January 08, 2010

Warna-Warni Si Puteri

Dua hari berturut-turut ke kedai buku Popular di Megamall Pinang, Perai pada 2hb dan 3hb Januari yang lepas, anak saya yang lebih mesra dipanggil Kakak tetap memilih buku yang ini juga "Warna-Warni Si Puteri".

Saya tertanya-tanya...

Tak tahu apa istimewanya buku ini di matanya?

Mungkin ke tarikannya disebabkan oleh cover buku ini yang kebanyakannya memang berwarna Pink iaitu warna kegemarannya ataupun jiwa anak perempuan saya yang seorang ini memang lebih condong ke jiwa remaja berbanding jiwa kanak-kanaknya?

Beberapa kali saya telah memujuknya agar memilih sahaja buku cerita kanak-kanak yang lebih santai seperti Rapunzel tetapi Kakak tetap utuh dengan pilihannya untuk membeli novel remaja yang setebal lebih 200 mukasurat itu!

Boleh tak bayangkan seorang kanak-kanak perempuan yang baru nak mencecah usia 7 tahun, baru sahaja menginjak ke kelas Tahun 1 pada 4hb Januari 2010 yang lepas, begitu kental jiwanya untuk membaca buku novel remaja setebal itu??

What are she thinking of???

Begitu cepat masa berlalu...

Twinkle, Twinkle Little Star,
How I Wonder, What You Are?

1 comment:

  1. salam

    cover yang menarik dan tajuk yang catchy!
    saya pun tertarik mahu membacanya, mahu jadi puteri juga =)

    ReplyDelete

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x