December 29, 2006

Ilmu Memagar Diri dan Rumah

[Entry for Alex Lacey]

Please refer to my previous entry on Wednesday, March 29, 2006
-----------------------------------------------------------------------

A very good tip from Fauzynm website.

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan pencuri yang diamalkan sejak dahulu oleh para anbiya’.

Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekhusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1) Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekaligus. Buat berasingan).

3) Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja.

Dan semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.

Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserahlah pada Allah Yang Esa.

Untuk memagar rumah pula, caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman pencuri; dan semasa membaca ayat Kursi, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk di sekelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri, ada syaratnya pula.

Dari pengalaman orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, pernah terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.

Jika ini terjadi, maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu.

Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibu bapa pula, ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil.

Cuma semasa kita melakukan, niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan izin Allah SWT).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu lagi cara yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat Kursi di sekeliling dalam rumah.

Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada di dinding rumah. Baca ayat Kursi berulangkali di keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas.

Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri.

Kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama.

Jadi, pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak!!!

Wallahu 'alam.

December 27, 2006

Akhlak Rasulullah SAW

Antara 10 Akhlak yang telah dicontohkan daripada akhlak Rasulullah SAW ialah:
  1. Sabar
  2. Memaafkan
  3. Malu
  4. Pemurah
  5. Mengutamakan Orang Lain
  6. Bercakap Hanya Perkara Yang Baik
  7. Adil Terhadap Diri Sendiri
  8. Berbaik Sangka
  9. Ringan Tangan
  10. Serba Sederhana

Wallahu a'lam.

[Source: NUR, Disember 2006]

December 22, 2006

Amalan untuk Memperoleh Zuriat

[Entry for Cuaca]

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita.

Yang paling penting, mulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga semasa menutup bacaan doa.

Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. [Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."]
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.
AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" [Allah Yang Maha Memiliki Keagungan] sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" [Yang Tiada Permulaan ada-Nya] 333x setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

Wallahu a'lam.

[Source: NUR, Disember 2006]

December 20, 2006

Berpantang secara Tradisional Melayu

[Entry for Cuaca]

[Credits to: ZORADATOLAKMA BT HJ DIN]

Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya.

Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran.


Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin seperrti Mustika Ratu, Lia Sari, Sari Ayu, Nona Roguy dan banyak lagi.

RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang.

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.

Misalnya cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka.


Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.

Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.

Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.

Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.

Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

Bertungku

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.


Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.


Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.

Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).


Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Berurut Menyegarkan Badan

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.

Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:

  • Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]
  • 3 camca besar halba
  • 4 cm halia (Zingiber officinale)
  • 4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • 5 biji bawang merah (Allium cepa)
  • Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
Mandi
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Mandi Dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.
Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.
Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.
Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
  • Segenggam halba (dipunjutkan)
CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:
  • Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
  • Sediakan bahan-bahan di atas.
  • Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
  • Masukkan halba yang dipunjutkan.
  • Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.
Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.
Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan.
Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
Mandi Lulur
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit.
Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit.
Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita.
Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.
BERTANGAS
Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).
Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan Tangas:
  • 9 keping asam gelugur
  • 2 camca besar garam jantan
  • 3 helai daun sirih (Piper betel)
  • Segenggam inai (Lawsonia terma)
  • Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
  • 3 biji manjakani
  • Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.
PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG
Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.
Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.
Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis.
Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.
Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.
Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:
  • Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)
  • Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari
  • Isi kunyit terus sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih (Allium sativum)
  • Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola pingpong
  • Secawan air kosong
  • Periuk tembikar dan sudip
  • Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
Cara menyapu jadam:
Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.
Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.
Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.
BERTASAK
Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan.
Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.
Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.
Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum.
Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.
Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.
Minum air akar kayu dan jamu
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.
Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.
Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.
Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.
Makanan berkhasiat untuk yang berpantang
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun.
Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.
Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.
Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.
Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.
Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang.
Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin.
Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.
------------------------------------------------------------------
Cara-cara mengikat bengkung:
1. Sempurnakan ikatan barut.
2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.
3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.
4. Bahagian depan siap diikat.
5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.
Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:
1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.
3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.
5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang.
Wallahu a'lam.

