September 30, 2014

Setiap Kesusahan Ada Kemudahan

Usaha renovasi luaran rumah tempohari bukanlah sia-sia rupanya.
Ada hikmah yang tersirat dibalik yang tersurat...

Rupa-rupanya Allah ingin memudahkan saya untuk melalui saat-saat sukar ketika musim hujan tiba.

Ternyata selang beberapa minggu berikutnya, cuaca jadi tidak menentu. Sekejap sekejap hujan, sekejap sekejap hujan.

Suasana yang paginya terang benderang, tiba-tiba hujan turun menderu-deru pada petangnya. Subhanallah magika sungguh kuasa Allah. Allahu akhbar!

Sungguh Allah Maha Penyayang dan mengambil berat akan hamba-hambaNya.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Credit to photo owner. Google image.

September 27, 2014

Pearl Haya




Petang semalam memanjakan diri di PHG.

Berkenan kat 2 selendang keluaran baru - seri dewi dan seri teja.

 Tapi bila mencongak masa yang diperlukan untuk sempat atau tidaknya diri ini berkreativiti (baca: melilit dan mempinkan selendang) pada setiap pagi yang serba kalut; maka adalah lebih baik agar dilupakan sahaja hasrat yang bakal memakan tuan itu. :p

Justeru, pilihan terbaik adalah tudung "instant" yang serba mudah untuk dipakai - "serlum" and tadaaa you're off to go...  'simple yet elegant'.

That's why i luv and adore them so so sooo much (single chiffon, chiffon ruffles, doz chic, trez chic).


Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas nikmat gembira pada hari ini (feeling blessed).



September 22, 2014

Vivi&Thura | Wedding Reception | 13.09.2014

Venue of Event :  Taman Botani Precinct 1 Putrajaya.

Vivi Aryieana & Thura,

Mabruk cousin dear.
May both of you live happily ever after till jannah, in shaa Allah, aamiiin.












September 21, 2014

Travel Charger

Rm 8.50, kedai DIY


Rm 9.90, kedai DIY

Jumlah harga untuk kedua-duanya
--> rm 18.40


September 20, 2014

September 12, 2014

Awan nan Pilu


Photo - Google Image.

Petang semalam - mendapat berita pemergian ibu mertua rakan sekerja di Taiping.

Belum reda ceritanya, tiba-tiba...

Pada pagi ini, mendapat satu lagi berita pemergian ayahanda rakan sekerja yang tinggal di Bagan Serai.

Hujan turun mencurah-curah seolah-olah turut bersimpati mendengar perkhabaran sedih yang menyayat hati ini.

Pemergian seorang demi seorang insan-insan yang terpilih kerana menyahut panggilan Illahi. Telah tiba waktu dan ketentuan-Nya ajal pasti akan datang menjemput.

Semoga damai roh mereka di sana di bawah rahmat Allah Swt dan  ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, in shaa Allah, aamiiin.

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuuun.

Al-Fatihah.

September 07, 2014

Me & Nature

Goodreads MY | Lasykar Pelangi

Petang nan Damai


Aku.

Seorang yang hatinya sentiasa akrab dengan alam.

Meski menikmati minum petang yang cukup sederhana - teh O suam, char kuey teow; sambil menikmati panorama matahari terbenam bertemankan angin sepoi sepoi bahasa...

Nikmatnya mengalahkan duduk bersantai di cafe 5 bintang. H.E.A.V.E.N !

Subhanallah. 💞

September 01, 2014

Integriti


Semenjak akhir-akhir ini aku semakin kabur akan peranan dan tanggungjawab pihak pengurusan.

Boss kecil, boss besar semuanya sama naik.

Aku tengok kerja dorang setiap hari... meeting, meeting, meeting.

Kalau tak meeting, audio con. Sesekali vc, sesi turun padang, kursus, taklimat, seminar, roadshow, team building; punya la bizinya, ya ampunnn. Jadual padat sungguh.

Kekadang tu genap 10 hari tak nampak batang hidung - tolak sabtu, ahad, cuti am. Sehari dua sahaja gamaknya ada kat ofis menayang muka sekadar untuk mencukupkan syarat "keberadaan". Lepas itu, lesap semula.

Mak incik, pak incik... cukup ke 2 hari untuk melangsaikan tugasan yang telah bertampuk selama 10 hari?!

Tepuk dada, tanya selera. Sendiri mau ingat.

Gaji awak dibayar ribu-ribu. Slaid persembahan, memo edaran, rancangan perniagaan, rancangan latihan untuk kakitangan, permohonan belanjawan, bla bla bla, semuanya kuli bawahan tolong setelkan (baca: tolong spoon-feed). Awak tinggal nganga mulut. Itupun masih ada hati nak merungut. Tak reti bersyukur.

Kalau bukan kuli bawahan awak yang bermurah hati tolong/bantu/sediakan; kpi awak tah ke mana. Satu kerjapun tak jalan. Komplen saja banyak... akal kureng.

Bawak bawaklah muhasabah diri tu banyak banyak. Buat kerja biarlah setimpal dengan gaji yang diterima. Barulah rezeki awak berkat dunia akhirat.


Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x