August 27, 2009

Meraih Pahala Berganda



Mendoakan Keampunan (Istighfar) untuk Semua Orang Islam

"Sesiapa yang mendoakan keampunan bagi orang-orang mukmin dan mukminah, maka Allah swt akan memberikannya untuk setiap doa bagi satu mukmin dan mukminah satu hasanah (pahala)".

[Hadis riwayat Imam Tabrani]

Keterangan:

Perhatikan kalimat 'satu pahala' bagi setiap doa keampunan untuk mukmin dan mukminah, bagaimana pula jika kita mendoakan untuk seluruh umat Islam, mukmin dan mukminah, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia?

Bayangkan kalau masyarakat Islam hari ini sahaja telah melebihi satu bilion manusia, bermakna dengan mendoakan keampunan bagi seluruh masyarakat Islam, kita akan mendapat kelebihan lebih satu bilion pahala atau 1 bilion hasanah.

Maka, kalau mendoakan keampunan kepada orang2 Islam seluruh dunia sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, sudah tentu bilangannya mencecah berbilion manusia dan mendapat berbilion pahala, subhanallah!

Inilah pahala berlipat ganda hanya dengan mendoakan keampunan untuk setiap mukmin dan mukminah.

Marilah sama-sama kita membacakan doa istighfar ini untuk seluruh orang2 Islam, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

"Ya Allah, ampunkanlah sekalian orang-orang mukmin dan mukminah, muslimin dan muslimah, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, amiinnn".

Wallahu a'lam.

[Rujukan: Bagaimana mendapat pahala hidup 7000 tahun oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, m/s 131]

August 26, 2009

Doa Mohon Diberi Kemudahan



"ALLAA HUMMA LAA SAHLA ILLA MAA JA-'ALTAHU SAHLAN WA ANTA TAJ 'A-LUL HAZNA IN SYI'-TA SAHLAA"

Maksudnya: Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.


[Sumber: Risalah Doa oleh H. Dja'far Sabran]

August 24, 2009

Doa dan Ingatan



Teringat kembali kepulangan ekspress saya secara solo ke kampung halaman (baca: sandakan) pada bulan Jun 2008 yang lepas, 2 bulan sebelum pemergian ayah tersayang menemui Illahi.

Yaaa... kepulangan ekspress ini berikutan panggilan dari adik yang memaklumkan bahawa ayah dalam keadaan kritikal. Berita yang sungguh-sungguh membuatkan jantung saya berdebak-debuk tak keruan!

Pesan ibu masih saya ingat sewaktu hari terakhir berada di sana...

"Ingat-ingatlah kami di sini selalu walaupun berjauhan."

Saya diam. Airmata yang ingin menitik deras... saya tahankan.

Meredam hati nan sebak di depan ibu.

Dan inilah jawapan saya,

"Ibu, memang saya duduk berjauhan... jauh dari ibu dan ayah. Tapi tidak bermakna ibu ayah saya lupakan. Tidak sesekali! Tidak!"

"Ketahuilah... Ibu ayah adalah degup jantung saya yang sentiasa menyatu dengan diri. Doa dan ingatan saya tak pernah luput, semerbak harum 5 kali sehari setiap usai solat!"

"Ya Allah, kasihani dan rahmatilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik kami sewaktu kami kecil dahulu, amiinnn."

Gathering @ Bukit Merah





















Foto-foto ini diambil semasa aktiviti gathering dengan teman-teman rapat hubby (and their family as well) di Bukit Merah, Perak pada bulan lepas.

Enjoy viewing the piccas! :D

August 23, 2009

Kisah Buku & Saya



Mengimbas kembali kisah keakraban saya dengan buku, saya hanya mula benar-benar serius menguliti buku pada usia 7 tahun.

Ketika itu, saya amat menyukai buku cerita kanak-kanak terutamanya cerita rakyat, cerita dongeng, fairytales termasuklah siri sang kancil, cerita pak pandir, kisah si tanggang, cinderella, the sleeping beauty, rapunzel, goldilocks and the 3 bears, snow white, bawang putih & bawang merah, the little red riding hood, jack & the bean stalk, siri noddy dll.

Kemudian, saya beralih kepada kisah-kisah nabi, siri enid blyton, siri salmah, nancy drew, lima sekawan, the hardy boys, siri-siri penyiasatan, ensiklopedia dll.

Masih teringat pengalaman saya menguliti buku agama bertajuk ALAM KUBUR (ALAM BARZAKH) pada usia 12 tahun. Disebabkan gambar pada cover buku tu agak menyeramkan, maka buku tu saya balut dengan kertas pembungkus hadiah yang bercorak floral (bunga-bungaan) agar saya dapat meneruskan pembacaan tanpa rasa takut/seram pada malam harinya. Bila diingat-ingat, rasa kelakarpun ada.

Zaman sekolah menengah saya dibanjiri dengan buku-buku novel remaja termasuklah buku karya Khadijah Hashim seperti Badai Semalam, Laila Azwa Gadisku, Mira Edora dll. Juga buku yang saya kira tajuknya sangat simple tapi cukup meninggalkan kesan yang mendalam iaitu P.S. I Love You.

Kalau ditanya sejak bila saya mula menguliti buku-buku agama secara serius, maka jawabnya setelah saya menginjak ke alam pekerjaan.

Setelah bekerja, pilihan buku-buku saya berkembang seiring dengan keupayaan membeli dan juga peredaran masa. Dan setelah berumahtangga, pilihan pembacaan saya lagi bertambah luas dan berkembang.

Dari genre marriage, parenthood, women, islamic, career, internet, cooking, recipe, landscape, interior design, home inprovement, financial, health, motivation, self management, travel, politic, biography hinggalah ke genre photography dan photo editing semuanya saya uliti.

Yaaa… saya banyak membeli buku-buku memasak/resepi untuk dijadikan koleksi bacaan dan sebagai ‘santapan mata’ di kala ‘mode jemu’ melanda jiwa.

Hurrmmm… dan memang amat banyak (and i really meant it) sehingga tidak saya senaraikan kesemuanya ke dalam listing pembacaan saya di GOODREADS Malaysia ! :lol:

Saya juga membuat koleksi buku karya ulama’ seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Buku-buku ini menjadi sumber rujukan saya, juga untuk tarbiyah diri, hati & rohani buat saya dan keluarga.

Anda pula bagaimana... ?

August 22, 2009

Petikan Hadis mengenai Puasa

Hadis-hadis riwayat dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

Kelebihan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Kelebihan berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

Akhlak sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."

Kelebihan bersahur

Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."

Kelebihan menyegerakan berbuka

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."

Kelebihan Solat Tarawih dalam bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan."

Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.

Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.

Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah."

Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub

Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah RA, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.

Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."

H1N1

Untuk view senarai klinik yang ambil bahagian dalam cegah & rawat H1N1 (i.e kalau ada simptom, boleh ambil anti-viral kat sini) :-

http://h1n1.net.my/view-search

*ps* Credit to Ana --> thanks ;)

August 21, 2009

Jadual Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadhan

4.00 pagi : Bangun

Berdoa kepada Allah : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku setelah Dia mematikan aku dan kepada-Nya lah aku akan dikembalikan".

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhuk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi : Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala (baca dalam hati)

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Selepas solat, angkatlah tangan memohon ampun kepada Allah SWT. Menangislah kerana menyesali dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala (baca dalam hati).

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada Allah.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala (baca dalam hati).

Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.

Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala (baca dalam hati).

Selepas salam, bangun lagi dan solat witir 1 rakaat.

Niatnya : Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Taala (baca dalam hati).

Perbanyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta,merintih-rintih agar Allah ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi : Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi : Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Solat sunat Subuh dan solat Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sejadah atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi : Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada Allah agar semua aktiviti kita diberkati-Nya.


Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya di mulut atau di hati.

Perbanyakkan istighfar dan meminta ampun kepada Allah SWT.

Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa Allah SWT sentiasa memerhati kerja-kerja yang kita lakukan dan yakinlah Dia akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi : Solat Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqomah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala (baca dalam hati).

Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : Mengumpat, mengutuk, menyindir atau menyakitkan hati orang lain, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja.

12.45 tgh : Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersolat dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib.

Bersujud syukur setelah selesai solat sunat dan wirid sebagai tanda berterima kasih kepada Allah yg memberi kita nikmat besar agar dapat menyembah-Nya.

4.15 ptg : Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.

Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada Allah yang memberi kita nikmat besar agar dapat menyembah-Nya.

5.30 ptg : Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri masing-masing!!!

6.30 ptg : Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana waktu ini adalah masa yang mustajab untuk berdoa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga".

Merintihlah kepada Allah SWT dan memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Maghrib, bacalah doa dan berbuka: "Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka".

Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah. Setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm : Solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih.

Cuba pertahankan solat tarawih dalam apa keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.

Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk. Seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca manakala yang lain menyemaknya.

Cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang Ramadhan.

Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali dalam bulan Ramadhan)

11.00 mlm : Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.

Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa Ramadhan yg wajib ke atasku, pada tahun ini kerana Allah Taala. (Jangan Lupa)!!!

Tidur awal agar dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : "Dengan namaMu Ya Allah! aku hidup dan aku mati".

Ingatlah tidur adalah mati yg sementara. Kemungkinan kita dipanggil Allah SWT ketika sedang tidur.

Wallahu a'lam.

Kelebihan Solat Tarawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali RA daripada Rasulullah SAW, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi SAW tentang fadhilat (kelebihan) solat sunat tarawih pada bulan Ramadhan:

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan solat tarawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang solat tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersolat tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: "Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)".

Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah SWT beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hamba-Ku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama ‘Al-Kauthar’ ”.

Ramadhan Al-Mubarak



Wishing YOU a Blessed Ramadhan Al-Mubarak.

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah, Maaf Zahir Batin"

Solat Tarawih

1. Hukum Solat Tarawih

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

b) Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.

2. Waktu Solat Tarawih

Waktu solat Tarawih ini ialah selepas menunaikan solat Fardhu Isyak.

3. Rakaat Solat Tarawih

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

b) Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula, beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.

d) Solat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

4. Lafaz Niat Solat Tarawih

- Usholli sunnatat taraawihi rak'ataini lillahi taala.
Bermaksud: Sahaja aku solat Tarawih dua rakaat (makmum) kerana Allah Taala.

5. Rukun Solat Tarawih

Rukun solat sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun solat yang lain juga.

August 20, 2009

Pencinta Buku



Berikut di bawah adalah senarai pembacaan saya di sepanjang tahun 2009 (YTD August 2009).

Mujur ada ramai teman pencinta buku di GOODREADS MY yang seiring dengan saya seperti Ummu Auni.

Kalau tak, saya mungkin termanggu-manggu sendirian, alahaiiii...

