January 19, 2010

Membumikan Budaya Membaca (i)

Pada hari Sabtu bersamaan 16/01/2010, jam 5.00++ petang, secara rasminya saya telah menjadi ahli Perpustakaan Siber Ilmu di EON City Mall Seberang Perai. Seronok tak terkata... amboiiiii!

Untuk merealisasikan Resolusi 2010, maka tindakan ini telah diambil sesegera mungkin. Tanpa bertangguh lebih lama. Lagi cepat lagi baik.

Buku-buku di bawah telah saya himpunkan sebagai pemangkin motivasi pembacaan.



1) Edensor - Andrea Hirata
2) Tuhan Manusia - Faisal Tehrani
3) Kuseru Namamu Kekasih - Maya Iris
4) Kutemu Dikau Dalam Setiap Tahajudku - Desi Puspitasari

Kesemua harus dilangsaikan pembacaannya dalam tempoh 2 minggu sebelum tamat tempoh pengembalian.

Dan ternyata suami saya lebih pantas geraknya. Dalam jangka waktu 4 jam sahaja, dia telah berjaya mengkhatamkan Edensor yang setebal 262 mukasurat itu pada hari yang sama! Oh-La-La...

Dan ternyata misi khas saya untuk membumikan budaya membaca di dalam keluarga saya tidak sia-sia, alhamdulillah.

4 comments:

  1. ehemmm...ehemmmm

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kembali pn aidura. terima kasih sudi singgah di blog saya ye.nice blog juge. saya letakkan link blog ini di blog saya yer.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah puan aidura,

    waa bestnya. suka buku dan suka fotografi. saya pun. anyway, Laskar Pelangi sudah ada dalam pasaran. Saya pun baru beli DVD tu dalam bulan ni. Oh, sudah tentulah filem ni memang bagus.

    Sekarang ni kegilaan terbaru saya adalah membeli buku (movie yg sama) dan DVD movie nya sekali. Ofkos, cerita dalam novel adalah lagi sangat bagus. Contohnya dalam novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Isi novelnya lagi padu, dan movie nya 70 % hanyala visual hasil intepretasi dari novelnya. Sekarang ni tengah mencari novel Laskar Pelangi. Dengar2 di Indonesia sana, novel ni adalah best book seller utk tahun lepas. Dah ada e-booknya, tapi tak sabar juga mahu membacanya melalui novel-in-hand. haha.

    Sang Pemimpi? tak sabar. kongsi2kan ya.

    Photografi? Ew, beli la sebuah. Saya yakin kamu akan gembira ++++. ;)

    ReplyDelete

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x