim dan Muslimah?

Inilah antara persoalan yang perlu kita fikirkan pada hari yang permai ini. Sudah pasti harapan kita bersama ialah dari masa kesemasa kita pertingkatkan diri kita, pertingkatkan iltizam kita untuk memperbaiki dan perangai serta kefahaman kita.

Semoga insya Allah pada masa akan datang jika orang melihat kita orang Islam dengan perangai dan pekertinya yang mengagumkan, mereka akan terus berasa kagum dengan Islam.

Janganlah jadi seperti apa yang sedang berlaku pada hari ini, apabila orang melihat perangai kita, mereka terus mencaci agama Islam.

Marilah kita sama-sama peka (dan bukan pekak) dengan Islam dan ajarannya.

August 29, 2006

Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA : "Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku'. [Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal]

Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahzab Hanafi), sedangkan selain mahzab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca setiap kali sholat fardhu.

Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan dan penindasan musuh-musuh Allah.

Doa Qunut Nazilah

Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat Wal muslimiina wal muslimaat Wa allif baina quluubihim Wa ashlih dzaata bainahum Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka Alloohumma khollif baina kalimaatihim Wazalzil Aqdaamahum Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil qaumil mujrimiin Bismillaahirrahmaanirrahiim Allohumma innaanasta'iinuka.

Ertinya: "Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya Allah, jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, perbaikilah keadaan mereka. Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka.

Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para Rasul-Mu dan membunuh para kekasih-Mu. Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka. Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa, Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepada-Mu".

DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara terminologi adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah:

"Suatu doa di dalam sholat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." [Fathul Bari 2/490]

Dan Nazilah ertinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, pembantaian, penganiayaan dan lain sebagainya.

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh sholat wajib." [Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279]

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:

"Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." [Al-Mughni 1/450]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.” [Taudhih Al-Ahkam]

Pendapat-pendapat di atas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sohih mutawatir seperti hadis Anas bin Malik RA riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu SAW selama sebulan pada peristiwa pembantaian 60 sahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah RA riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH

Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi SAW pada peristiwa pembantaian 60 sahabat penghafal Al-Quran berqunut selama sebulan.

Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan Qunut Nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah RA riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan.

Maka dapat dibuat kesimpulan bahawa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH

Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat dibuat kesimpulan bahawa petunjuk Nabi SAW dalam pelaksanaan qunut, yaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh sholat-sholat wajib dan beliau lebih memprioritaskan pelaksanaannya pada sholat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh sholat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah.

Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah SAW dalam hadis-hadis beliau yang mulia.

[Sumber: http://www.kampungnet.com.sg/]

August 28, 2006

Usia Kita

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran".

[Surah Al-Asr : 103]

1 hari = 24 jam

Satu TAHUN?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8,760 Jam
525,600 Minit
31,536,000 Detik

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 - 70 tahun (majoriti). Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun

Baligh : Detik mula untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia


Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
MATI - BALIGH= sisa USIA ----> 65 - 15 = 50 TAHUN

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 TAHUN = 18,250 hari = 458,000 jam


12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam = 1 hari 1 malam

Mari kita muhasabah bersama!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari
Dalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk tidur:
--> 18,250 hari x 8 jam = 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan.
--> 17 TAHUN

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun dihabiskan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk aktiviti:
--> 18,250 hari x 12 jam = 219,000 jam = 25 tahun
--> 25 TAHUN

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk rehat:
--> 18,250 hari x 4 jam = 73,000 jam = 8 tahun
--> 8 TAHUN

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan.

17 TAHUN + 25 TAHUN + 8 TAHUN = 50 TAHUN

Lalu Bila Nak Beribadah???

Walhal Manusia diciptakan-Nya adalah untuk beribadah kepada-Nya dan yang pasti kita akan kembali ke alam hakiki Illahi !!!

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut
Manusia tak kuasa untuk berbicara
Allah Maha Kuasa ke atas Syurga dan Neraka

Memang Benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakan kita belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar!

Memang Benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya!

Jarang orang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala mereka berjaya.

Lalu Bila Nak Beribadah???

Ohhh... mungkin Solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi!

