March 24, 2010

Photography: A Memoir

Bukan sekejap waktu saya mengenali dunia fotografi rupanya.

Mulanya berjinak-jinak dengan kamera SLR Canon ayah di usia 7 tahun. Waktu itu masih di era menggunakan roll filem lagi.

Kemudiannya, memiliki kamera PnS sendiri berjenama Kodak sebagai hadiah ulangtahun kelahiran dari ibu sewaktu berusia 11 tahun. Aktiviti mengambil gambar pada waktu itu hanya dilakukan di masa senggang sahaja sebagai hobi iseng semata-mata.

Hobi ini berlanjutan ketika menuntut di Tingkatan 5 & 6 dengan adik-adik yang menjadi model sambilannya setiap kali musim cuti sekolah tiba.

Ya, di era itu saya hanya menggunakan kamera PnS sahaja untuk hobi iseng saya itu sehinggalah ke hari ini. Masih tetap setia dengan kamera kompak 'Point & Shoot' yang itu, itu juga. Masih kekal, masih tak berubah.

Cuma semenjak dua menjak ini, keinginan saya untuk ber-DSLR semakin membuak-buak. Teringin sungguh untuk mencuba lensa-lensa kamera DSLR yang canggih itu. Melihat hasil fotografi yang tentunya memberikan impak istimewa sepertimana yang selalu dilihat saban hari di dada majalah fotografi kesayangan iaitu DCM dan Click!.

Selama ini saya amat menggemari travel, landscape, nature, candid, street and architecture photography. Namun sesekali teringin juga mengabadikan gambar potret anak-anak tersayang mahupun imej yang out-of-focus dengan bokeh yang amat menggiurkan rasa.

Banyak gambar yang ingin saya abadikan tetapi kebanyakannya dalam kondisi low light, indoor dan kekadang di kala malam mahupun dinihari. Dan saya amat gemarkan panorama sunrise mahupun sunset. Sungguhlah romantika de amore nya, Madame Aidura ni. :P

Ya, saya sukakan gambar-gambar monotone dan B&W dengan tona dan rona klasik. Dengan limitasi yang ada, kekurangan itu saya tampung dengan membuat photo editing pada koleksi foto saya. Kerana limitasi itu, saya kena berkreativiti untuk menghasilkan gambar-gambar yang tampak cantik dan menarik!

Seperti kata DH, memadai menggunakan kamera PnS sahaja. Yang penting kualiti foto yang dihasilkan mestilah mantap dan setanding dengan foto yang dihasilkan oleh kamera DSLR. Aduhhhh saya sungguh-sungguh terpana dengan cabaran DH nan satu itu. Sungguh!

Walaupun 3 tahun waktu itu telah berlalu, namun kata-kata DH masih terpahat segar di ingatan sebagai pemangkin untuk saya terus menghasilkan foto-foto yang berkualiti meski hanya untuk koleksi dan tatapan sendiri semata-mata!

March 15, 2010

Membumikan Budaya Membaca (ii)

Yes, he do read.

Discovery Channel, National Geographic, Animal Planets etc memang sinonim dengan DH yang sangat sukakan enjin, hi-tech gadgets, new technologies, super car, science, adventure, travel, history, peradaban dll.

Bertitik tolak dari itu, saya sudah dapat mengagak genre buku yang bakal DH minati dan ternyata firasat saya tidak menghampakan.

Bermula dengan koleksi buku-buku genre biografi ulama dan ilmuwan Islam yang tersohor. Kemudian, beralih kepada travelog. Dan yang terkini fiksyen yang bertema ilmu dan pengembaraan. Semuanya telah DH uliti dari kulit ke kulit.

Saya sungguh teruja dengan pencapaian pembacaan DH setakat ini. So far so good, alhamdulillah.

March 08, 2010

Fiction 2010

Progress pembacaan Fiction di tahun 2010 [Sila rujuk entry terdahulu...]

1. Dingin Salju Indiana
2. Tunggu Teduh Dulu
3. Manikam Kalbu [to read]
4. Laskar Pelangi
5. Sang Pemimpi
6. Edensor
7. Maryamah Karpov
8. VT
9. Terasing
10. Bidadari-Bidadari Syurga [to read]
11. Moga Bonda disayang Allah [to read]
12. Hafalan Solat Delisa [to read]
13. 5 Tahun 5 Bulan
14. aA+bB
15. Tunas
16. Rooftop Rant

Summary:

Read - 9/16 [56.25%]
To Read - 4/16 [25%]
To Buy - 3/16 [18.75%]

March 02, 2010

Wahai Pencinta Buku Malaysia: Anda Di Mana?


Suguhlah timbunan buku
meski setinggi Gunung Everest
namun jika jiwa buku tiada padanya
jangankan dibelek
dipandangnyapun tidak
walau dengan sebelah mata!

~ Aidura Sofiee ~
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x