Wednesday, November 18, 2009

Untuk Umi

Buat Umi, Boss-boss dan Makdom-makdom...

Jadilah seorang PEMIMPIN dan bukannya seorang BOSS!


Anda Pemimpin atau Boss?

Seorang boss memperkerjakan bawahannya,
Tetapi seorang pemimpin mengilhami mereka,

Seorang boss mengandalkan kekuasaannya,
Tetapi seorang pemimpin mengandalkan kemahuan baik,

Seorang boss menimbulkan ketakutan,
Tetapi seorang pemimpin memancarkan kasih,

Seorang boss mengatakan 'aku',
Tetapi seorang pemimpin mengatakan 'kita',

Seorang boss menunjukkan siapa yang bersalah,
Tetapi seorang pemimpin menunjukkan apa yang salah,

Seorang boss tahu bagaimana sesuatu dikerjakan,
Tetapi seorang pemimpin tahu bagaimana mengerjakannya,

Seorang boss menuntut rasa hormat,
Tetapi seorang pemimpin membangkitkan rasa hormat,

Seorang boss berkata, 'Pergi!',
Tetapi seorang pemimpin berkata, 'Mari kita pergi!',

Maka jadilah seorang PEMIMPIN,
dan bukan seorang BOSS!

[Karya : Ijah, Pantai Dalam, KL]

Monday, November 16, 2009

Mari Jadi Jutawan (4)

PELABURAN UNTUK MEMBELI RUMAH (DEPOSIT)

Sekarang anda berusia 29 tahun.

Anda merancang ingin memiliki rumah impian pada usia 36 tahun.

Rumah impian anda itu bernilai kira-kira rm 250,000.

Katakan anda memerlukan rm 40,000 untuk membolehkan impian anda menjadi kenyataan.

Mana nak cari wang sebanyak itu???

CONTOH SOLUSI :

1) Buat pelaburan dalam skim Pelaburan Islamik dengan wang pendahuluan rm 2,000.
2) Caruman Tahunan sebanyak rm 4,320 (rm 360/sebulan)
3) Pulangan Pelaburan sebanyak 10% setahun (andaian)
4) Memulakan pelaburan dari usia 30 - 35 tahun.

Pada usia 36 tahun, anda akan memiliki pulangan pelaburan sebanyak --> rm 40,207.70

Alhamdulillah, mudah kan!

Dengan wang sebanyak itu, anda mampu membayar 10% wang deposit rumah impian anda (rm 25,000) manakala bakinya boleh anda gunakan untuk membayar kos guaman, duti setem dll.

Jangan lupa membayar zakat pelaburannya ya!

Friday, November 13, 2009

Mari Jadi Jutawan (3)

Percaya tak jika saya katakan seorang perokok boleh jadi JUTAWAN!

Jika anda seorang perokok tegar sedang anda baru berusia 18 tahun, saya nasihatkan agar anda insaf dan BERHENTI MEROKOK dengan segera!

Jika tidak, anda pasti akan kehilangan peluang tersebut.

CONTOH :

1) Seorang Pakcik berusia 58 tahun telah mula merokok pada usia 18 tahun. Bererti beliau telah merokok selama 40 tahun!

2) Belanja rokok harian: rm3 sekotak, sehari 2 kotak --> rm6

3) Belanja rokok sebulan: rm6 x 30 hari --> rm180

Sekiranya wang itu telah dilaburkan dalam skim Pelaburan Islamik dengan andaian :

a) Pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun
b) Perbelanjaan rokok setahun sebanyak rm2,160


PELUANG JADI JUTAWAN YG TELAH BELIAU BAZIRKAN --> rm 4,419,260.33

Hahhh... nak percaya ke tidak? Kan saya dah kata tadi.

Anda boleh jadi JUTAWAN jika anda TIDAK MEROKOK!!!

Wallahu a'lam.

[Rujukan : Ke mana wang anda? oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir]

Thursday, November 12, 2009

Mari Jadi Jutawan (2)

Mungkin ada pembaca yang berpendapat bahawa contoh melaburkan rm 10,000 untuk anak adalah tidak realistik bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ok, takpe.

Mari kita buat contoh yang lebih realistik agar mudah direalisasikan oleh semua rakyat Malaysia tidak kira yang berpendapatan rendah mahupun sederhana.

