September 14, 2005

Roguynae & Krim Syifa'

Alhamdulillah, Nona Roguy telah berjaya mengeluarkan rumusan produk baru bernama Roguynae, yang dapat membantu mengatasi penyakit puan dan tuan seperti penyakit fibroid dan pembengkakan prostat. Ianya juga berjaya menjalani kajian klinikal selama satu tahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan keputusan rasmi telah di umumkan oleh USM di sedang media pada 26 Mei 2005 (Sila rujuk kepada keratan akhbar yang di lampir). Apa yang dibanggakan, ini adalah kajian klinikal pertama yang diadakan di Malaysia ke atas satu rumusan produk herba.

Maklumat Penting Tentang Roguynae

Ia adalah rumusan herba yang unik dan terbukti berkesan untuk membantu merawat pelbagai masalah pembengkakan dalaman seperti fibroid, endometriosis, sis(cysts), polips, bengkak rahim, tumpah darah, saluran fallopio tersumbat, bengkak prostat, bengkak testis dan bengkak organ dalaman.
Dosej pengambilan adalah mengikut saiz & keadaan ketumbuhan fibroid tersebut.
Jikalau saiz fibroid kecil (antara 2cm dan 4cm) dan tidak mengganggu pesakit – dosejnya adalah di antara 2 – 4 sudu besar penuh ROGUYNAE bersama minuman antioksidan AKAR HERBANIKA setiap hari sehingga sembuh. Jika bermasalah sembelit, pesakit disyorkan mengambil tambahan pembersih dalaman Mustajab Lawas Kencang atau Phyto Cleanse Plus pada waktu petang atau malam.

Jikalau saiz fibroid besar ( 4cm ke atas) disyorkan mengambil dosej 4 – 6 atau 8 sudu besar penuh ROGUYNAE bersama minuman antioksidan AKAR HERBANIKA setiap hari sehingga sembuh. Jika bermasalah sembelit, pesakit disyorkan mengambil tambahan pembersih dalaman Mustajab Lawas Kencang atau Phyto Cleanse Plus pada waktu petang atau malam.

Untuk ketumbuhan Fibroid 4 atau 5cm ke atas, perlu melakukan rawatan luaran iaitu sapuan KRIM SYIFA’ ke bahagian perut, ari-ari & pinggang untuk membantu mengecutkan bengkak secara luaran dengan cepat. Untuk lebih efektif, gunakan bengkung atau binder.

Adalah amat penting pesakit fibroid mengikuti pantang larang makan ( diet ) dengan betul dan penuh disiplin. Makanan yang dilarang merupakan makanan laut (kecuali ikan yang mempunyai isi & kulit putih/cerah), daging, ayam dan makanan yang tersimpan / jeruk.

Lebihkan mengambil sayur-sayuran (yang tidak menjalar) hijau & berkhasiat, ikan yang isi dan kulit putih/cerah dan buah-buahan yang tidak berangin atau sejuk.

Untuk mendapat rawatan fibroid, perlu berjumpa dengan konsultan Nona Roguy untuk konsultasi dan bimbingan. Dapatkan konsultasi di Pusat Rawatan Nona Roguy Bangsar Baru (Jln Riong). Konsultan Kesihatan Nona Roguy bertugas ialah: Sharifah Fairuz, Sharifah Suffiah & Sharifah Nadiah. Anda boleh membuat temujanji melalui no. talipon 03-2284 1010.

Sebelum mendapatkan konsultasi Nona Roguy, pesakit perlu mendapatkan pengesahan atau ‘diagnosis’ daripada doktor pakar sakit puan. Surat pengesahan serta gambar dari imbasan ultrasound perlu di bawa bersama untuk direkodkan oleh konsultan Nona Roguy.

Jika ahli Nona Roguy atau agensi Nona Roguy ingin mendapatkan produk ROGUYNAE, mereka perlu berhubung dengan konsultan Nona Roguy dan menyediakan ‘biodata pesakit’ bagi memudahkan konsultan memberi nasihat dan bimbingan yang sesuai lagi tepat.

Wallahu'alam.

Product Info: Nona Roguy Marketing)

No comments:

Post a Comment