October 26, 2014

Perisian iQuran untuk Smartphone


Sekiranya anda memiliki smartphone aka telefon pintar, perisian iQuran boleh dimuat turun dalam 2 versi - iQuran Lite (percuma) dan iQuran Pro (berbayar).

Untuk kegunaan seharian, anda disarankan agar memuat turun versi iQuran Pro melalui Play Store (pengguna android) atau App Store (pengguna IOS - iphone, ipad).

Pembayaran untuk pembelian "online" boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit.

Usah bimbang dan ragu. Pembayaran melalui kaedah ini adalah selamat dan boleh diyakini, in shaa Allah.

Harga yang dikenakan untuk memuat turun perisian iQuran Pro amatlah berbaloi.

Untuk muat turun melalui Play Store, caj yang dikenakan MYR6.99 manakala melalui App Store USD6.99.

October 18, 2014

Reading Close to the Nature

Sebagai seorang pencinta buku jua pencinta alam, tentu sahaja anda boleh membayangkan keterujaan saya bila menatap gambar-gambar di bawah.

Subhanallah, pemandangan ruang bacaan ini sungguh memukau mata.
Serta-merta saya telah terjatuh cinta pada pandangan pertama.

Ruangnya cukup selesa untuk berulit seharian dengan buku-buku kegemaran anda - sambil menikmati pemandangan di luar sana yang sungguh magika hasil sentuhan Sang Pencipta, Allahu Akhbar!











Source: Google Images. Credits to all of the photo owners.