April 22, 2010

DIA

Selama itu
Demi dirinya
Aku bersusah payah
Aku berkorban
Sanggup dihina dan dicerca
Berbaju lusuh kumal
Sanggup berlapar dahaga
Sanggup menderita
Bertahun-tahun lamanya

Hanya kerana satu
Demi impian tulus itu
Melihat dia menjejak menara gading
Agar menjadi manusia berguna

Namun
Setelah dia di puncak jaya
Bertemu awek yang digila
Dia membelakangi diriku
Semudah itu

Ya, semudah itu
Dia membelakangi diriku
Melupakanku
Aku ini hanyalah insan picisan
Dalam hidupnya

Ya, syurga
Sungguh-sungguh syurga
Aku terpana
Atas balasan darinya
Manusia yang lupa diri
Yang lupa asal-usulnya...

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x