October 03, 2014

Blog Oh Blog



Gambar dari google images. Credit to the photo owner.

Humppph.

Kemain lagi. Gadget sikit punya banyak, berjenis-jenis, canggih manggih.

Tapiiiii...

Entry blog... Kosong kosong kosong.

Ermmm mana silapnya erk?

Medium perantara dah ada. Bak kata orang capaian di hujung jari tetapi masa berblogging pula semakin suntuk.

Bila ada masa terluang, idea pula tak mari. Kering kontang, tandus - kemarau idea 7 musim hihihi...

Sudahnya, blog masih tetap menten dengan entri pada tahun lepas; zaman dinosaur kuang kuang kuang.

Solusi terakhir untuk kemaskini blog...

1. Bila idea datang mencurah-curah dan masa pula mengizinkan, capai la gadget tu cecepat.

2. Curahkan idea melalui visual keyboard, up gambar untuk mencantikkan entri dan simpan (baca: save as draft).

3. Bila mood berblogging dah mari esok, lusa atau tulat, buka draft tu dan publish la entri blog untuk tatapan kenkawan di alam maya (baca: siber).

Baru la teratak blog tampak bersinar dengan entri yang terbaru dan terhangat di pasaran... kononnn.

Yooolaaaa tu! Hihihi

2 comments:

  1. Kak Aidura, sibukkah? Tak nampak di dalam Reading Challenge GRMY ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aina, tahun ni tahun jeda untuk cabaran membaca GRMY. Terlalu byk komitmen yg perlu dilunaskan. Masih lagi aktif dgn membaca - cuma tidak melibatkn diri secara langsung dgn aktiviti GRMY disebabkan kesuntukan masa untuk mengemaskini data terkini setiap buku yg berjaya dikhatamkan.

      Namun masih aktif mengikuti perkembangan kawan2 di GRMY meski secara "silent reader". :D

      Delete

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x