October 08, 2010

Sasaran 2010 Buku bagi tahun 2010 di GR-MY

Mabruk, mabruk...

"Cakap Biar Serupa Bikin",
"Don't Just Talk, Let's Walk The Talk!"

Syukur alhamdulillah, berkat limpah kurnia dan izin dari-Nya hasrat kami di GR-MY untuk merealisasikan aspirasi pembacaan 2010 buah buku secara kolektif bagi tahun 2010 akhirnya telah terlaksana seawal 30/09/2010.

Ya, saya ulang sebut 30/09/2010 dan bukannya 31/12/2010. Suatu pencapaian yang amat memberangsangkan. Suku tahun terawal dari jangkaan yang telah disasarkan.

Tepuk gemuruh buat semua pembaca tegar yang juga merupakan pendukung kuat untuk aspirasi ini, yakni para peserta Cabaran 50 Buku Setahun di GR-MY yang begitu berdedikasi dan telah memberikan komitmen tanpa kompromi ini...

 Anda semua adalah yang terbaik!

Kami di GR-MY begitu berbangga dengan komitmen dan pencapaian anda.

Kepada semua rakan GR-MY; pembaca tegar & "Speed Reader" yang mempunyai semangat dan kebolehan membaca yang luarbiasa, sila jangan berhenti di takuk ini.

Teruskan lagi pembacaan anda untuk mencapai sasaran individu (masing-masing) sehingga ke saat terakhir 365 hari, 2010.

Pantang menyerah sebelum ajal!

Bagi pihak pengendali dan moderators di GR-MY, salam buku untuk semua.

Untuk berita lanjut, sila klik URL di bawah.

http://www.goodreads.com/topic/show/368138-50-books-challenge-2010-group-mission-accomplished

Wassalam.

3 comments:

  1. Macam comel je rak buku ni. :D

    hakikatnya jeles tengok isi kandungan rak buku itu..uhuhu

    ReplyDelete
  2. @xara, jeles utk kebaikan takpe kan. :P

    ReplyDelete
  3. Aidura, indahnya rak bukumu :)

    ReplyDelete

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x