February 24, 2013

5 Tahun Bersama GRMY

Assalam.

Mengimbas kembali penyertaan saya dalam komuniti GRMY, dalam diam tak diam rupanya telah menginjak ke tahun yang ke-5 semenjak bulan Ogos 2008.

Secara peribadi, aspirasi saya bagi mencapai sasaran pembacaan 300 buah buku setahun masih tidak kesampaian. Namun tidak bermakna saya gagal dalam usaha ini kerana ternyata saya telah berjaya melepasi kekangan demi kekangan yang saya hadapi di sepanjang tempoh tersebut.

Dengan mengambil kira peranan saya sebagai seorang hamba Allah, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang wanita yang berkerjaya, seorang menantu, seorang kakak, seorang kawan, seorang jiran dll - memang menuntut banyak masa dan komitmen.

Tentunya "peranan-peranan" ini boleh sahaja dijadikan sebagai "escapism" aka seribu satu rencah alasan untuk saya jaja kepada komuniti GRMY akan sebab musabab mengapa saya tidak dapat memberikan komitmen padu di dalam Marathon Pembacaan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih; wahai cik puan Aidura... huhuhu.

Pencapaian di bawah adalah bedahsiasat saya untuk diri sendiri semata-mata. Tidak melibatkan mana-mana individu lain, ya.

2008 - 152 buku
2009 - 182 buku
2010 - 261 buku
2011 - 294 buku
2012 - 289 buku

Walau statistik pembacaan tak sehebat mana tapi alhamdulillah saya cukup berpuashati kerana telah berusaha sebaik yang mungkin.

Semoga Allah SWT akan sentiasa membantu dan mempermudahkan usaha saya pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun mendatang, inshaa-Allah.

Sampai ketemu lagi di catatan akan datang, salam "1Rumah 1Perpustakaan".

Jom membaca, kawan-kawan!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x