June 02, 2015

Hujan Ribut

Pagi ini Butterworth seperti dilanda hujan ribut. Amukan hujan semalam ternyata masih berlanjutan hingga ke pagi.

Kereta yang dipandu menderum laju membelah laluan kanan lebuhraya lingkaran luar Butterworth. Tika melintasi laluan yang dibanjiri oleh air hujan, kereta mula terasa olang aleng ke kiri dan ke kanan. Air jalan menyimbah deras ke cermin. Pandanganpun mula berbalam-balam dengan rona warna keputihan. Serta-merta diri terasa seperti berada di atas sebuah sampan di saat musim salji mula bersemi.

Injap tekanan minyak dilepaskan sedikit bagi memperlahankan ritma pacuan kereta yang dipandu. Sepanjang perjalanan, jantung berentak dup dap dup dap tidak menentu. Ritmanya turun naik seiring dengan pacuan kereta. Mulut tidak henti-henti menyebut kalimah istighfar, memohon padaNya agar selamat sampai ke destinasi yang dituju...

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x