Showing posts with label surah yaasin. Show all posts
Showing posts with label surah yaasin. Show all posts

September 09, 2009

Amalan Untuk Mempermudahkan Segala Urusan

Amalkan membaca ayat 8 daripada Surah Yaasin setiap kali selepas solat 5 waktu.

Bacalah dengan hati yang ikhlas. Insya-Allah segala urusan anda akan menjadi mudah.

Wallahu a'lam.

January 15, 2007

Patah Tulang, Sakit Urat dan Badan


Surah Yaasin: Ayat 78 - 81

[78] Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

[79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
------------------------------------------------------------------
Fadhilat Surah Yaasin, ayat 78-79: Dibaca untuk merawat patah tulang, sakit urat dan badan.
Wallahu a'lam.

January 12, 2007

Mengelak dari Fitnah


Surah Yaasin: Ayat 29 - 33
[29] (Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta-merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

-----------------------------------------------------------------
FADHILAT SURAH YAASIN
1. Surah Yaasin, Ayat 29
  • Untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut orang.
  • Untuk diguna jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya diri kita.
2. Surah Yaasin, Ayat 44
  • Agar dijauhkan fitnah dalam hidup.
3. Surah Yaasin, Ayat 76
  • Untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
  • Bila rasa sedih, sebak dan kecewa; baca ayat ini sambil memegang dan mengurut dada.
Wallahu a'lam.

January 10, 2007

Doa untuk Menginsafkan Orang Lain



Surah Yaasin: Ayat 32 - 36

[32] Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).





Fadhilat Surah Yaasin ayat 32: Untuk menginsafkan orang lain agar menjadi baik.


Wallahu a'lam.

September 28, 2005

Fadhilat Surah Yaasin

Keberkatan Surah Yaasin (Dr Fatma El Zahra)

[Ayat 1 - 9] Untuk keselamatan diri.

[Ayat 9] Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

[Ayat 12] Merupakan Jantung Yaasin. Rasulullah SAW berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

[Ayat 13 - 35] Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

[Ayat 22 - 23] Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

[Ayat 29] Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut.

[Ayat 29] Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca disemburkan ke muka orang tersebut.

[Ayat 30] Untuk keinsafan supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (harus sentiasa berada di hati dan beramal dengannya).

[Ayat 32] Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.

Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah SWT, kita umat Nabi Muhammad SAW, kita orang Islam dan lain-lain.

[Ayat 33 - 35] Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

[Ayat 36] Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.

Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

[Ayat 37] Adalah untuk menetapkan hati dan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

[Ayat 38] Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah SWT yang satu.

[Ayat 39] Mengisahkan ilmu falak.

[Ayat 40] Merupakan kenyataan Allah SWT yang satu.

[Ayat 41] Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal. Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

[Ayat 44] Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

[Ayat 45 - 48] Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

[Ayat 49] Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Tiupan kedua - Hancur

Tiupan ketiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

[Ayat 50] Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

[Ayat 58] Merupakan salam daripada Allah SWT.

Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. (Amat mujarab buat sakit kepala dan flu. Amalkan, insya-Allah baik).

[Ayat 76] Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

[Ayat 76] Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

[Ayat 78 & 79] - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.

Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "Dia berkata, Siapakah (yang dapat)menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia untuk rawatan pesakit mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

[Ayat 79] "Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk".

[Ayat 82] Untuk Hajat.

Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari. Boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.

Caranya: Solat Sunat Tahajjud (3x) berturut-turut, baca pada air [100x) dan berdoa apa sahaja yang dihajati.

Wallahu'alam.