September 24, 2007

Merawat Penyakit Strok (Angin Ahmar)

Buah-buahan & Sayur-sayuran

1. Tembikai susu: mencairkan bekuan darah.

2. Avokado: menurunkan LDL kolesterol darah.

3. Pisang: menurunkan paras kolesterol dalam darah dan menguatkan jantung.

4. Epal: menurunkan kadar kolesterol darah, tekanan darah dan menguatkan jantung.

5. Belimbing: menurunkan tekanan darah.

6. Jambu Batu: menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

7. Asparagus: menurunkan tekanan darah.

8. Bawang Putih: menurunkan serum kolesterol di dalam darah.

9. Kacang Buncis: mengurangkan kadar LDL kolesterol dalam darah.

10. Timun: menurunkan tekanan darah

11. Daun Seleri: menurunkan tekanan darah.

12. Lobak Merah: menurunkan kadar kolesterol darah.


Tumbuhan Herba

1. Barucina: memperbaiki sistem peredaran darah secara menyeluruh, membantu mencegah dan memperbaiki sumbatan-sumbatan yang berkemungkinan ada pada pembuluh darah.

2. Buah Makasar: bersifat hemostatik di mana ia boleh menghentikan pendarahan pada saat berlakunya strok. Namun begitu, jika pengubatan hanya berdasarkan pada buah makasar sahaja, hasil yang diperolehi tidak akan mencapai tahap yang maksimum. Penggunaannya perlu dikombinasikan dengan tanaman herba lain yang dapat membantu merawat strok secara menyeluruh.

3. Daun Dewa: digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencairkan bekuan darah yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Ia juga digunakan untuk membaiki aliran darah secara menyeluruh dan berperanan untuk mencegah berlakunya penggumpalan darah dan mencairkan bekuan darah pada pembuluh darah.

4. Pokok Ati-Ati: bersifat antikaogulan dan mampu mencegah berlakunya penggumpalan darah. Namun penggunaannya perlu dikombinasikan dengan herba lain untuk menghasilkan kesan yang lebih maksimum.

5. Jati Belanda: berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penimbunan kolesterol di dalam pembuluh darah. Penimbunan kolesterol dalam darah akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan punca berlakunya serangan strok.

6. Konfrei: berfungsi untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah, memperbaiki peredaran darah serta menstabilkan tekanan darah.

7. Mengkudu: menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

8. Mahkota Dewa: menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan stamina agar pemulihan kesihatan selepas berlakunya serangan strok dapat dilakukan dengan cepat.

9. Pegaga: membaiki pembuluh darah yang telah rapuh, menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Meningkatkan lagi kekuatan dengan pembinaan sel baru yang boleh menguatkan sel pembuluh darah serta mengurangkan tekanan darah.

10. Pulai: berperanan sebagai media dalam menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta melancarkan aliran darah.

11. Sambung Nyawa: bersifat anti inflamasi, mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar gula dalam darah, melancarkan fungsi ginjal dan diuretik.

12. Hempedu Bumi: menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.

13. Sembung: menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.

14. Temu Putih: mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah, melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas berlakunya serangan strok.

15. Jintan Hitam: menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.


[Sumber: Terapi Herba Untuk Mengatasi Strok (Angin Ahmar) oleh Ir.B. Mahendra, Dr. Evi Rachmawati N.H., Nor Faridah Sharuddin]

September 10, 2007

Lelaki Ini



Klik sini untuk dengar lagu *Lelaki Ini*
http://www.mediafire.com/?11olzotzqis


Lelaki ini - Anuar Zain

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

September 05, 2007

Kisah di Sebalik Nama Anak


[Tagged by Mardhiah12]


NUR ARIQAH SOFIA [@ Ariqah]

Nur - Cahaya
Ariqah - Baik budi, mulia asalnya
Sofia - Suci, bersih


Nama ini kami pilih dengan harapan dan doa agar dia membesar menjadi seorang yang berbudi pekerti baik dan berakhlak mulia sepertimana akhlak Rasulullah saw. Juga agar dia akan sentiasa mendapat perlindungan-Nya, sentiasa suci dan bersih dari segala noda-noda duniawi, insya-Allah, amiinnn.

----------------------------------------------

Setelah hampir 8 bulan melewati usia perkahwinan kami, kehadirannya merupakan suatu rahmat atau 'cahaya' dalam hidup kami.

Kehadirannya ‘disahkan’ oleh doktor sekembalinya saya beberapa hari setelah mengikuti kursus lasak Team Building. Sepanjang kursus tersebut, saya telahpun mengikuti program Jungle Trekking sejauh 7.5 km dengan aktiviti turun naik bukit, meredah hutan belantara termasuklah memanjat bukit yang tersangatlah curamnya serta hampir sesat di tengah hutan tersebut!

