November 11, 2014

Mangsa 'Road Bullier' | 11.11.2014

Pagi tadi menjadi mangsa 'road bullier' Hi-Lux berwarna hitam di lorong Smart Tag RnR BORR.

Sudah tertera papan tanda mengingatkan agar menjarakkan kenderaan sejauh 5 meter; tapi si pemandu tersebut terlalu gelojoh mengekori kenderaan saya dalam jarak yang terlalu dekat - kurang dari 3 meter.

Sudahnya, palang besi penghadang di hadapan tidak terangkat ke atas.

Kereta saya tersekat di antara palang besi penghadang dan juga kereta si pembuli yang rakus menekan hon kereta tanpa menyedari akan situasi sebenar yang sedang berlaku... astaghfirullah. 

Beginilah sikap segelintir pengguna jalanraya yang hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap tidak sabar semasa memandu.

Bukan setakat menyusahkan, malah menzalimi pengguna jalanraya yang lain.

"Che Mamat Road Bullier, bukan awak seorang sahaja yang nak cepat ke tempat kerja, hokey! Belajarlah menghormati pemandu kenderaan yang lain. Buang jauh-jauh sikap dan hati awak yang busuk itu!"






No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x