10. Hidayah
41. Travelog Seorang Da'i
42. Mencari Doa Yang Makbul
43. Kaedah Mendidik Isteri dan Anak
44. Apa Ertinya Saya Menganut Islam
45. Aura Personaliti Warna
46. Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat
47. Successful Time Management
48. Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia Akhirat
49. Panduan Lengkap Menghalusi Solat Bergambar
50. Nota Wasiat
51. Menangani Individu Sukar
52. Islam Agama Sempurna
53. Bidadari Dari Timur
54. Indahnya Hidup Bersyariat
55. Umar Bin Abdul Aziz: Peribadi Zuhud, Penegak Keadilan
56. Rindu Bau Pohon Tin
57. Bercinta Sampai Ke Syurga
58. 40 Sebab Masuk Syurga
59. Detox At Home
60. Unleashing The Healing Power of Whole Fruits and Vegetables
61. 151 Quick Ideas to Deal with Difficult People
62. Saya Pun Melayu
63. Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
64. Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita
65. Bawa Hatimu Kepada Tuhan
66. The Power of Your Subconscious Mind
67. X-Treme Speed Reading
68. Aku Terima Nikahnya
69. The How To Easily Handle Difficult People Handbook
70. Satu Rasa Dua Hati
71. How To Make The Most of Your Workday
72. Lembaran Hidup Ulama'
73. Berzikir Bukan Bernasyid
74. Men Are From Mars, Women Are From Venus
75. Fenomena Nizar
76. Amalan2 Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata
77. Abang, Apa Salahku?: Saat Cinta Suami Berpaling
78. Nota Hati Seorang Lelaki
79. Zikir dan Doa Penangkal Gangguan Jin & Syaitan
80. 501 Must Visit Natural Wonders
81. Senangnya Memasak... Ayam
82. Senangnya Memasak... Daging
83. Hak Penjagaan Anak Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah
84. Pemakanan dan Kesannya Terhadap Pembentukan Peribadi Muslim
85. Saat Cinta Bertasbih: Tribut Untuk Tuan Guru
86. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
87. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
88. Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah
89. The Digital Photography Book, Volume 2
90. Khurafat Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah
91. Petua-petua Penawar Bagi Hati
92. Pesanan Untuk Para Ibu: Menangani Masalah Anak Nakal
93. Cuba Try Cinta: Islam
94. Senangnya Memasak... Kambing
95. Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya
96. Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha
97. 365 Stories & Rhymes for Girls: A Story A Day
98. Bacakan Saya Satu Cerita
99. Teknik Kombinasi Gambar Digital - Photoshop 7
100. Photography - A Practical Guide
101. Digital Photography Problem Solver: The Top 101 Digital Photography Questions Answered
102. Digital SLR Cameras & Photography For Dummies
103. Mantap Mengaji: Kaedah Al-Matien
104. Zikir Menyembuhkan Kankerku
105. Ramadhan dan Pencerahan Spiritual
106. Istighfar
107. Temukan Lima Rahasia Sebelum Mati
108. Hidangan istimewa dalam pinggan tahan panas
109. Steak
110. Nilai & Pengurusan Waktu Dalam Hidup Seorang Muslim
111. Bajet Wang: 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
112. Senangnya Memasak... Nasi

Pembacaan saya pada tahun ini adalah hasil ledakan daripada sikap ingin tahu yang terlalu membuak-buak. Ditambah dengan rasa dahaga untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang masih terlalu cetek...

"Come and join us at GOODREADS Malaysia"

August 14, 2009

"Mama, Dot-Dot-Dot Tolong Nabi, Tak?



Inilah soalan skema yang sering diajukan oleh anak saya Hakeem semenjak akhir-akhir ini...

Ceritanya bermula begini.

Di suatu petang, sekembalinya Hakeem dan Sofia dari nurseri, tiba-tiba soalan ini terkeluar dari mulutnya (Hakeem), dan kemudian telah menjadi SKEMA kerana sering diulang-ulang tanya pada saya hampir setiap saban petang, setiap kali pulang dari nurseri...

"Mama, lipas tolong Nabi tak?"

"Tak".

"Mama, cicak tolong Nabi tak?"

"Tak".

"Yang tolong Rasulullah saw hanya ada dua iaitu burung merpati dan labah-labah!"

Kemudian, pada hari-hari berikutnya...

"Mama, kucing tolong Nabi tak?"

"Mama, kuda tolong Nabi tak?"

"Mama, arnab tolong Nabi tak?"

"Mama, shark tolong Nabi tak?"

"Mama, ikan paus tolong Nabi tak?"

"Mama, lion tolong Nabi tak?"