I am very innocent at that moment. Tak tahupun yang diri saya ni telahpun ‘berbadan dua’ rupanya! Syukur alhamdulillah, nasib baik tak bleeding atau mengalami sebarang keguguran. Mungkin telah ditakdirkan-Nya, ‘rezeki anak’ itu memang untuk saya dan suami, alhamdulillah. Thank you, Allah.

Mengandungkan Ariqah adalah antara cabaran hebat buat saya. Saya mengalami ‘morning sickness’ selama 5 bulan lamanya. Tak selera makan, terasa loya bila terhidu ‘bau-bauan’ tertentu termasuklah bau ‘air-cond’ kereta!

Juga tak boleh terhidu bau gulai/ kari, mesti tetiba jek rasa pening & nak muntah. Bayangkanlah dok kat Penang ni dengan Restoran Nasi Kandar kat merata tempat serta ‘bauan semerbak kari’ kat serata ceruk yang saya dilalui, maka makin semaraklah “Pesta Loya” saya pada waktu mengandung keh, keh, keh.

Ariqah memang seorang yang aktif semenjak dalam kandungan lagi. Dah 5 kali ‘scan’ pun tapi doktor tak dapat nak mengesahkan status jantinanya yang sebenar sehinggalah dia dilahirkan!

Dia seorang yang rajin berinteraksi dan sangat gemar bermain dengan Papanya walaupun masih berada di dalam kandungan! Apabila Papanya meletakkan jari di atas perut saya, dia akan mengikuti pergerakan jari tersebut dan saya dapat merasakan pergerakannya berputar di dalam perut saya. Adakalanya dia memberikan tindakbalas dengan menendang ke arah jari Papanya itu. Isyarat yang memberitahu bahawa dia sedang bermain dengan Papanya!

Pernah suatu ketika, doktor tengah ‘scan’ kandungan saya yang ketika itu telah mencecah 5 bulan lebih. Doktor menunjukkan kepada kami imbasan imej Ariqah yang tengah menuding jari ke arah ‘alat pengimbas’. Sejurus kemudian, kelihatan di skrin pengimbas jari-jemarinya yang kecil sedang bergerak-gerak melambai ke arah kami. Doktor kata, “Pandai baby ni. Dia tengah “bye-bye” kat kita”.

Dia dilahirkan melalui ‘pembedahan caesarean’ ketika kandungan saya mencecah 37 minggu kerana ‘air ketuban’ banyak. Doktor bedahnya seorang yang masih muda dan baru sahaja bertugas selama 3 minggu di hospital berkenaan!!!

Alhamdulillah, Ariqah membesar menjadi seorang yang cepat matang, caring, loving, protective, petah bercakap, sangat suka bertanya, ramah mesra, mudah bergaul, mudah berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.

Dia rajin membantu saya membuat kerja-kerja rumah walaupun baru berusia 4 tahun lebih. Dia suka menyanyi dan juga teramatlah gemarnya melukis sehinggakan ‘dinding rumah’ kami telah menjadi ‘galeri milik peribadi’ untuk mempamerkan hasil-hasil karyanya!

Saya doakan agar Ariqah akan membesar dengan sifat-sifat yang luhur dan terpuji, insya-Allah, amiinnn.


MUHAMMAD ARIQ HAKEEM [@ Ariq]
Muhammad - Yang terpuji
Ariq - Baik budi, mulia asalnya
Hakeem - Bijaksana


Nama ini kami pilih dengan harapan dan doa agar dia membesar menjadi seorang yang berbudi pekerti baik dan berakhlak mulia sepertimana akhlak Rasulullah saw. Juga agar dia menjadi seorang khalifah Allah swt yang bijaksana dalam menjalani liku-liku hidup duniawi yang serba mencabar, insya-Allah, amiinnn.

------------------------------------------------

Jarak kelahiran di antara Ariqah dan Ariq hanyalah 1 tahun 4 bulan sahaja. Jarak yang terlalu dekat [menurut andaian doktor], bagi saya yang baru sahaja melahirkan secara ‘caesarean’ sebelum ini.

Bukan saya tidak mengamalkan kaedah merancang keluarga. Malah saya telah mengambil Pil Perancang semenjak abis pantang anak pertama dulu. Tapi mungkin kerana keadaan saya yang telah berubah menjadi ‘terlalu subur’, sehinggakan doktor kata yang saya ni jenis yang pantang kena cuit sikit jek pun, dah terus lekat!

Dek kerana gara-gara ter ’miss’ sebiji pil perancang sahaja walau sewaktu ‘safe period’, maka telah tersurat oleh-Nya yang saya akan mengandungkan Ariq.