PELABURAN UNTUK ANAK (PENDIDIKAN IPT/PERSARAAN)

Saya bahagikan kepada 2 pilihan iaitu :

1) Dengan deposit rm 1,000 atau
2) Tanpa deposit

Dengan andaian :

i) Pulangan pelaburan 10% setahun
ii) Pelaburan dibuat pada usia 0 tahun (ie. usia 2 bulan)
iii) Caruman tahunan sebanyak rm 1,200 (rm 100/bulan)
iv) Pulangan pelaburan dikeluarkan pada usia 19 tahun atau 56 tahun

PILIHAN 1 (Deposit rm 1,000)

a) Jika pelaburan dibuat dari usia 0 - 10 tahun :

a1) Pulangan pelaburan pada usia 19 tahun --> rm 58,550.54
a2) Pulangan pelaburan pada usia 56 tahun --> rm 1,990,949.42

b) Jika pelaburan dibuat dari usia 0 - 18 tahun :

b1) Pulangan pelaburan pada usia 19 tahun --> rm 73,645.91
b2) Pulangan pelaburan pada usia 56 tahun --> rm 2,504,251.68

PILIHAN 2 (Tanpa deposit)

a) Jika pelaburan dibuat dari usia 0 - 10 tahun :

a1) Pulangan pelaburan pada usia 19 tahun --> rm 52,434.63
a2) Pulangan pelaburan pada usia 56 tahun --> rm 1,782,984.36

b) Jika pelaburan dibuat dari usia 0 - 18 tahun :

b1) Pulangan pelaburan pada usia 19 tahun --> rm 67,530.00
b2) Pulangan pelaburan pada usia 56 tahun --> rm 2,296,286.63

Amacam. Lebih realistik tak. Ada bagus?

Wallahu a'lam.

Wednesday, November 11, 2009

Mari Jadi Jutawan (1)

Apa dia kuasa pelaburan masa?

"Masa itu emas" dan masa juga mempunyai kuasa yang amat besar dalam mempengaruhi nilai penggandaan sesuatu pelaburan dalam jangka masa panjang.

Contoh :

Seorang ibu melaburkan wang sebanyak rm 10,000 untuk anaknya dalam satu skim pelaburan islamik (ie. unit amanah) dengan pulangan sebanyak 10% setahun.

Untuk memudahkan pemahaman semua, di sini saya paparkan 6 contoh (pada permulaan usia yg berlainan) untuk dibuat perbandingan. Kita andaikan anak beliau akan mengeluarkan kesemua pulangan pelaburan tersebut apabila beliau bersara pada usia 55 tahun kelak.

Walaupun si ibu hanya membuat caruman pelaburan sekali sahaja (rm 10,000), agak-agak berapa rm yang bakal si anak warisi dari pulangan pelaburan ibunya?

1) Pelaburan pada usia 0 tahun (3 bln) --> rm 2,079,650.57

2) Pelaburan pada usia 5 tahun --> rm 1,291,299.38

3) Pelaburan pada usia 10 tahun --> rm 801,795.32

4) Pelaburan pada usia 15 tahun --> rm 497,851.81

5) Pelaburan pada usia 20 tahun --> rm 309,126.81

6) Pelaburan pada usia 25 tahun --> rm 191,943.42

Nampak tak betapa hebatnya kuasa pelaburan masa???

Jadi, kalau anda memang bercita-cita untuk menjadikan anak atau generasi anda bergelar JUTAWAN kelak, maka bertindaklah sekarang.

Jangan menangguh masa! :D

Laburlah segera dalam skim pelaburan Islamik untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat, insya-Allah ;)

Dan setiap kali mendapat keuntungan pelaburan apabila genap haul setahun, jangan kedekut untuk mengeluarkan zakat bagi melindungi wang pelaburan anda daripada sebarang musibah.

Wallahu a'lam.

[Rujukan: Ke Mana Wang Anda? & Bajet Wang]

Thursday, November 05, 2009

Mari Jadi Jutawan (intro)

Sejak akhir-akhir ini masa saya dipenuhi dengan membelek buku-buku Personal Financial Management.

