December 31, 2009

Tentang 2009

















31/12/2009

Sedar tak sedar, rupanya kita dah menginjak ke hari terakhir tahun 2009.

Alhamdulillah kerana masih diberikan hayat oleh-Nya untuk meneruskan hidup yang semakin mencabar dengan pelbagai rona kehidupan.

1) Tentang Buku

Misi yang satu ni takyah cerita. Tahun 2009 banyak saya habiskan dengan menguliti buku-buku dari genre yang saya gemari ie. islamik, motivasi, parenting dsb. Tahun ini saja pembelian buku-buku dan majalah saya telah mencecah RM 2,900. Jangan terkejut!

Resit-resit telahpun saya simpan rapi untuk tuntutan pengecualian cukai LHDN bagi tahun 2009. Hanya terhad RM 2,000 sahaja! (rm 1,000 untuk saya dan rm 1,000 untuk suami saya) kuang kuang kuang.

2) Tentang Filem

Pada tahun ini, hanya sempat menonton VCD filem Ayat Ayat Cinta. Masih lagi tercari-cari VCD untuk filem Laskar Pelangi dan juga Sang Pemimpi. Di mana ya tempat yang perlu dijejaki untuk mencarinya???

Jika diberi pilihan; sama ada disogokkan dengan buku novel/fiksyen atau versi VCD buku yang telah difilemkan, saya lebih rela menontonnya sahaja.

Lebih santai dan menghiburkan. Kerana zaman remaja dan kanak-kanak saya banyak dihabiskan dengan menguliti buku-buku yang sepertinya.

Mungkin untuk tahun 2010 ini, saya harus mengubah persepsi saya.

Sesekali harus juga membaca buku-buku Fiksyen untuk menjadikan jiwa saya LEBIH MANUSIAWI. Bukan bermaksud saya tidak berjiwa manusia ya! Cuma misinya ingin menjadikan LEBIH lagi jiwa manusiawi. Itu saja.

3) Tentang Fotografi

Justeru cita-cita saya untuk memiliki kamera Digital SLR belum lagi dapat dipenuhi pada tahun 2009, maka atas sebab itu juga hidup saya masih lagi dalam dunia BUKU.

Sekiranya impian itu berjaya digapai, sudah dapat saya bayangkan bagaimana cerianya warna-warna kehidupan dan blog saya kelak.

Tapi, masa saya untuk berulit dengan buku-buku akan turut berkurangan.

Begitu juga dengan bajet... ehem ehem ehem.

4) Tentang Sabah

Oh ya, saya terlupa. Takkan saya tak balik ke kampung halaman saya kot pada tahun 2010, kan. Sayapun ada kampung halaman sendiri juga. Tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tanah tempat tumpah darah sendiri. uhuk uhuk uhuk.

Untuk itu, saya perlu memperuntukkan bajet untuk menziarahi BONDA tersayang yang amat dirindui dan sentiasa terpahat di hati & ingatan ini!

5) Tentang Cita-Cita

Resolusi 2010, saya ingin menjadi hamba-Nya yang lebih baik, lebih tawakkal dan lebih bertaqwa, insya-Allah, amiinnn.

Resolusi 2010 anda pula bagaimana???

2 comments:

  1. Filem Sang Pemimpi baru menjalani pengambaran hujung tahun lalu. Jadi rasanya di Indonesia juga belum ditayangkan. Saya pernah bertanya di kedai video, rasanya dvd filem Laskar Pelangi, lambat lagi sampai ke Malaysia. Paling awal pun pertengahan tahun ini. (Saya muat turun sahaja filem itu. DVD keluar, baru pergi beli)

    ReplyDelete
  2. Anonymous17/2/10 14:31

    orang sabah? di mana ya?
    salam perkenalan. saya org labuan. ada 2 minat yang sama ; buku dan fotografi. :)

    ReplyDelete

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x