July 24, 2009

Coffee-Table Book



whoaaaa... this is my latest 'Coffee-Table' Book Collection in-the-house.

Kalau ada tetamu yang datang bertandang, maka buku inilah yang bakal disajikan sebagai 'pembuka selera' untuk santapan mata si tetamu agar tidak lena diulit jemu... menunggu. :P

July 22, 2009

Travelog Seorang Da'i



Catatan #1

"Apabila kamu pulang nanti, sampaikan ilmu yang kamu dapati di sini, jangan kamu takut untuk menyampaikan kebenaran".

"Apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan suka kepadamu, ketahuilah kamu ketika itu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran tetapi sebaliknya menyampaikan mengikut apa yang disukai orang ramai, sedangkan Allah swt berfirman : "Kebanyakan manusia tidak suka kepada kebenaran"".

"Apabila hanya sedikit yang datang kepadamu, janganlah kamu berputus asa kerana kebenaran hanya akan disenangi oleh sedikit manusia".

Pada akhir zaman ini, memang benar apa yang dikatakan oleh kiyaiku.

Kebenaran tidak lagi menjadi kesukaan di hati manusia. Sebaliknya, yang tidak benar akan lebih mendapat tempat di hati manusia.

Lagi banyak tidak benarnya, lagi ramai yang akan menjadi pengikutnya. Lagi banyak benarnya, lagi sedikit yang mahu menyertainya.

Catatan #2

Aku teringat sepotong ayat yang menyatakan betapa perlunya seseorang itu kepada doa.

Doa dirinya sendiri dan doa orang lain untuknya. Doa adalah senjata kejayaan seorang Mukmin. Tetapi siapa yang akan doakan untukku setiap hari?

Lalu aku teringat ajaran memberi salam. Nabi kita Rasulullah SAW menggalakkan umatnya sentiasa memberi salam kerana salam adalah doa seorang kepada seorang yang lain.

Apabila diucapkan "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh" bererti "Salam sejahtera ke atas kamu dengan rahmat Allah dan keberkatan-Nya".

Bukankah itu merupakan DOA?

July 21, 2009

What Ever Will Be, Will Be



When i was just a little girl
I asked my mother, what will i be
Will i be pretty, will i be rich
She tell me tenderly
Que sera sera
What ever will be, will be
The future not ours to see
Que sera sera
What ever will be...

[Petikan Lagu Que Sera Sera]

Anak perempuan saya, Ariqah Sofia (kakak) walaupun baru berusia 6 tahun tetapi nyata telah sedia memikirkan tentang perkara-perkara yang mungkin akan berlaku pada 15 tahun akan datang...

I'm amazed coz at her age 6, she's really an outstanding thinker. She spells out her inner feelings just like a 16 years old teenage girl would do...

"Mama... kalau kakak dah besar, kalau kakak kahwin nanti, mama dengan papa dah tua ke?"

"Ahaaaa... bila kakak dah besar, dah nak kahwin, masa tu mama dan papa memanglah dah tua".

"Naper?"

Tiba-tiba Ariqah menangis teresak-esak. Saya mendakapnya erat untuk menenangkan emosinya yang tengah meledak.

Setelah tangisnya reda...

"Naper kakak nangis?"

"Kakak nangislah... sebab kakak takut... mama dan papa TAK ADA! (baca meninggal)".

"Kakak jangan nangis ya. Mama dan papa sayang kakak dan hakeem".

"Ingat tu".

*** Ajal dan maut di tangan Allah swt, Sayang. Tiada siapa yang tahu akan ketentuan Allah swt di masa akan datang...

July 20, 2009

Keperluan Yang Bukan Prioritas



Arrgghhhh... itulah bahananya
bila keperluan itu bukanlah suatu prioritas
dalam membuat pilihan!

Ya... kamera DSLR ini hanya suatu 'wishlist' cuma
aka impian indah dalam hidup semenjak dahulu

Namun disebabkan keperluan yang satu ini
tidaklah mendesak sangat
dan belum lagi bertukar kepada satu kemestian
maka keinginan untuk memilikinya
masih ku letakkan dalam senarai yang terkebawah saja

Lantas 'compact' kamera yang 'gitu-gitu' itu jua
yang jadi peneman setia
mengabadikan saat-saat indah
mahupun titis-titis duka
perjalanan hidup yang penuh berliku...

July 17, 2009

Kg Pulau Melaka















Apa yang ada kat Kampung Pulau Melaka?

Selain daripada wujudnya Masjid Kg Pulau Melaka dan Maahad Darul Anuar, apa lagi yang mampu menarik anda untuk ke sini?

Hahhhh...

Kalau nak tahu, di sinilah letaknya kediaman pemimpin, ulama tersohor juga Menteri Besar Kelantan yakni Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirahmati Allah swt.

Lihatlah kediaman Tok Guru kita ni. Walaupun beliau berpangkat besar dan bergelar ulama, tapi kediaman beliau penuh dengan kesederhanaan. Sungguh zuhud sekali, subhanallah!


Pemandangan yang tak mungkin kita lihat ada pada kediaman para pemimpin dan menteri besar yang lainnya.

Kalau tak caya, cuba buat tinjauan anda sendiri :P

July 10, 2009

Personal Interest



Mungkin itu sebabnya mengapa saya tidak melanjutkan study hingga ke tahap ACCA walaupun Sir telah banyak kali mendorong & menggalakkan agar saya berbuat demikian setelah usai mendapatkan sijil LCCI pada suatu ketika dahulu.

Sebab...

Saya terlalu menyukai Business Mathematic dan Statistic
berbanding Accounting
berbanding Costing
dan juga berbanding Financial Management

STOP

Sebab kecintaan saya pada kedua-duanya mengatasi yang lain

STOP

Walaupun pakcik dan makcik saya bergelar AKAUNTAN
tapi itu bukan SAYA! :p

END.

July 07, 2009

Pantai Cahaya Bulan: Re-Visited


























Pantai Cahaya Bulan (PCB) sememangnya terkenal di kalangan pengunjung yang gemar bermain WAU aka layang-layang.

Ini merupakan kunjungan yang kedua (04/07/2009).

Kali pertama yang terdahulu, saya tak sempat merakamkan gambar kenangan. Kalau ditanya, kenapa? Jawapannya, kerana saya ralit bermain WAU bersama adik-adik ipar dan anak-anak tersayang. Punyalah seronoknya. Tak terkira! kehkehkeh :P

July 01, 2009

Stress



Sakit-sakit perut, sakit punggung yang berterusan, berasa sejuk-sejuk badan dan pening yang berterusan adalah tanda-tanda stress.

Stress tidak ada ubatnya. Ubatnya datang daripada diri sendiri. Daripada kekuatan diri.

Biar apapun masalah, banyakkanlah berdoa dan bersolat malam. Semua masalah ada jalan keluarnya. Berserah diri kepada Allah SWT.

[Petikan dari buku "Abang, Apa Salahku? Saat Cinta Suami Berpaling" oleh Asma Nadia]
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x