1) Ke mana Wang Anda? oleh Hajah Rohani Dato' Mohd Shahrir,
2) Bajet Wang: 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang oleh Khairulnahar Jamaluddin
3) Pesara Jutawan oleh Azizi Ali
4) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah oleh Sunthara Segar
5) Rahsia Mengurus Insurans Hayat oleh Sunthara Segar
6) Buat Duit Dengan Rumah oleh Shamsuddin Abdul Kadir
7) Kaya Dengan Rumah oleh Shamsuddin Abdul Kadir
8) Refinancing Now: Real Ideas That Make You Save Money! by Benson Wong


Rasa teruja yang amat untuk mengorek rahsia 'sulit' dan formula orang-orang yang telah berjaya menguruskan kewangan dengan begitu baik sekali sehingga telah bergelar Hartawan mahupun Jutawan!

Ya kawan-kawan... mereka telah bergelar Jutawan tetapi bukan Jutawan Segera ya!

Mereka ini bergelar jutawan di atas 'tiket' komitmen padu, kecemerlangan pelan rancangan, kegigihan mencapai misi kejayaan, kesabaran tanpa kompromi serta bijak menggunakan formula kuasa pelaburan masa!

Apa itu "kuasa pelaburan masa" akan saya terangkan kemudian... Tungguuu!!!

Wednesday, November 04, 2009

Snow World





"Mama, kalau nak pi snow house, nak kena kumpul duit berapa?"

"Rm2,000"

"Alaaaa... duit kakak tak cukup la mama. Kakak ada Rm10 jek!"

Ala-la-laaa cian nye anak mama...

"Sebab tu kakak kena rajin menabung. Baru boleh pi snow house!"

Tuesday, October 13, 2009

Bayi Kerap Menangis

Sekiranya bayi kerap menangis pada waktu malam atau pada bila-bila masa:
  • Usap kepala bayi sambil membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7x

Saturday, September 26, 2009

Agar Mudah Tidur Waktu Malam



Al-Ahzab : 56

33:56 Allah and His angels send blessings on the Prophet: O ye that believe! Send ye blessings on him, and salute him with all respect.

Cara Mengamalkan :

Bacalah ayat di atas seberapa mampu sebelum tidur. Insya-Allah mata yang susah tidur akan terlelap dengan lenanya.

Wallahu a'lam.

[Sumber : Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 169]

Friday, September 25, 2009

Jika Dipenjarakan Dengan Cara Yang Tidak Adil


Surah Yusuf: ayat 99-100

Cara Mengamalkannya:

1) Jika seseorang dipenjarakan tanpa sebab-sebab yang munasabah atau dengan cara yang tidak adil, tulislah ayat di atas pada sehelai kertas, kemudian dilipat dan dibungkus dengan kemas lantas dijadikan azimat.

Selain itu, hendaklah dia menjadikan ayat di atas sebagai amalan dengan membacanya berulang-ulang kali, terutama setiap kali selesai melakukan solat fardhu.

2) Bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 111 kali kemudian tiupkan kepada gari yang sedang melekat di tangan. Insya-Allah, tidak lama selepas itu orang tersebut akan dibebaskan daripada tahanan atau penjara.

Wallahu 'alam.

[Sumber: Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 185-186, ISBN 983-061-536-7]

Agar Terlepas Daripada Ditawan


An-Nisa' : 75

4:75 And why should ye not fight in the cause of Allah and of those who, being weak, are ill-treated (and oppressed)?- Men, women, and children, whose cry is: "Our Lord! Rescue us from this town, whose people are oppressors; and raise for us from thee one who will protect; and raise for us from thee one who will help!"

Cara Mengamalkan :

Jika seseorang terperangkap dalam suatu negeri/negara/kawasan kerana ditawan oleh pihak musuh, kena culik, tersesat dsb, bacalah ayat di atas berulang-ulang kali. Insya-Allah dia akan menemui jalan keluar untuk melepaskan diri.

Wallahu a'lam.

[Sumber: Merawat Kehidupan Dengan Ayat-Ayat Al-Quran oleh Maulana Ashraf Ali Thanfi, halaman 186]

Thursday, September 24, 2009

Allah Wujud...

Terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata/ayat anak saya Hakeem (5 tahun) yang sering diulang putar saban hari...

"Mama, jangan takut ye"

"Hakeem nak turun bawah (baca: tingkat bawah rumah)"

"Allah kan ada. Nanti Allah jaga mama!"

atau yang ini...

