July 22, 2009

Travelog Seorang Da'i



Catatan #1

"Apabila kamu pulang nanti, sampaikan ilmu yang kamu dapati di sini, jangan kamu takut untuk menyampaikan kebenaran".

"Apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan suka kepadamu, ketahuilah kamu ketika itu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran tetapi sebaliknya menyampaikan mengikut apa yang disukai orang ramai, sedangkan Allah swt berfirman : "Kebanyakan manusia tidak suka kepada kebenaran"".

"Apabila hanya sedikit yang datang kepadamu, janganlah kamu berputus asa kerana kebenaran hanya akan disenangi oleh sedikit manusia".

Pada akhir zaman ini, memang benar apa yang dikatakan oleh kiyaiku.

Kebenaran tidak lagi menjadi kesukaan di hati manusia. Sebaliknya, yang tidak benar akan lebih mendapat tempat di hati manusia.

Lagi banyak tidak benarnya, lagi ramai yang akan menjadi pengikutnya. Lagi banyak benarnya, lagi sedikit yang mahu menyertainya.

Catatan #2

Aku teringat sepotong ayat yang menyatakan betapa perlunya seseorang itu kepada doa.

Doa dirinya sendiri dan doa orang lain untuknya. Doa adalah senjata kejayaan seorang Mukmin. Tetapi siapa yang akan doakan untukku setiap hari?

Lalu aku teringat ajaran memberi salam. Nabi kita Rasulullah SAW menggalakkan umatnya sentiasa memberi salam kerana salam adalah doa seorang kepada seorang yang lain.

Apabila diucapkan "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh" bererti "Salam sejahtera ke atas kamu dengan rahmat Allah dan keberkatan-Nya".

Bukankah itu merupakan DOA?

July 17, 2009

Kg Pulau Melaka















Apa yang ada kat Kampung Pulau Melaka?

Selain daripada wujudnya Masjid Kg Pulau Melaka dan Maahad Darul Anuar, apa lagi yang mampu menarik anda untuk ke sini?

Hahhhh...

Kalau nak tahu, di sinilah letaknya kediaman pemimpin, ulama tersohor juga Menteri Besar Kelantan yakni Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirahmati Allah swt.

Lihatlah kediaman Tok Guru kita ni. Walaupun beliau berpangkat besar dan bergelar ulama, tapi kediaman beliau penuh dengan kesederhanaan. Sungguh zuhud sekali, subhanallah!


Pemandangan yang tak mungkin kita lihat ada pada kediaman para pemimpin dan menteri besar yang lainnya.

Kalau tak caya, cuba buat tinjauan anda sendiri :P

July 01, 2009

Stress



Sakit-sakit perut, sakit punggung yang berterusan, berasa sejuk-sejuk badan dan pening yang berterusan adalah tanda-tanda stress.

Stress tidak ada ubatnya. Ubatnya datang daripada diri sendiri. Daripada kekuatan diri.

Biar apapun masalah, banyakkanlah berdoa dan bersolat malam. Semua masalah ada jalan keluarnya. Berserah diri kepada Allah SWT.

[Petikan dari buku "Abang, Apa Salahku? Saat Cinta Suami Berpaling" oleh Asma Nadia]