Kerana kita fikir: Solat besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi!!!

Berapa sholat kita dalam 50 tahun???

Dalam 50 tahun, waktu yang dihabiskan untuk solat:
--> 1 x solat = ± 10 minit
--> 5 x solat = ± 1 jam
--> 18,250 hari x 1 jam = 18,250 jam = 2 tahun
--> 2 TAHUN

Kesimpulan: Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun sahaja untuk solat (inipun kalau yang solat 10 minit!!!).

2 tahun dari 50 tahun kesempatan yang kita ada. Itupun belum tentu solat kita itu berpahala dan diterima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun itu tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun [sama ada dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris hati ibu bapa kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir miskin, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa dsb].

Logiknya: Bukan suatu yang mustahil kita umat akhir zaman akan bertaburan di Neraka untuk mendapatkan balasan di atas kelalaian kita. Na'udzubillah!!!

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.

Penyelesaian: Tiada istilah TERLAMBAT walaupun waktu berputar cepat.

Isilah masa kita dengan sesuatu yang bermanfaat!!!

INGATLAH AKHIRAT!!!

August 25, 2006

Koleksi Doa

[1] DOA PENERANG HATI

Maksudnya:
"Ya Allah, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu, kurniai aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu, hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.

Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmat-Mu, Ya Allah Yang Maha Kasih Sayang".


[Keterangan: Doa ini baik sekali diamalkan dibaca sesudah selesai Solat Fardhu dan ketika hendak memulai belajar].


[2] SURAH THAAHAA
Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.

Barangsiapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas solat Subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

[3] SURAH AL-QASHASH

Barangsiapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

August 24, 2006

Koleksi Selawat

http://ahas.multiply.com/music/item/3
  • Selawat Perlindungan Diri
  • Selawat Menghindari Masalah
  • Selawat Menanam Kasih Sayang
  • Selawat Menenangkan Jiwa
  • Selawat Murah Rezeki
  • Selawat Penerang Hati
  • Selawat Majlis Perkahwinan
  • Selawat Menanam Semangat
  • Marhaban [Selawat Maulidur Rasul]
  • Interlude Selawat

August 23, 2006

Tips of Life

"When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar and the coffee."

A professor stood before his philosophy class and had some items in front on him.

When the class began, wordlessly, he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed it was...

So then the professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar..

He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar and of course the sand filled up everything else up. He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous "yes".

The professor then produced two coffee cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively "Now", said the professor, as the laughter subsided. "I want you to recognize that this jar represents your life.

The golf balls are the important things - your family, your children, your health, your friends, and your favorite passions - things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house, and your car.

The sand is everything else - the small stuff.

"If you put the sand in the jar first," he continued, "there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you.

Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children.

Take time to get medical checkups. Take your spouse to dinner. Spend time with your parents for you won't always have them in your life.

There will always be time to clean the house and fix the disposal. Take care of the golf balls first, the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represents?

The professor smiled. "I am glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there is always room for a couple of cups of coffee with a friend.

August 21, 2006

Dipelihara dari Gangguan Jin dan Manusia

Kaifiatnya:

1. Solat Hajat 2 rakaat.

2. Selepas itu, sampaikan hajat dan permintaan anda kepada Allah SWT.

3. Kemudian, sediakan segelas air putih. Bacakan Surah Al-Falaq sebanyak 7 kali dan Surah An-Nas sebanyak 7 kali.

4. Berikan air itu kepada pesakit untuk diminum.

5. Bakinya disapukan pada ubun-ubunnya.

Buatlah seperti ini selama 7 hari berturut-turut.

Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, ia sembuh dan tidak diganggu lagi oleh jin dan manusia, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Fadilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat - Ustaz Tolhah Muzakir]

August 18, 2006

Mengubati Orang yang Kerasukan Jin

Sekiranya ada di antara anggota keluarga, tetangga dan jiran anda yang kerasukan roh jahat (jin), maka berilah pertolongan kepadanya.

Sebagai orang Islam, tentunya kita lakukan cara-cara yang sesuai dengan ajaran Islam.

