September 26, 2009

Agar Mudah Tidur Waktu Malam



Al-Ahzab : 56
33:56 Allah and His angels send blessings on the Prophet: O ye that believe! Send ye blessings on him, and salute him with all respect.

Cara Mengamalkan :
Bacalah ayat di atas seberapa mampu sebelum tidur. Insya-Allah mata yang susah tidur akan terlelap dengan lenanya.
Wallahu a'lam.

[Sumber : Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 169]

September 25, 2009

Jika Dipenjarakan Dengan Cara Yang Tidak Adil


Surah Yusuf: ayat 99-100

Cara Mengamalkannya:
1) Jika seseorang dipenjarakan tanpa sebab-sebab yang munasabah atau dengan cara yang tidak adil, tulislah ayat di atas pada sehelai kertas, kemudian dilipat dan dibungkus dengan kemas lantas dijadikan azimat.
Selain itu, hendaklah dia menjadikan ayat di atas sebagai amalan dengan membacanya berulang-ulang kali, terutama setiap kali selesai melakukan solat fardhu.
2) Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 111 kali kemudian tiupkan kepada gari yang sedang melekat di tangan. Insya-Allah, tidak lama selepas itu orang tersebut akan dibebaskan daripada tahanan atau penjara.
Wallahu 'alam.
[Sumber: Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 185-186, ISBN 983-061-536-7]

Agar Terlepas Daripada Ditawan


An-Nisa' : 75

4:75 And why should ye not fight in the cause of Allah and of those who, being weak, are ill-treated (and oppressed)?- Men, women, and children, whose cry is: "Our Lord! Rescue us from this town, whose people are oppressors; and raise for us from thee one who will protect; and raise for us from thee one who will help!"

Cara Mengamalkan :

Jika seseorang terperangkap dalam suatu negeri/negara/kawasan kerana ditawan oleh pihak musuh, kena culik, tersesat dsb, bacalah ayat di atas berulang-ulang kali. Insya-Allah dia akan menemui jalan keluar untuk melepaskan diri.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 186]

September 16, 2009

Membakar Mercun Memanggil Hantu?

Artikel Dewan Kosmik - No. 2

April 2001

Bagaimana Mengesan Kehadiran Hantu? (Dr Norhisham Wahab)

Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar.

Ini biasanya dihasilkan oleh getaran hablur-hablur seperti hablur kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar.

Atas rasional ini adalah agak malang bagi pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.
Dari segi fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin.
Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing.
Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif.
Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.
Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai "Drakula" dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb dan 17hb setiap bulan.
Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian menerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna).
Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia.
Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.
Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.
Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa.
Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.
Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini.
Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipta kelajuan seperti di atas.
Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini.
Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang.
Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam.
Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam.
Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium.
Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.
Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba.
Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesan oleh organ pendengaran manusia.
Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.
Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah.
Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunung berapi berkenaan.
Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan.
Iblis iaitu bapa segala jin dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan.
Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau.
Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini.
Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.
Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini.
Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.
Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu?
Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya.
Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan.
Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalpasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.
Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.
Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan, juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing.
Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah.
Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi.
Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak gementar.
Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan tekanan di kawasan yang terlibat.
Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.
Penyingkiran Tenaga Asing sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah.
Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.
Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali.
Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan.
Selain itu, kaedah mandian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.
[Sumber: http://husmawicvt.tripod.com/id8.html]

Hebatnya Zakat!

Jika anda ingin harta anda diberkati oleh Allah SWT dan harta anda tidak menimbulkan banyak masalah kepada kehidupan anda di kemudian hari, keluarkanlah zakat. Insya-Allah, wang serta kehidupan anda akan diberkati oleh Allah SWT.

"Cegahlah harta kamu dengan mengeluarkan zakat."

(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Tabrani dan Baihaqi)

Berkata Syeikh Mustafa Mohd Imarah yang mensyarahkan hadis ini :

"Hendaklah kamu mendirikan benteng yang kuat yang dapat mencegah harta kamu daripada kecurian, kehilangan dengan mengeluarkan zakat",

Dan sebagaimana tersebut di dalam buku 'Jami Shaghir" :

"Maka tidak akan binasa harta itu sama ada di daratan atau di lautan, melainkan jika ditegah harta itu dari mengeluarkan zakat."

(Rujuk At-Targhib Wat-Tarhib 1/520 dan kitab "Faidhul Qadir 3/338)

Beginilah hebatnya rahsia di sebalik amalan berzakat yang dikira pada hari ini seolah-olah seperti bayaran insuran/takaful bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan dan kecelakaan!

Wallahu a'lam.

(Sumber: Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 154-155)

September 15, 2009

Zikir Selepas Solat

"Sesiapa yang bertasbih 'Subhanallah' pada penghujung setiap solat (iaitu selepas solat) 33 kali, dan 'Alhamdulillah' 33 kali, dan 'Allahu Akhbar' 33 kali, kemudian membaca:

"La Illaha Illallah Wahdahu La Syariikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu, Wahua 'Ala Kulli Syai' in Qadir"

Diampunkan kesalahannya walaupun sebanyak buih lautan."

