1. Mempunyai keimanan yang kukuh. Dengannya dia akan berjiwa besar, mampu memikul tugas besar dan berat bagi membawa anggota keluarga ke arah kejayaan dan kecemerlangan.
2. Menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi seluas mungkin, kerana kedua-dua ilmu yang tersebut memandu ke arah melaksanakan amanah sesuai dengan tuntutan syarak dan kehendak zaman. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya; "Sesiapa ingin kejayaan di dunia mestilah dengan ilmu, sesiapa ingin kejayaan di akhirat mestilah dengan ilmu dan sesiapa ingin kejayaan kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu juga."
3. Berpegang kepada prinsip tanggungjawab yang digariskan oleh Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud; "Hak anak atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya berbudi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan melontar. Janganlah memberi kepadanya rezeki selain daripada yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak untuk berkahwin." (Riwayat Al-Hakim)
4. Bapa adalah juga berperanan sebagai guru yang pertama. Oleh itu, dia mesti mempunyai keperibadian yang tinggi dan akhlak yang mulia; kerana dia menjadi contoh ikutan kepada anak-anaknya. Jika bapa berakhlak rendah, tentu anak-anaknya akan berperangai lebih buruk lagi, sebagaimana kata peribahasa: "Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari" dan "Ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul". Sudah pasti suruhan si bapa akan sia-sia belaka.
5. Bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya dan keluarga di bawah tanggungannya; meliputi pakaian dan makan minum, tempat kediaman, pendidikan, kesihatan dan keperluan-keperluan asasi yang lain dalam kehidupan. Justeru Islam mewajibkan Ketua Keluarga agar mencari rezeki. Sabda Nabi SAW yang bermaksud; "Mencari rezeki yang halal diwajibkan atas setiap Muslim (orang Islam yang lelaki)."
6. Seseorang bapa harus berperanan seperti kepala keretapi bergerak dengan kekuatan jenteranya yang luarbiasa hingga mampu membawa semua gerabak yang sarat dengan penumpang, menuju ke arah destinasi dengan selamat dan tidak ada yang tercicir dan terpisah dari landasan.
7. Bapa harus mempunyai kewibawaan yang tinggi. Adakalanya berperanan sebagai seorang panglima perang, yang dipatuhi perintah dan arahannya. Jika ada yang membantah dan mengingkari disiplin, maka perlu dikenakan hukuman dan tindakan yang wajar. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud; "Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka jika telah berumur sepuluh tahun tapi enggan mendirikannya."
8. Bapa hendaklah bersifat pengasih dan penyayang hingga anak-anak merasa mesra dan dekat dengan bapa mereka. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau melihat Rasulullah SAW mencium Al-Hasan bin 'Ali di depan Al-Aqra' bin Habis yang ketika itu berada di kediaman Baginda SAW. Al-Aqra' berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak seorangpun antara mereka yang pernah saya cium." Mendengar demikian, Rasulullah SAW menatap wajah Al-Aqra' lalu bersabda: "Sesiapa yang tidak mengasihi, tentu dia tidak layak untuk dikasihi (oleh Allah SWT dan manusia)."
9. Menjadikan solat kewajipan paling utama dalam rumahtangga. Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat dan hendaklah engkau tekun mengerjakannya." (Surah Taha, ayat 132). Dengan demikian, hidayah dan pertolongan Allah SWT sentiasa dilimpahkan kepada diri kita dan keluarga kita, insya-Allah.
10. Bapa hendaklah sentiasa berdoa dengan doa yang diajar dalam Al-Quran maksudnya; "Wahai Tuhan kami, jadikanlah dari isteri-isteri kami dan anak cucu kami, pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Furqan, ayat 74).
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment