January 19, 2010

Membumikan Budaya Membaca (i)

Pada hari Sabtu bersamaan 16/01/2010, jam 5.00++ petang, secara rasminya saya telah menjadi ahli Perpustakaan Siber Ilmu di EON City Mall Seberang Perai. Seronok tak terkata... amboiiiii!

Untuk merealisasikan Resolusi 2010, maka tindakan ini telah diambil sesegera mungkin. Tanpa bertangguh lebih lama. Lagi cepat lagi baik.

Buku-buku di bawah telah saya himpunkan sebagai pemangkin motivasi pembacaan.



1) Edensor - Andrea Hirata
2) Tuhan Manusia - Faisal Tehrani
3) Kuseru Namamu Kekasih - Maya Iris
4) Kutemu Dikau Dalam Setiap Tahajudku - Desi Puspitasari

Kesemua harus dilangsaikan pembacaannya dalam tempoh 2 minggu sebelum tamat tempoh pengembalian.

Dan ternyata suami saya lebih pantas geraknya. Dalam jangka waktu 4 jam sahaja, dia telah berjaya mengkhatamkan Edensor yang setebal 262 mukasurat itu pada hari yang sama! Oh-La-La...

Dan ternyata misi khas saya untuk membumikan budaya membaca di dalam keluarga saya tidak sia-sia, alhamdulillah.

January 14, 2010

Di Manakan Ku Cari Ganti...

Dah lama saya tercari-cari batu tasbih sepertimana illustrasi gambar di sebelah.

Batu tasbih seperti ini pernah saya miliki ketika masih menuntut di sekolah menengah.

Batu tasbih ini amat istimewa kerana ia akan bercahaya ketika gelap/malam.

Namun ia telah lesap entah ke mana dan saya masih tegar merinduinya sehingga kini... huhuhu

Sekiranya anda mempunyai info mengenai lokasi kedai yang ada menjualnya, silalah maklumkan saya dengan meninggalkan mesej di ruangan 'comment'.

Harap sangat-sangat...

January 08, 2010

Warna-Warni Si Puteri

Dua hari berturut-turut ke kedai buku Popular di Megamall Pinang, Perai pada 2hb dan 3hb Januari yang lepas, anak saya yang lebih mesra dipanggil Kakak tetap memilih buku yang ini juga "Warna-Warni Si Puteri".

Saya tertanya-tanya...

Tak tahu apa istimewanya buku ini di matanya?
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x