December 31, 2009

Memori Cinta Sakti






Banyak gambar-gambar lain masih tertinggal di laptop adik ipar.
Terlupa nak save kat thumb drive tempohari, uhuk uhuk uhuk

December 29, 2009

Belas Kasihan

"Bagi seorang hamba yang tumbuh kasih sayang di kalbunya, ketika datang orang yang berhajat meminjam wang, secara tidak sedar muncul rasa hiba terhadap penderitaan orang lain. Bahkan jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, akan membayangkan bagaimana sekiranya yang menderita itu dirinya. Terlebih lagi dia sangat menyedari ada hak orang lain yang dititipkan Allah swt dalam hartanya. Justeru itulah, dia begitu ringan memberikan sesuatu kepada orang yang memang memerlukan bantuannya."

[Sumber: Cuba Try Cinta oleh Abban Lo'baw]

December 28, 2009

Berlaku Adil

"Jika kamu tidak berbuat adil, maka kamu jadi PENINDAS. Bila kamu menindas makhluk Allah swt, bukan sahaja makhluk-Nya itu, bahkan Allah swt pun akan jadi musuh kamu. Bila Allah swt menjadi musuh seseorang, Dia akan menghancurkan dan memerangi hidup musuh-Nya, sampai si musuh bertaubat. Tidak ada yang lebih cepat menghalangi kurniaan Allah swt dan mempercepat datangnya hukuman Allah swt, selain melakukan PENINDASAN, kerana Allah swt mendengar doa ORANG YANG TERTINDAS dan sentiasa sedia menghukum para penindas."

[Sumber: Cuba Try Cinta oleh Abban Lo'baw]

December 26, 2009

Orang Gila [ii]

Bila kita merasa lebih berilmu, kita mudah meremehkan orang yang dianggap bodoh. Kita mengecam mereka. Kita tertawakan kejahilan mereka.

Kalau ilmu yang dimiliki itu ilmu agama, kita berikan gelaran yang buruk kepada orang yang tidak sefahaman dengan kita.

Kita merasa diri sebagai kamus agama yang berjalan, yang semua orang patut merujuk kepada kita. Ada waktunya tanpa sedar, kita khususkan Syurga untuk kelompok sendiri dan Neraka untuk kelompok yang lain.

Kita sahkan semua ibadah sendiri dan kita batalkan ibadah yang lain.

Astaghfirullah...

Tidak sedikit juga yang merasa diri ahli ibadah, merasa diri yang paling soleh di antara seluruh makhluk di bumi ini.

Kita sombong dengan solat malam kita.

Kita bangga dengan bacaan Al-Quran kita.

Kita tinggi hati dengan haji dan umrah kita.

Kemudian, kita merasa puas dengan ibadah kita dan lupa perihal AKHLAK kita di tengah-tengah masyarakat.

Kita begitu puas dengan puasa kita sehingga kita lupa pada fakir miskin di sekitar kita.

Kita begitu senang dengan solat sendiri sehingga kita alpa dan lalai memperbaiki akhlak.

Kita lupa kalau orang yang kita tegur di khalayak ramai itu boleh meronta kesakitan hatinya. Kerana dia juga manusia yang masih memiliki perasaan.

Berbeza dengan kita; yang sudah tidak punya perasaan dan tidak punya belas kasihan kerana kita yang begini telah tergolong dalam golongan ORANG GILA!

Bagi yang telah bermuhasabah diri dan merasakan dirinya seperti yang tertera di atas, ayuh beristighfar banyak-banyak.

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah...

[Sumber: Cuba Try Cinta oleh Abban Lo'baw]

December 25, 2009

Orang Gila [i]

"ORANG GILA ialah orang yang berjalan dengan sombong, memandang orang dengan pandangan yang merendahkan, berbangga-bangga diri, berharap akan Syurga Tuhan sambil bermaksiat kepada-Nya, yang kejelekannya membuat orang lain tidak aman dan kebaikannya tidak pernah diharapkan."

[Sumber: Cuba Try Cinta oleh Abban Lo'baw]

December 21, 2009

Jangan Menunggu Ucapan Terima Kasih

Sesungguhnya sudah menjadi tabiat manusia untuk engkar, bersikap bongkak dan sombong.

Oleh sebab itu, jangan merasa hairan dan tertekan jika ada di antara manusia yang tidak mahu berterima kasih kepada anda, meremehkan kebaikan yang anda lakukan, melupakan bantuan yang pernah anda hulurkan dan bahkan menjadikan anda sebagai lawan yang harus digulingkan.

Andai terhadap Allah SWT yang menjadikan merekapun, mereka sanggup engkar dan tidak mahu bersyukur, apatah lagi kepada kita sesama manusia.

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila setiap kebaikan tidak pernah berbalas rasa penghargaan mahupun ucapan terima kasih.

Justeru, jangan bersedih jika ini berlaku kepada kita. Juga jangan sesekali perkara sebegini mematikan semangat kita untuk terus berbuat baik.

Jangan terkejut jika mereka menyerang anda dengan kritikan pedas biarpun pelbagai kebaikan dan bantuan telah anda hulurkan.

Mereka melakukan yang demikian lantaran diri dikuasai pelbagai sifat keji hingga mereka tidak pernah ingin menghargai segala kebaikan yang telah anda berikan kepada mereka (halaman 58).

Jangan menyerah dan berputus asa meski apapun yang mereka lakukan. Sebaliknya, teruskan kebaikan anda.

Lakukan segala sesuatu kerana Allah SWT. Jika anda melakukan sesuatu kerana Allah SWT, maka anda adalah pemenang yang melebihi segala-galanya (halaman 59)

Bersama-Nya, segala penentangan ataupun tuduhan yang mereka lemparkan kepada anda tidak akan memberikan pengaruh atau kesan sedikitpun buat diri dan kehidupan anda.

Yakinlah betapa Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Itu yang paling penting!

Biarpun mereka yang iri hati, dengki dan berniat jahat tidak sudi bersama anda mencorak kebaikan dalam kehidupan, tetapi Allah SWT tetap bersama-sama anda selagi mana keikhlasan menjadi tunggak di sebalik segala tindakan terpuji  yang anda lakukan.

Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana anda adalah orang yang selalu melakukan kebaikan, sedangkan mereka adalah orang-orang yang melakukan kerosakan.

Tangan di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (halaman 60).

[Sumber: Supaya Gelisah Bernilai Ibadah oleh Dr. Ibrahim Fiqhy]

December 15, 2009

Ubat Penyakit Hati

Ubat penyakit hati itu ada lima perkara:
  1. Membaca Al-Quran
  2. Solat Malam (Tahajjud)
  3. Berterusan Zikir
  4. Membiasakan Berpuasa
  5. Bergaul dengan Orang-orang Soleh
[Sumber : Keajaiban Ibadah - Membongkar Rahsia & Hikmah Ibadah oleh Mukhlas Asy-Starkani Al-Falahi)