Kaifiatnya:

1. Kumandangkanlah azan di telinga pesakit tersebut sebanyak 7 kali.

2. Baca Surah Al-Fatihah 1 kali.

3. Baca Ayat Kursi 1 kali.

4. Baca Surah An-Nas 1 kali.

5. Baca Surah Al-'Alaq 1 kali.

6. Baca Surah As-Shaffat 1 kali.

7. Baca Surah Al-Hasyr 1 kali.

8. Baca Surah At-Tariq 1 kali.

Ketika anda membaca surah-surah tersebut, anda perlu mendekatkan mulut anda ke kuping telinga pesakit.

Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, akan keluar roh jahat (jin) yang masuk ke dalam dirinya, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Fadilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat - Ustaz Tolhah Muzakir]

August 17, 2006

Mengubati Sakit Terkena Sihir

Untuk mengubati orang yang sakit terkena sihir, hendaklah mengikuti cara-cara yang berikut ini:

1. Sediakan daun bidara sebanyak 7 helai.

2. Selepas itu, potonglah ia kecil-kecil.

3. Bacalah Ayat Kursi.

4. Kacaulah ia dengan tangan sambil membaca Surah Al-Falaq sebanyak 7 kali dan Surah An-Nas sebanyak 7 kali juga.

5. Selepas itu, berdoalah dengan doa ini:

Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan Manusia, lenyapkanlah keburukan, sembuhkanlah yang membawa tulisanku ini, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan; sihatkanlah dia, Engkaulah Yang Maha Menyihatkan, maka sesungguhnya tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dari Mu, ya Allah, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan dengan kuasa dan kekuatan Mu, wahai Yang Maha Lembut, wahai Yang Maha Halus Pengetahuannya, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dan selawat dan salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya sekalian."

Inilah yang digunakan untuk mandi bagi pesakit yang diyakini terkena ilmu sihir.

Mudah-mudahan dengan izin Allah, dia akan sembuh seperti sediakala, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Fadilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat - Ustaz Tolhah Muzakir]

August 16, 2006

Kes Murtad Lina Joy

AWAS dengan MAKLUMAT & SMS PALSU

Semua pihak diingatkan agar tidak terpengaruh dengan beberapa maklumat palsu bahawa Azlina Jailani @ Lina Joy telah menang kes dan Pertubuhan Melayu Kristian telah didaftarkan.

PEMBELA dan PPI ingin menyatakan :

(a) Kes ini belum ditetapkan untuk keputusan oleh Mahkamah Persekutuan. Tarikh masih belum dimaklumkan.

(b) Setelah semakan dibuat tiada sebarang Pertubuhan Melayu Kristian yang didaftarkan secara rasmi.

Justeru, sila elakkan fitnah ini dari tersebar kerana ia dibuat oleh individu yang ingin menimbulkan spekulasi negatif dan mengganggu gugat keharmonian masyarakat.

August 15, 2006

Merawat Penyakit Kronik

Sekiranya ada di antara ahli keluarga anda yang sedang mengidap penyakit kronik, maka ikhtiar lain di samping rawatan melalui doktor ialah dengan beramal dengan Surah Al-Fatihah.

Kaifiatnya:

Dalam keadaan bersih, sebaik-baiknya Solat Hajat 2 rakaat.

Selepas itu, baca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali pada air bersih (sebaik-baiknya air hujan malam Jumaat atau air asli yang tidak bercampur dengan klorin).

Air itu kemudiannya dibasuh pada kaki dan tangan, disapu pada muka dan kepala serta seluruh badan orang yang sakit sehingga rata, sambil berdoa kepada Allah SWT dengan doa berikut:

"Ya Allah, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Ya Allah, cukupkanlah, Engkaulah Yang Maha Mencukupkan. Ya Allah, sihatkanlah, Engkau yang memberi kesihatan."

Baki air itu digunakan untuk diminum.

Mudah-mudahan penyakit itu akan sembuh sedikit demi sedikit dengan izin Allah SWT, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Fadilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat]

August 13, 2006

Solat Taubat

Solat sunat Taubat adalah solat yang disunatkan apabila sesudah seseorang melakukan dosa, atau merasa dia telah berbuat dosa, lantas bertaubat ke hadrat Allah SWT.