(Hadis riwayat Imam Muslim)

[Sumber: Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 105]

Fadhilat Sedekah

1) Sedekah sebiji kurma digandakan pahala sebesar Gunung Uhud

"Sesungguhnya Allah Ta'ala menggandakan di kalangan kamu (pahala derma/sedekah) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta, sehingga derma itu menjadi sebesar Gunung Uhud!"

(Rujuk "Sahih Al-Jami" hadis 1815)

2) Tidak akan miskin orang yang suka menderma/sedekah

"Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah"

(Hadis riwayat Imam Ahmad 1/193)

3) Digandakan pahala sehingga 700 kali ganda atau lebih

"Perumpamaan orang-orang yang mengeluarkan hartanya ke jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipatgandakan lagi (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaannya) lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al-Baqarah: ayat 261)

Pengiraan:

sedekah/derma 0.20 sen = ganjaran pahala rm140 atau lebih
sedekah/derma 0.50 sen = ganjaran pahala rm350 atau lebih
sedekah/derma rm1.00 = ganjaran pahala rm700 atau lebih


SUBHANALLAH!
4) Mendapat naungan daripada panas hari Mahsyar

"Tujuh golongan yang Allah akan beri naungan baginya di hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah Ta'ala, (di antaranya) yang menderma dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui tangan kirinya."

(Hadis riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

[Sumber: Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 192-199]

Fadhilat Istighfar

"Sesiapa yang rajin beristighfar, (nescaya) Allah SWT menjadikan baginya pada setiap kesempitan (akan ada) jalan keluar, dan pada setiap kedukaan (ada pintu) kelapangan, dan memberikannya rezeki dengan cara yang tidak disangka-sangka!"

(Hadis riwayat Imam Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Majah dan Al-Hakim]

Berkata Saiyidina Ali RA:

"Sungguh hairan orang yang ditimpa kecelakaan, sedangkan baginya ada alat keselamatan! Lalu beliau ditanya: Apakah alat keselamatan itu? Maka Saiyidina Ali menjawab: (Iaitu) Istighfar!"

(Rujuk "Faidhul Qadir" 6/57)

Adakah menjadi satu tugas yang berat bagi anda jika dalam sehari anda cuma perlu menyebut "Astaghfirullah" sebanyak 50 kali sebagai permulaan?

Lebih baik lagi jika dapat dibaca sebanyak 100 kali, jika anda mengalami masalah yang besar, kerana menurut pengalaman sebahagian ulama', masalah yang berat tadi akan ada jalan keluar jika dapat dibaca sebanyak bilangan tadi.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 167 & 168]

Amalan di Bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah SAW:

"Wahai orang ramai, telah tiba kepadamu satu bulan yang agung lagi diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan! Satu bulan di mana Allah SWT telah menetapkan puasa di dalamnya sebagai satu kefardhuan, dan menghidupkan malamnya dengan ibadah sebagai amalan sunat. Seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan sifat yang baik, ia ibarat orang yang melaksanakan satu kefardhuan di bulan yang lain. Manakala seseorang yang menunaikan pula satu kefardhuan di dalamnya sepertilah orang yang menunaikan tujuh puluh kefardhuan di bulan yang lain."

Ganjaran Pahala:

1 amalan Fardhu = pahala 70 amalan Fardhu
1 amalan Sunat = pahala 1 amalan Fardhu


[Sumber: Penghayatan Ramadhan oleh Ustaz Wajdi Ghunaim, halaman 66]

Bacalah Al-Quran

Rasulullah SAW bersabda:

"Bacalah al-Quran! Sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya."

Rasulullah SAW bersabda lagi:

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebajikan (pahala) dan satu kebajikan digandakan dengan sepuluh gandaan. Tidaklah aku katakan alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi 'alif' satu huruf, 'lam' satu huruf dan 'mim' satu huruf."

Maksudnya, jika kamu hanya membaca BASMALAH di mana terkandung di dalamnya SEMBILAN BELAS HURUF, maka kamu akan mendapat setiap huruf 10 kebajikan. Jumlah keseluruhan adalah SERATUS SEMBILAN PULUH KEBAJIKAN!

Pengiraan:

1 Huruf al-Quran = 10 kebajikan
19 Huruf al-Quran = 10 x 19 = 190 kebajikan (pahala).


SUBHANALLAH!

[Sumber: Penghayatan Ramadhan oleh Ustaz Wajdi Ghunaim, halaman 51 & 52]

September 14, 2009

Syukur | Terima Kasih

""Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah lagi (nikmat) kepada kamu!!""

[Surah Ibrahim: ayat 7]

"Sesiapa yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, maka orang itu (sebenarnya) tidak bersyukur kepada Allah".

[Hadis riwayat oleh Imam Tarmizi]

Bermakna, jika anda tidak mensyukuri kepada orang yang pernah memberikan kebaikan dan nikmat kepada anda, walaupun pemberiannya sedikit, maka anda sebenarnya tidak bersyukur kepada Allah SWT!

Wallahu a'lam.

[Sumber: Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 163]

September 09, 2009

Amalan Untuk Mempermudahkan Segala Urusan

Amalkan membaca ayat 8 daripada Surah Yaasin setiap kali selepas solat 5 waktu.

Bacalah dengan hati yang ikhlas. Insya-Allah segala urusan anda akan menjadi mudah.

Wallahu a'lam.