August 23, 2009

Kisah Buku & Saya



Mengimbas kembali kisah keakraban saya dengan buku, saya hanya mula benar-benar serius menguliti buku pada usia 7 tahun.

Ketika itu, saya amat menyukai buku cerita kanak-kanak terutamanya cerita rakyat, cerita dongeng, fairytales termasuklah siri sang kancil, cerita pak pandir, kisah si tanggang, cinderella, the sleeping beauty, rapunzel, goldilocks and the 3 bears, snow white, bawang putih & bawang merah, the little red riding hood, jack & the bean stalk, siri noddy dll.

Kemudian, saya beralih kepada kisah-kisah nabi, siri enid blyton, siri salmah, nancy drew, lima sekawan, the hardy boys, siri-siri penyiasatan, ensiklopedia dll.

Masih teringat pengalaman saya menguliti buku agama bertajuk ALAM KUBUR (ALAM BARZAKH) pada usia 12 tahun. Disebabkan gambar pada cover buku tu agak menyeramkan, maka buku tu saya balut dengan kertas pembungkus hadiah yang bercorak floral (bunga-bungaan) agar saya dapat meneruskan pembacaan tanpa rasa takut/seram pada malam harinya. Bila diingat-ingat, rasa kelakarpun ada.

Zaman sekolah menengah saya dibanjiri dengan buku-buku novel remaja termasuklah buku karya Khadijah Hashim seperti Badai Semalam, Laila Azwa Gadisku, Mira Edora dll. Juga buku yang saya kira tajuknya sangat simple tapi cukup meninggalkan kesan yang mendalam iaitu P.S. I Love You.

Kalau ditanya sejak bila saya mula menguliti buku-buku agama secara serius, maka jawabnya setelah saya menginjak ke alam pekerjaan.

Setelah bekerja, pilihan buku-buku saya berkembang seiring dengan keupayaan membeli dan juga peredaran masa. Dan setelah berumahtangga, pilihan pembacaan saya lagi bertambah luas dan berkembang.

Dari genre marriage, parenthood, women, islamic, career, internet, cooking, recipe, landscape, interior design, home inprovement, financial, health, motivation, self management, travel, politic, biography hinggalah ke genre photography dan photo editing semuanya saya uliti.

Yaaa… saya banyak membeli buku-buku memasak/resepi untuk dijadikan koleksi bacaan dan sebagai ‘santapan mata’ di kala ‘mode jemu’ melanda jiwa.

Hurrmmm… dan memang amat banyak (and i really meant it) sehingga tidak saya senaraikan kesemuanya ke dalam listing pembacaan saya di GOODREADS Malaysia ! :lol:

Saya juga membuat koleksi buku karya ulama’ seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Buku-buku ini menjadi sumber rujukan saya, juga untuk tarbiyah diri, hati & rohani buat saya dan keluarga.

Anda pula bagaimana... ?

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x