Anjuran bertaubat ini terkandung di dalam sepotong ayat Al-Quran, di dalam surah Ali Imran, ayat 135:

“Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, lantas mereka ingat kepada Allah, kemudian mereka memohon ampun atas dosa-dosa mereka itu”.

Ibnu Khatir menafsirkan ayat ini bahawa adalah sangat dikehendaki kepada orang yang bertaubat kepada Allah SWT agar mengambil wudhuk, kemudian solat dua rakaat, sesuai dengan riwayat Imam Ahmad dari Ali ibn Abi Talib RA, katanya yang bermaksud:

“Apabila saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, maka saya segera memanfaatkannya (melakukan perbuatan itu) sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Tetapi apabila saya mendengarnya dari orang lain, maka saya membantahnya, kecuali orang yang menyampaikan itu mahu bersumpah barulah saya mahu membenarkannya”.

“Abu Bakar memberitahukan kepada saya, dan Abu Bakar adalah orang yang jujur, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Seseorang yang telah berbuat dosa, kemudian berwudhuk dengan wudhuk yang sempurna, lantas dia solat – kata Sufyan – kemudian memohon ampun kepada Allah, maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengampuninya”.


Bertaubat dari sesuatu dosa itu ialah menyesal akan perbuatan yang dilakukan, bercita-cita tidak akan melakukannya lagi, dan memohon keampunan dari Allah.

Justeru itu, orang yang merasakan dia sudah berbuat dosa hendaklah mengerjakan solat sunat sebanyak 2 rakaat dengan memperbanyak istighfar di dalam solatnya itu serta berjanji kepada Allah SWT dan kepada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan keji itu selama-lamanya.

Apabila perbuatan ini dilakukan dengan sungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran, insya-Allah segala dosa dan kesalahan yang terlanjur dilakukannya itu akan diampuni Allah SWT.

Solat sunat Taubat ini boleh dilakukan seberapa banyak rakaat yang dikehendaki, asalkan ianya dilakukan setiap 2 rakaat, sekali salam.

Cara Melaksanakannya

1. Cara melaksanakan solat sunat Taubat ini adalah serupa dengan solat sunat 2 rakaat yang lain, dan lafaz serta niatnya adalah seperti berikut:

Ushalli sunnatat taubati rak’ataini lillahi ta’ala.

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Terdapat pelbagai pilihan surah dan ayat yang elok dibaca selepas Al-Fatihah. Salah satu pilihan ialah:

Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi [11 kali]
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas [11 kali]

3. Di dalam sujud yang terakhir, selepas membaca tasbih biasa sewaktu sujud, bacalah tasbih ini sebanyak 40 kali. Tasbih ini dinamakan Tasbih Taubat.

Laa ilaaha illa anta subhaa naka innii kuntu minazzhoolimiin.

Ertinya: Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim.

4. Sesudah memberi salam, maka hendaklah memperbanyak Istighfar dengan memohon keampunan kepada Allah SWT, seringkas-ringkasnya dengan ucapan “Astaghfirullah hal a’zhim” dan sebaik-baiknya ucapkanlah berulang kali:

Astaghfirullah hal a’zhiim. Allazii laa ilaaha illa huwal hayyul qayyuumu wa-atuubu ilaihi taubata ‘abdizzoolimiin la yamliku linafsihi dharrau naf’au walaa mautau walaa hayaatau walaa nusyuuraa.

Ertinya: Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup dan terus menerus ada; dan aku bertaubat kepada-Nya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun ketika dibangkitkan nanti.

[Sumber: Siri Panduan Lengkap Sembahyang Sunat – Siri 4, Penyusun – Ismaiza Ismail]

Solat Istikharah

Apabila seseorang berhajat dan bercita-cita akan mengerjakan sesuatu perkara, sedangkan dia ragu-ragu dalam pekerjaan atau maksud itu, apakah elok dilakukan terus atau tidak, maka untuk memilih salah satu sama ada patut diteruskan atau tidak, disunatkan mengerjakan solat Istikharah sebanyak 2 rakaat.

