August 02, 2008

Sedekah dan Istighfar: Ubat Kemandulan




"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya) dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

[Surah Asy-Syura: 49-50]


Inilah salah satu rahsia Allah swt di sebalik penciptaan makhluk-Nya. Bagi setiap orang mukmin hendaklah berusaha melakukan sebab-sebab dan yakin terhadap kekuasaan Allah swt.

Salah satu sebab-sebab yang dapat membuahkan kesembuhan adalah sedekah dan istighfar. Kisah ini dikatakan dalam kitab-kitab hadis dan secara khusus saya persembahkan kepada anda saudaraku yang mulia.

Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:-

Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak."

Rasulullah saw bersabda: "Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya."

Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.

Jabir berkata: "Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki."

Wallahu 'alam.

[Petikan: Hikmah Terapi Sedekah oleh Hasan bin Ahmad bin Hassan Hammam]