February 23, 2010

Pencarian...

Pencarian buku yang tak berkesudahan pada tahun 2009 saya noktahkan dengan satu tekad dan nekad. Genggam bara api, biar sampai jadi arang!


Nekad bahawa buku-buku yang telah dicari sekian lama ini akan berada di dalam genggaman!

Pencarian bermula pada hari pertama perjalanan, 8hb Feb 2010. Novel Jaja & Din karya Noor Suraya mula dikutip ke dalam senarai koleksi di Hentian R&R Tapah.

Hari ke-2 (9hb Feb 2010), pencarian 'Harta Karun' bersambung ke lokasi seterusnya, Kinokuniya KLCC untuk menjejak Manikam Kalbu dan Detektif Indigo Kembali karya Faisal Tehrani. Pencarian seterusnya ke lokasi Borders, Berjaya Time Square tetapi hampa.

Hari ke-3 (10hb Feb 2010), pencarian diteruskan untuk buku yang seterusnya iaitu Percayalah karya Ruby Hazri. Saya ke lokasi The Curve. Mula-mula meninjau-ninjau ke Borders, kemudian ke MPH Bookstore.

Lokasi terakhir yang saya jejaki adalah MPH Bookstore, Mid Valley untuk mendapatkan novel Relevankah Aku di Hatimu karya Rnysa dan Kebun Mimpi (3 ceritera dalam sebuah) karya Noor Suraya, Syud dan Rnysa.

Lengkaplah akhirnya pencarian siri menjejak Buku Impian 2010, part 1.

Sungguh gembira rasa di hati. Alangkah bahagianya. :P

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x