Perkara ini dianjurkan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (solat dua rakaat) selain daripada solat fardhu”.

Solat Istikharah ini boleh dilakukan secara berasingan atau dikerjakan pada waktu mengerjakan solat sunat Rawatib atau Tahiyatul Masjid.

Solat ini boleh dilakukan pada waktu siang mahupun pada waktu malam. Tetapi sebahagian ulama mengatakan bahawa ia lebih baik dikerjakan pada waktu malam, ketika suasana sepi dan hening, sebelum melakukan solat Witir.

Jawapan daripada Allah SWT sama ada perkara itu elok dibuat atau tidak akan didatangkan dengan rasa hati, iaitu hati merasakan keinginan yang kuat untuk melakukan atau tidak akan sesuatu perkara itu, atau dengan mimpi atau dengan dipermudahkan jalannya bagi sesuatu perkara itu berlaku ataupun disebaliknya.

Tetapi syaratnya, sebelum melakukan solat sunat Istikharah ini, janganlah hendaknya kita menyimpan kecenderungan kita sendiri mengikut pertimbangan akal fikiran, tetapi hendaklah mengosongkan akal dan hati serta menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada Allah SWT.

Terdapat dua cara untuk melakukan solat sunat Istikharah:

a. Dua rakaat, satu salam.
b. Dua belas rakaat, enam salam.

Cara Melaksanakannya

1. Apabila hendak memulakan solat, hendaklah diluruskan hati dengan menyerahkan segala urusan sepenuhnya kepada Allah SWT. Rehatkan akal fikiran daripada menimbang-nimbang sama ada pekerjaan itu elok dibuat ataupun tidak.

2. Setelah bersiap dengan wudhuk, berdiri tegak serta mengadap kiblat, mulakanlah solat dengan mengangkat takbiratul ihram dengan lafaz dan niat:

Ushalli sunnatal istikhaarati rak’ataini lillahi ta’aala.

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

3. Lakukanlah dua rakaat sunat Istikharah tersebut. Bacaan surah selepas Al-Fatihah ialah:

Rakaat pertama: Surah Al-Kaafiruun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

4. Dalam sujud yang terakhir [iaitu sujud kedua pada rakaat yang kedua], bacalah tasbih berikut:

Subhaa naka laa ‘ilmalanaa illaa maa ‘allamtanaa innaka antal-’aliimul hakiim.


Ertinya: Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang Engkau berikan pengetahuan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

5. Apabila sudah selesai melakukan solat ini, maka bacalah doanya.

Doa yang ditunjukkan di sini ialah sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir ibn Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW mengajarkan mereka solat Istikharah sebagaimana baginda mengajarkan surah Al-Quran, baginda bersabda dengan mengucapkan:

“Allahumma innii astakhiiruka bi’ilmika wastaqdiruka biqudratika wa-as-aluka min fadhlikal ‘adziimi fainnaka taqdiru walaa aqdiru wata’lamu walaa a’lamu wa-anta ‘allaamul ghuyuub.

Allahumma inkunta ta’lamu hazal amru khairullii fii diinii wama’aasyii wa’aaqibati amrii. (‘Aajili amrii wa-aajilih) faqdarhu lii wayassirhu lii thumma baa rik lii fiihi wa-in kunta ta’lamu hazal amru syarrulii fii diinii wama’aasyii wa-‘aaqibati amrii (‘aajili amrii wa-aajilih) fashrifhu ‘annii ‘anhu waqdurlil khairu haithu kaana thumma ardhinii bih”.


Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau terhadap pilihan yang baik menurut ilmu Engkau, dan aku memohonkan penetapan dengan kekuasaan-Mu serta memohon anugerah Engkau yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini [sebutkan urusan kita di sini] baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akibat urusanku (atau sebagaimana sabdanya: pada waktu dekat atau masa yang akan datang), maka takdirkanlah kepadaku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusanku ini.

Dan sekiranya Engkau Mengetahui bahawa urusanku ini [sebutkan urusan kita di sini] tidak baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku, dan akhir urusanku (atau sebagaimana sabdanya: pada waktu dekat, atau masa yang akan datang), maka hindarkanlah perkara itu daripadaku dan selamatkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan hal itu.


