September 04, 2009

Halal











Anak-anak saya sudah terbiasa dengan logo HALAL Jakim.

Setiap kali membeli barang makanan di kedai, pasaraya, hypermarket dll mereka berdua akan sibuk membelek mencari logo HALAL Jakim pada pembalut, botol mahupun tin makanan/minuman.

Kalau kelibat logo tersebut tak kelihatan, maka kedua-duanya terutama 'Kakak' akan memberitahu bahawa makanan tersebut tak boleh dimakan.

"Mama, makanan ni tak boleh makan. Takde logo HALAL!"

Tapi, yang tak tahannya tu... sampai ke barang mainan dan pakaianpun mereka dok belek untuk mencari logo HALAL.

"Mama, mainan ni tak boleh beli. Takde logo HALAL!"

Kuang, kuang, kuang.

** Amacam Kerajaan Malaysia... ada ura-ura tak nak bubuh logo HALAL kat pakaian dan barang permainan kanak-kanak?

2 comments:

  1. hihihi.

    macam pewarna rambut tu, saya confuse la. ada logo halal tu kandungan dia ke atau dah jadi macam inai - maknanya kalau ambil wuduk, masih boleh, pakai pewarna rambut tu?

    ReplyDelete
  2. Ummu Auni, jgn dok tanya tang pewarna rambut tu.

    Akakpun sama. Dari dulu sampai sekarang ni masih dok blur dgn pewarna rambut yg ada logo HALAL dan camner pewarna rambut layak dpt logo tu.

    ReplyDelete

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x