December 18, 2006

Ada Apa Pada Niat dan Cinta?

Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat.

Barangsiapa yang adalah qasad dan niatnya itu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jika niat dan qasadnya itu adalah semata-mata kerana kebendaan duniawi, maka ia berada di dalam kerugian yang amat sangat.

Sesungguhnya cinta itu terbit dari hati yang tulus ikhlas.

Cinta adalah indah,
Seandainya yang dicintai itu Habibullah (Rasulullah SAW),
Penyakit cinta amatlah parah,
Kerana cinta adalah penyakit arwah,
Jika benar kamu cintakan Allah,
Kau akan kasih sekalian Ahlullah,
Sentiasa bermain di bibir kalimah 'ALLAH',
Dan sentiasa kau asyikkan Rasulullah SAW,
Nikmat cinta amatlah lazzah,
Peroleh dengan suhbah Sufiah,
Cinta Haqiqi - cinta yang mengenalkan diri,
Cinta Majazi - semakin takabbur mendakwa wali,
Dilimpahi Cinta Illahi - mereka yang merendah diri,
Rendah diri bukan bermakna tunduk,
Tetapi kosong hati daripada sekalian makhluk,
Melainkan terhadap Mereka yang menjadi Petunjuk.

[Credits to: Abu Al-Baqir]

December 15, 2006

Fadhilat 10 Surah Al-Quran

10 perkara dapat menghalang 10 perkara:

  1. Surah Al-Fatihah dapat menghalang kemurkaan Allah SWT
  2. Surah Yaasin dapat menghalang dahaga pada hari Kiamat
  3. Surah Ad-Dukhaan dapat menghalang huru-hara hari Kiamat
  4. Surah Al-Waqiah dapat menghalang kefakiran
  5. Surah Al-Mulk dapat menghalang azab kubur
  6. Surah Al-Kautsar dapat menghalang kejahatan musuh
  7. Surah Al-Kafiruun dapat menghalang kekufuran ketika waktu nazak
  8. Surah Al-Ikhlas dapat menghalang sifat nifaq
  9. Surah Al-Falaq dapat menghalang hasad dengki manusia
  10. Surah An-Naas dapat menghalang was-was
Wallahu a'lam.
[Credits to: Abu Al-Baqir]

December 13, 2006

Amalan Memudahkan Bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.


*************************************************


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.

December 11, 2006

Surah Al-Kursi: Perlindungan Diri, Keluarga & Harta Benda

[Entry for Alex Lacey]

1. Sesiapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu; setiap pagi dan petang; setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya; bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100x, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Wallahu a'lam.

December 08, 2006

Tasbih dan Tahmid

Ada 2 kalimah ringan di lidah dan berat di timbangan iaitu:
  1. Subhanallah
  2. Alhamdulillah
Gunakanlah waktu senggang kita dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan tasbih dan tahmid memuji-Nya.
Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, amiinnn.
Wallahu a'lam.

December 06, 2006

Amalan Ketika Mengandung

[Entry for Mama_fynn]

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga

**************************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)

Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

December 04, 2006

Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan

  1. Rumah yang bersih.
  2. Penghuninya membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah.
  3. Penghuninya sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat).
  4. Penghuninya jujur dan memenuhi janji.
  5. Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal).
  6. Penghuninya mengekalkan silaturrahim (sentiasa mesra).
  7. Penghuninya berbakti kepada ibu bapa.
Wallahu a'lam.

December 01, 2006

15 Senjata Menghalang Syaitan

  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
  2. Banyakkan berzikir
  3. Banyakkan Beristighfar
  4. Baca "La ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zhoolimin"
  5. Jangan tidur berseorangan
  6. Baca doa pagi dan petang
  7. Bersugi
  8. Melaksanakan Solat Jemaah
  9. Berwudhuk sebelum tidur
  10. Menutup aurat
  11. Membaca doa masuk tandas
  12. Banyak berselawat pada hati
  13. Bertaubat, beristighfar
  14. Banyakkan membaca Al-Quran
  15. Membaca Surah Yassin setiap pagi
Wallahu a'lam.