6. Adapun doa untuk solat Istikharah memilih jodoh ialah seperti berikut:

Allahumma innaka taqdiru walaa aqdiru wata’lamu walaa a’lamu innaka antal ‘aliimul ghuyuub. Fainna ra-aita lii fii fulaanah [sebutkan namanya di sini] khairal lii fii diinii wadun-yaaya wa-aakhiratii faqdhi lii biha.

Wain kaa ghairuhaa khairal lii fii diinii wa-dun-yaa-ya wa-aakhiratii faqdhi lii bihaa. Wain kaa ghairuhaa khai-rallii fii diinii wadun-yaaya wa-akhiratii faqdhi lii bihaa.

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Mengetahui segala yang ghaib.

Jika Engkau Mengetahui bahawa si fulan/fulanah [sebutkan nama lelaki/perempuan yang dimaksudkan] baik untukku, untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka berikanlah dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya untukku, untuk agamaku, untuk duniaku dan akhiratku, maka berikanlah yang lain itu untukku.


7. Ramai orang mengerjakan solat sunat Istikharah ini untuk
Selama 3 malam berturut-turut atau lebih baik sehingga 7 malam di samping meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, maka laksanakanlah dengan yakin perkara yang dirasakan kuat di dalam hati.

Ini berdasarkan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila kamu bercita-cita untuk mengerjakan sesuatu, maka hendaklah kamu meminta pilih (solat Istikharah) daripada Allah sebanyak 7 kali. Selepas itu, lihatlah apa yang digerakkan pada hati oleh Allah mendahulukannya, kerana sesungguhnya kebaikan itu ada pada apa yang didahulukan”.

Hikmah Solat Sunat Istikharah:

1. Ia menggantikan amalan jahiliyah yang menetapkan pilihan dengan burung-burung atau anak panah (mengundi nasib) sama ada dalam soal perkahwinan, hendak berjalan jauh atau melakukan sesuatu pekerjaan.

Untuk orang yang beriman, cara seperti ini adalah tidak baik, maka solat Istikharah menandakan mereka kembali kepada Allah.

2. Ia dapat menghilangkan segala keresahan atau kebingungan dalam menentukan pilihan yang tepat. Dengan mengosongkan fikiran dan hati serta menyerahkan segala urusan kepada Allah, kita akan diberi pilihan terbaik untuk diri dan agama.

3. Kita tidak akan menyalahkan diri sendiri sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik daripada pilihan kita itu. Kita yakin bahawa itulah kehendak Allah yang mempunyai pelbagai hikmah, kalau tidak di dunia, di akhirat nanti.

4. Ia menandakan keikhlasan seorang hamba terhadap Tuhannya. Dengan melakukan solat ini, dia meniadakan kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan segala urusannya kepada Allah SWT.


[Sumber: Siri Panduan Lengkap Sembahyang Sunat – Siri 4, Penyusun – Ismaiza Ismail]

Solat Hajat

Bila timbul masalah dalam sesuatu perkara, maka mintalah pertolongan dari Allah SWT dengan mendirikan solat sunat Hajat.

Solat sunat Hajat banyak macam bentuknya dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukun tetap sama.

Waktu mengerjakan solat sunat Hajat ini boleh dilakukan siang atau malam, pagi atau petang.

Lafaz niat:

Ushalli sunnatal haajati rak’ataini lillahi ta’ala.

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.

  1. Rakaat pertama baca Al-Fatihah. Kemudian baca surah Al-Ikhlas.
  2. Rakaat kedua baca Al-Fatihah. Kemudian baca surah Al-Kaafiruun.
  3. Teruskanlah lakukan hingga cukup 12 rakaat, 6 salam.
  4. Pada rakaat yang terakhir [rakaat yang ke-12], sebelum memberi salam, iaitu tahiyat akhir, sujud kembali dengan bertakbir dan membaca:

[a] Al-Fatihah [7 kali]
[b] Ayatul Kursi [7 kali]
[c] Baca [10 kali] :

Laa ilaaha illa wahdahu laa syarii ka-lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’la kulla syai-in qadiir.