Saya agak kecewa sedikit pada mulanya memandangkan jarak waktu kelahiran dan mengandung yang terlalu rapat di antara kedua-duanya.

Tapi, pada masa yang sama saya pasrah dan akur akan takdir dan ketentuan-Nya. Saya percaya pasti ada hikmah besar di sebalik setiap kejadian yang tidak kita ingini! Allah swt Maha Mengetahui segala apa yang tersurat mahupun yang tersirat!!!

Saya menjadi seorang yang sangat aktif dan gemar ‘melaram’ sewaktu mengandungkan Ariq. Tempoh ‘morning sickness’ pun hanyalah 3 bulan sahaja. Tidak terlalu lama berlarutan.

Sepanjang tempoh mengandung, saya cukup suka makan ikan bakar, western food dan pizza hut! Menurut hubby, citarasa 'mengidam' saya pada kali ini cukup 'high class' dan tinggi ongkosnya. :-)

Ariq memang seorang yang cukup aktif di dalam kandungan. Suka sangat bergerak dan suka menendang-nendang di dalam perut! Tapi bila tiba waktu ‘scan’ dia akan duduk diam.

Sewaktu kali pertama doktor ‘scan’ kandungan saya ketika berusia 5 bulan lebih, doktor telah mengesahkan yang kami bakal menimang baby boy. Sebab Ariq tengah duduk diam ketika di ‘scan’ dan bentuk jantinanya jelas kelihatan terpampang di skrin imbasan, alhamdulillah. Maha Suci Allah!

Ariq juga, seperti kakaknya cukup suka bermain dengan Papanya ketika di dalam kandungan. Apabila Papanya meletakkan telapak tangan di atas perut saya, dia akan menendang-nendang telapak tangan Papanya!

Dia juga aktif bergerak, bermain dan menendang-nendang perut saya pada tengah malam terutama ketika mamanya tengah lena diulit mimpi.

Dia amat gemar diajak surfing kat internet. Adakalanya, bila saya tak merasa pergerakannya di dalam perut, saya akan menepuk perlahan perut saya untuk mengejutkannya, “Bangun, bangun… kita nak surf kat internet ni, sayang”. Kemudian, tetiba dia akan bergerak-gerak di dalam perut saya, subhanallah!

Ketika kandungan berusia 7 bulan, doktor memaklumkan bahawa saya boleh bersalin secara normal. Namun, ketika kandungan berusia 8 ½ bulan, doktor mendapati baby berada dalam posisi songsang. Saya dimaklumkan bahawa sekiranya baby masih dalam posisi yang sama ketika kandungan berusia 9 bulan, maka ‘confirm’ saya akan melahirkan Ariq secara ‘caesarean’.

Genap 38 minggu usia kandungan, maka Ariq telah selamat dilahirkan secara ‘caesarean’ oleh doktor yang sama. Pembedahan kali ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada saya.

Pengalaman sendiri yang pertama kali merasakan penangan sakit disebabkan ‘ubat bius abis’ ketika pembedahan tengah dijalankan masih terasa hingga ke hari ini!

Sewaktu melahirkan Ariqah dulu, saya mengalami ‘high fever’ sejurus keluar dari bilik pembedahan dan ianya berlanjutan selama 3 hari.

‘High fever’ merupakan petunjuk berlakunya jangkitan kuman sewaktu pembedahan. Saya difahamkan bahawa kes seperti ini pernah menyebabkan berlakunya kematian.

Alhamdulillah, Ariq dah pun berusia 3 tahun lebih dan merupakan peminat fanatik Ultraman. Dia seorang yang sangat protective, penyayang, pengasihan, very friendly, mudah bergaul dan mudah mendapat kawan.

Jua seorang anak yang sangat aktif, lasak, sangat bertenaga, petah bercakap, suka bertanya soalan [kita yang tak larat nak menjawab daaa!], mempunyai daya imaginasi yang cukup tinggi, sangat kreatif (tulang paha ayam goreng pun dia boleh jadikan pistol mainan!], suka menyanyi dan suka melukis.

Jadi, ada 2 orang pelukis berbakat besar di rumah kami sekarang. And just imagine betapa ‘meriahnya’ dinding rumah kami dengan 'colourful wallpaper'!

Saya doakan agar Ariq membesar dengan sifat-sifat yang luhur dan terpuji, insya-Allah, amiinnn.

--------------------------------------------------

Ariqah & Ariq,

Mama doakan agar anak-anak mama menjadi anak-anak yang soleh & solehah serta menjadi khalifah Allah swt yang berjaya di dunia dan juga di akhirat, insya-Allah. Ya Allah, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa hamba-Mu ini, amiinnn!
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x