Tapi, soalan yang paling tak dapat saya lupakan...

"Mama, DINOSAUR tolong Nabi tak?"

"Mama, RAKSASA tolong Nabi tak?"

"Mama, ULTRAMAN tolong Nabi tak?"

"Iyeeee... tolong gak. Tolong TENGOK!"

Alahaiiiii sayang... :LOL:

Rupa-rupanya anak saya Hakeem teramat suka/taksub pada kisah persembunyian Rasulullah saw di GUA TSUR.

Mungkin kisah ini telah diceritakan oleh ustazah mereka di nurseri.

August 13, 2009

My Little One








Love you more and more each day, my little one.


With Lots of Love,

- Mama -

August 11, 2009

Doa Untuk Penyakit Berjangkit



SURAH AL-INSYIRAH

Surah Al-Insyirah (bererti melapangkan dada Nabi) adalah surah yang ke 94 di dalam Al-Quran, mengandungi 8 ayat.

Allah SWT menegaskan salah satu nikmat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya serta mengisinya dengan iman dan hidayah bagi meringankan beban perjuangannya.

Ditegaskan juga dalam surah tersebut bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan. Umat Islam diperintah agar berusaha dengan bersungguh-sungguh mematuhi perintah Allah dan berbakti untuk kebaikan diri dan masyarakat.

Fadhilat dan Faedahnya :

1. Mempermudahkan segala urusan dan murah rezeki apabila diamalkan membacanya 7 atau 10 kali setiap lepas Solat Fardhu.

2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan Solat Sunat Hajat atau Tahajjud di tengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. Insya-Allah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, insya-Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

----------------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

August 04, 2009

Mengingati Mati




[Sumber artikel: http://genta-rasa.com --> TQ En. Pahrol]

KENANGKANLAH SAAT BERPISAH…

Pagi Jumaat ini datang seperti biasa. Pintu hari dikuak dan sehari lagi kita mendekati saat kematian yang telah ditentukan itu. Peliknya, hati seakan-akan lupa hakikat itu.

Mati seolah-olah “mati” dalam hidup kita. Saban hari orang bersengketa – tentang itu dan ini, berebut kuasa, mengecam dan mendabik dada. Harta, kuasa, nama dan populariti jadi hijab yang menghilangkan bayang-bayang mati yang mengikut ke mana sahaja manusia pergi.

Kita tidak tergamak, bermusuhan sesama saudara, sesama sahabat dan sesama Islam kalau kita kita ingatkan mati. Kita tidak akan berdendam, marah, memfitnah dan melakukan pelbagai penganiayaan jika sedar kita sendiri akan menghadap Allah yang mengetahui tentang kita segala dan semuanya. Baik, mulia, agung dan hebat sangatkah kita?

Wahai diriku dan saudara-saudaraku, mari kita kenangkan saat berpisah yang pasti menjengah. Kenangkanlah saat yang dibimbangkan oleh orang-orang yang soleh itu. Hayati apa yang ditangisi oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA itu. Mereka mengikut jejak kekasih mereka Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati mati. Itulah sumbu bagi pelita kehidupan mereka. Tanpa ingat mati, apalah guna hidup ini…

Hari ini, urut dadamu, pejamkan matamu… istirehat seketika dan katakan: Wahai diri, aku akan mati! Kemudian bukalah mata, dan sematkan di hati bahawa segala ujian hidup ini adalah kecil dan sedikit berbanding apa yang akan dihadapi nanti. Insya-Allah, akan lapanglah hati… dan mulut mampu tersenyum dengan segala cabaran yang mendatang. Masakan orang yang melihat singa berhampirannya masih merungut tentang seekor semut yang menggigit kakinya?

Begitulah diriku dan saudaraku, keyakinan kepada kehidupan akhirat akan memberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kenangkanlah saat berpisah kerana…

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali! Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?

Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan: “Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama: “Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.

Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah, kata-kata ini: “In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”

Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!

Amiinnn.
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x