"Mana ada hantu"

"Hantu kan dah masuk api neraka!"

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran



Selamat Hari Raya Aidil Fitri,

Maaf Zahir Batin.




Wednesday, September 16, 2009

Membakar Mercun Memanggil Hantu?

Artikel Dewan Kosmik - No. 2

April 2001

Bagaimana Mengesan Kehadiran Hantu? (Dr Norhisham Wahab)

Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi 20KHz yang besar.

Ini biasanya dihasilkan oleh getaran hablur-hablur seperti hablur kuartza. Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan oleh kelawar.

Atas rasional ini adalah agak malang bagi pengemar batu-batu permata yang menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang mempunyai tekanan yang rendah.

Dari segi fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin.

Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti memerangkap tenaga asing.

Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif.

Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.

Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai "Drakula" dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb dan 17hb setiap bulan.

Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian menerima spektrum tenaga cahaya matahari (tujuh warna).

Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada dalam tubuh manusia.

Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.

Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang selari dengan arah rambatan gelombang.

Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang labah-labah atau terdapat serangga berbisa.

Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh unsur-unsur tenaga asing ini.

Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini.

Selain itu, orang yang mempunyai semangat yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan sebenarnya dapat mencipta kelajuan seperti di atas.

Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat ini.

Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah tubuh iaitu sistem tulang.

Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang kehebatan garam.

Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin, gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam.

Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi banyak potasium.

Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.

Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba.

Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesan oleh organ pendengaran manusia.

Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila gempa bumi akan berlaku.

Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah.

Inilah sebabnya mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunung berapi berkenaan.

Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan.

Iblis iaitu bapa segala jin dengan kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau ragu-ragu dalam mencari ketenangan.

Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau.

Orang yang berpuasa daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini.

Orang ini harus mempunyai kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.

Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini.

Warna hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.

Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air, tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu?

Frekuensi hantu boleh dikesan dengan menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya.

Salah satu yang digunakan di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-batan.

Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi daripada ukuran tersebut akan dikenalpasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi, tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.

Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.

Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara pengkebumian atau pemujaan, juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing.

Begitu juga dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau frekuensi dalam tekanan yang rendah.

Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi.

Botol-botol kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang penuh tenang dan tidak gementar.

Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan tekanan di kawasan yang terlibat.

Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.

Penyingkiran Tenaga Asing sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah.

Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.

Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali.

Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan.

Selain itu, kaedah mandian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.

[Sumber: http://husmawicvt.tripod.com/id8.html]

Hebatnya Zakat!

Jika anda ingin harta anda diberkati oleh Allah SWT dan harta anda tidak menimbulkan banyak masalah kepada kehidupan anda di kemudian hari, keluarkanlah zakat. Insya-Allah, wang serta kehidupan anda akan diberkati oleh Allah SWT.

"Cegahlah harta kamu dengan mengeluarkan zakat."

(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Tabrani dan Baihaqi)

Berkata Syeikh Mustafa Mohd Imarah yang mensyarahkan hadis ini :

"Hendaklah kamu mendirikan benteng yang kuat yang dapat mencegah harta kamu daripada kecurian, kehilangan dengan mengeluarkan zakat",

Dan sebagaimana tersebut di dalam buku 'Jami Shaghir" :

"Maka tidak akan binasa harta itu sama ada di daratan atau di lautan, melainkan jika ditegah harta itu dari mengeluarkan zakat."

(Rujuk At-Targhib Wat-Tarhib 1/520 dan kitab "Faidhul Qadir 3/338)

Beginilah hebatnya rahsia di sebalik amalan berzakat yang dikira pada hari ini seolah-olah seperti bayaran insuran/takaful bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan dan kecelakaan!

Wallahu a'lam.

(Sumber: Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 154-155)

Tuesday, September 15, 2009

Zikir Selepas Solat

"Sesiapa yang bertasbih 'Subhanallah' pada penghujung setiap solat (iaitu selepas solat) 33 kali, dan 'Alhamdulillah' 33 kali, dan 'Allahu Akhbar' 33 kali, kemudian membaca:

"La Illaha Illallah Wahdahu La Syariikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu, Wahua 'Ala Kulli Syai' in Qadir"

Diampunkan kesalahannya walaupun sebanyak buih lautan."

(Hadis riwayat Imam Muslim)

[Sumber: Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi, halaman 105]