March 24, 2010

Photography: A Memoir

Bukan sekejap waktu saya mengenali dunia fotografi rupanya.

Mulanya berjinak-jinak dengan kamera SLR Canon ayah di usia 7 tahun. Waktu itu masih di era menggunakan roll filem lagi.

Kemudiannya, memiliki kamera PnS sendiri berjenama Kodak sebagai hadiah ulangtahun kelahiran dari ibu sewaktu berusia 11 tahun. Aktiviti mengambil gambar pada waktu itu hanya dilakukan di masa senggang sahaja sebagai hobi iseng semata-mata.

Hobi ini berlanjutan ketika menuntut di Tingkatan 5 & 6 dengan adik-adik yang menjadi model sambilannya setiap kali musim cuti sekolah tiba.

Ya, di era itu saya hanya menggunakan kamera PnS sahaja untuk hobi iseng saya itu sehinggalah ke hari ini. Masih tetap setia dengan kamera kompak 'Point & Shoot' yang itu, itu juga. Masih kekal, masih tak berubah.

Cuma semenjak dua menjak ini, keinginan saya untuk ber-DSLR semakin membuak-buak. Teringin sungguh untuk mencuba lensa-lensa kamera DSLR yang canggih itu. Melihat hasil fotografi yang tentunya memberikan impak istimewa sepertimana yang selalu dilihat saban hari di dada majalah fotografi kesayangan iaitu DCM dan Click!.

Selama ini saya amat menggemari travel, landscape, nature, candid, street and architecture photography. Namun sesekali teringin juga mengabadikan gambar potret anak-anak tersayang mahupun imej yang out-of-focus dengan bokeh yang amat menggiurkan rasa.

Banyak gambar yang ingin saya abadikan tetapi kebanyakannya dalam kondisi low light, indoor dan kekadang di kala malam mahupun dinihari. Dan saya amat gemarkan panorama sunrise mahupun sunset. Sungguhlah romantika de amore nya, Madame Aidura ni. :P

Ya, saya sukakan gambar-gambar monotone dan B&W dengan tona dan rona klasik. Dengan limitasi yang ada, kekurangan itu saya tampung dengan membuat photo editing pada koleksi foto saya. Kerana limitasi itu, saya kena berkreativiti untuk menghasilkan gambar-gambar yang tampak cantik dan menarik!

Seperti kata DH, memadai menggunakan kamera PnS sahaja. Yang penting kualiti foto yang dihasilkan mestilah mantap dan setanding dengan foto yang dihasilkan oleh kamera DSLR. Aduhhhh saya sungguh-sungguh terpana dengan cabaran DH nan satu itu. Sungguh!

Walaupun 3 tahun waktu itu telah berlalu, namun kata-kata DH masih terpahat segar di ingatan sebagai pemangkin untuk saya terus menghasilkan foto-foto yang berkualiti meski hanya untuk koleksi dan tatapan sendiri semata-mata!

1 comment:

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x