October 24, 2006

Solat Syukur

1. Apabila kita mendapat sesuatu kenikmatan atau sesuatu yang dihajati atau mencapai kejayaan, maka sewajarnya kita bersyukur kepada Allah SWT dengan mendirikan solat.

2. Dua rakaat atau seberapa banyak, tetapi dikerjakan dua rakaat pada tiap-tiap satu salam.

3. Waktunya pada bila-bila masa, tetapi bukan dalam waktu yang ditegah solat.

4. Lafaz dan niat:

Usholli sunnatash shukri rak’ataini lillahi taala.

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat syukur dua rakaat kerana Allah Taala.

5. Selepas memberi salam, bacalah doa-doa kesyukuran di antaranya seperti berikut:

Maksudnya: Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya; dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya.

2 comments:

  1. terima kasih di atas panduan solat syukur yg diberikan... semoga penulis mendapat keberkatan melimpah ruah dariNYA YG MAHA ESA :)adlenahany@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Anonymous16/5/11 00:24

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete