February 17, 2011

Birthday Bash | Sofia



Nota kaki:

Bukan kebiasaan kami untuk mengadakan jamuan mahupun sambutan bagi meraikan hari ulangtahun anak-anak. Sekadar membeli kek untuk memujuk & menceriakan hati anak agar tidak merajuk dan bersedih.

February 15, 2011

Pointfilm







Tip untuk para pencinta buku...

Seringkali terdapat halaman tertentu di dalam buku yang menarik perhatian anda disebabkan oleh faktanya, kata-katanya yang menarik dsb.

Salah satu caranya adalah dengan melipat bucu di halaman buku tersebut. Ada juga yang meletakkan penanda istimewa dll.

Alternatif lain... kepada para pembaca yang sayangkan buku koleksi, silalah dapatkan POINTFILM di kedai stationery untuk menandakan halaman buku tersebut.

Pointfilm (seperti gambar di atas) telah saya beli dari Popular Bookstore.

February 14, 2011

Let's Celebrate...



Hari ini saya meraikan sesuatu...

Bukan Hari V kalau itu yang anda maksudkan... bukan, bukan, bukan!

Apa yang saya raikan adalah kejayaan saya mencapai sasaran peribadi untuk cabaran pembacaan 60 buku setahun bagi tahun 2011 di GR-MY.

Alhamdulillah, saya telah berjaya melunasinya semalam dan hari ini saya meraikannya secara "sendiri-sendiri" di blog peribadi saya ini. ;)


Sedetik Lebih



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x