August 23, 2014

Ketentuan Illahi

Apapun yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Swt. dan telahpun tersurat di Loh Mahfuz.

Sebagai hambaNya yang lemah - tiada daya dan tiada upaya; siapalah kita untuk menidakkan takdir ketetapanNya.

Hadapilah segala dugaan dengan Sabar dan Solat. Semoga Allah Swt permudahkan urusan...

Sumber rujukan: Quran; Surah Al-Hadid


Ada Apa dengan Kehidupan Duniawi?

Quran Al-Hadid: ayat 20


August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia | 22.08.2014

Hari ini 22.08.2014 diwartakan sebagai Hari Berkabung Malaysia bersempena dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi #MH17 ke tanah air.
Semua pihak diarah agar mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang di seluruh negara.
Untuk roh para muslimin, damailah kamu di sana - di bawah naungan Illahi. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas kalian, aamiiin.
Untuk semua ahli keluarga yang terlibat, ucapan takziah lahir dari segenap rasa...
Bertabahlah di atas dugaan dari Allah swt atas pemergian orang-orang yang dikasihi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dari Allah swt kita datang dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan...
Kami rakyat Malaysia turut berkongsi rasa dukacita di atas tragedi ini.
Al-Fatihah.

August 21, 2014

Realiti

Berpijak biar di bumi nyata

Jangan tersadung

Di awang-awangan.

August 19, 2014

Mimpi

Bermimpilah kamu
Sampai ke bulan

TAPI...

Jangan sampai lupa
Bicara sama Tuhan

August 17, 2014

Cara Membuat Anggaran Bajet untuk Renovasi Rumah

Assalam.

Catatan ini berdasarkan pengalaman sebenar saya.

Nilai tetapan (kadar) adalah untuk memudahkan anda membuat anggaran sebenar bajet yang diperlukan (tunai di dalam tangan) bagi keperluan pembelian bahan dan membayar kos buruh.

Nilai rm yang diberikan di dalam sebutharga oleh kontraktor hanyalah anggaran sahaja. Bukan nilai muktamad dalam hal yang melibatkan renovasi mahupun pembinaan rumah.

Seringkali berlaku nilai sebenar (kos akhir) renovasi adalah melebihi nilai sebutharga asal yang diterima. Kesannya, hasil akhir renovasi tidak semenggah yang diharapkan.

Nilai tetapan/kadar adalah seperti berikut :

1. Bajet terhad - 1.25
2. Bajet sederhana - 1.3
3. Bajet optima - 1.4
4. Bajet maksima - 1.5

Contoh cara pengiraan anggaran bajet renovasi yang diperlukan sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad :

a) Nilai sebutharga --》 rm 40,000
b) Nilai anggaran bajet renovasi --》rm 40,000 x 1.25 = rm 50,000

Diharap agar tips ini dapat memudahkan anda membuat anggaran bajet yang diperlukan.

Wallahu'alam.



August 13, 2014

HOLOCAUST

IsRa.HeLL

STOP  the  G E N O C I D E
STOP  the  H.O.L.O.C.A.U.S.T.
STOP  the  W A R
STOP  the  M A S S A C R E
STOP  the  I N H U M A N I T Y
STOP  your  C R U E L T Y
STOP  K I L L I N G ! ! !

F.R.E.E.  P A L E S T I N E
Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x