Ertinya: Tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa, Dia tiada sekutu bagi-Nya. Kepunyaan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nyalah segala pujian. Dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa.

Kemudian berdoa:

Allahumma innii as aluka bima ‘aaqidil ‘awwi min ‘arsyika wa muntahar rahmati min kitaa bika wa bismikal la’zhami wawajhikal a’la wa kalimaatikat taammah, an taqdhiya haajati.

Ertinya: Ya Allah, bahawasanya aku memohon akan Engkau dengan keteguhan ikatan daripada ‘Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum Engkau, dan dengan nama Engkau yang terapung, dan wajah Engkau Yang Maha Tinggi dan kalimah-kalimah Engkau Yang Maha Sempurna, bahawa Engkau penuhilah hajatku.

Setelah membaca doa tersebut, mintalah apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup disebut dalam hati. Kemudian bangkit dari sujud sambil bertakbir, dan terus memberi salam.

[Sumber: Panduan Lengkap Fardhu ‘Ain – Muhammad Isa Selamat]

August 10, 2006

Special Announcement

Salam Sejahtera.

Maaf di atas ketiadaan entry di sepanjang minggu ini.

Bukan disebabkan oleh ketandusan artikel tetapi semata-mata untuk memberikan laluan kepada entry KEMPEN 1 JUTA TANDATANGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Entry biasa akan kembali dipaparkan pada minggu hadapan, insya-Allah.

Harapan saya agar semua teman-teman bloggers muslimin/muslimat dapat memberikan komitmen dan sokongan padu kepada kempen tersebut, insya-Allah.

Moga Allah SWT merahmati kita semua, ameen.

Wassalam.

August 04, 2006

Bloggers Beware

PM: Those who spread untruths on the Net will be detained

KUALA TERENGGANU: The PM has issued a warning – those who spread untruths and slander on the internet will face the law.

If information in the blogs, websites and online portals were incorrect, bordered on slander, caused disturbance or compelled the public to lose faith in the nation’s economic policies, their authors would be detained for investigation, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“We cannot allow such matters to flow through uncontrolled,” he told newsmen after attending a briefing on the proposed Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man here.

“They say all kinds of things, make all kinds of dubious claims. We cannot allow them to abuse the freedom earned under media. If left alone, they can say or pass on all kinds of things.”

“Abdullah also said that those who sent out such information via SMS would also be held accountable.”

“If they abuse the freedom – more than the present freedom given without any restriction – we cannot allow it,” he declared.

“Where in the world is there such a freedom, where one can freely spread incorrect information and slander without having to own up to it?”

Asked if he was calling for a control mechanism, Abdullah said he would leave it to the police to investigate first.

It was reported recently that the Internal Security Ministry was investigating several online sites following a string of misreporting that caused tension and confusion among Internet users.


[Source: The Star, Wednesday, 2 August 2006]

August 02, 2006

Kempen 1 Juta Tanda Tangan Umat Islam

Ini berhubungkait dengan tazkirah yang diadakan di Masjid KLCC pada hari Jumaat minggu lepas.

Mufti Perak melancarkan kempen untuk mengutip 1 juta tanda tangan umat Islam di Malaysia to counter Article 11 Group yang sekarang ni tengah mengutip 20 ribu tanda tangan untuk diserahkan kepada pihak kerajaan to accept their demand.

Setakat ini, kempen mufti Perak tersebut tak dapat liputan meluas.

Let's do something instead of being a bystander! Distribute to as many of your muslim friends as possible and let us collect 10 million signature instead of 1 million, insya-Allah.

Sila tandatangan secara online di sini [sebelum 04/08/06] :

http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/

Demi mengesahkan petition, jangan ragu-ragu untuk memberikan nama sebenar, email dan no K/P tuan/puan. Semoga anda semua di bawah rahmat Allah s.w.t. (sila edarkan)

Website berkaitan (untuk download borang kempen tanda tangan dll) :

http://www.myislamnetwork.net/portal/

Moga Allah SWT merahmati anda semua, amiin.