September 01, 2014

Integriti


Semenjak akhir-akhir ini aku semakin kabur akan peranan dan tanggungjawab pihak pengurusan.

Boss kecil, boss besar semuanya sama naik.

Aku tengok kerja dorang setiap hari... meeting, meeting, meeting.

Kalau tak meeting, audio con. Sesekali vc, sesi turun padang, kursus, taklimat, seminar, roadshow, team building; punya la bizinya, ya ampunnn. Jadual padat sungguh.

Kekadang tu genap 10 hari tak nampak batang hidung - tolak sabtu, ahad, cuti am. Sehari dua sahaja gamaknya ada kat ofis menayang muka sekadar untuk mencukupkan syarat "keberadaan". Lepas itu, lesap semula.

Mak incik, pak incik... cukup ke 2 hari untuk melangsaikan tugasan yang telah bertampuk selama 10 hari?!

Tepuk dada, tanya selera. Sendiri mau ingat.

Gaji awak dibayar ribu-ribu. Slaid persembahan, memo edaran, rancangan perniagaan, rancangan latihan untuk kakitangan, permohonan belanjawan, bla bla bla, semuanya kuli bawahan tolong setelkan (baca: tolong spoon-feed). Awak tinggal nganga mulut. Itupun masih ada hati nak merungut. Tak reti bersyukur.

Kalau bukan kuli bawahan awak yang bermurah hati tolong/bantu/sediakan; kpi awak tah ke mana. Satu kerjapun tak jalan. Komplen saja banyak... akal kureng.

Bawak bawaklah muhasabah diri tu banyak banyak. Buat kerja biarlah setimpal dengan gaji yang diterima. Barulah rezeki awak berkat dunia akhirat.


No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x