October 04, 2005

12 Tips Slim & Slender

Bismillah & Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah.

(Ini adalah jawapan balas terhadap soalan yang dikemukakan oleh Puan
Limau Nipis kepada saya dalam TagBoard. Maaf, saya agak lewat memberikan respon disebabkan oleh rutin harian yang tidak mengizinkan di sepanjang minggu lepas).
Menjawab persoalan Pn Limau mengenai (1) skema diet saya, dan (2) adakah saya berjaya mendapatkan balik berat badan ideal saya???
Untuk soalan ke-2 : Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan semula berat badan ideal saya pada hari ke-30 sewaktu tempoh berpantang anak ke-2 dulu.
Jadi, pada hari pertama saya kembali bekerja semula (selepas cuti bersalin 60 hari), i manage to wear my kebaya dress again *wink*
Mengikut perkiraan BMI : Berat / (Ketinggian x ketinggian), berat badan ideal saya adalah sekitar 43 - 45 kg (Kadar : 20 - 24.9 --> Normal).
Untuk soalan 1 : Berikut adalah skema Diet saya.
1. Makan dalam jumlah yang sedikit, tetapi kerap (ketika lapar).
Untuk makan tengahari dan malam : Saya amalkan makan 1/2 pinggan nasi + 2 @ 3 jenis lauk-pauk ( ikan, tempe, sayur atau ulam) + sambal cecah yang pedas (belacan @ kicap + cili padi + limau nipis @ limau kasturi) + air limau kasturi @ lemon @ fresh orange.

Lebihkan memakan ikan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

Cili, limau kasturi, limau nipis, lemon, oren dan lain-lain buah-buahan sitrus dapat membantu memecahkan lemak.
2. Minum air putih sebanyak 1 - 1.5 liter sehari.
Meminum air putih lebih daripada 1.5 liter sehari adalah sebaiknya.

Ini akan memudahkan proses pengumuhan toksin dan bahan buangan lain dari sistem badan.

3. Makan banyak buah-buahan (sebaiknya sebelum makan nasi).
Kandungan serat dan air dalam buah akan mengenyangkan dan khasiatnya dapat diserap lebih banyak.
4. Menggunakan pinggan atau mangkuk kecil sewaktu makan (sekiranya ada).
Lagi besar pinggan yang anda gunakan sewaktu makan, lagi banyak makanan yang akan anda makan!
5. Mengambil supplement spirulina (sebelum makan).
Spirulina jika diambil sebelum waktu makan akan memberikan kesan melangsingkan badan tetapi jika diambil selepas waktu makan akan memberikan kesan menambahkan berat badan (sesuai untuk orang yang kurus).
6. Makan @ minum air soya, tofu, tempe dll yang bersumberkan kacang soya.

Kacang soya mengandungi lesitin yang bertindak melindungi sel daripada terbentuknya lemak. Ambil lebih kurang 3x seminggu.

Tubuh anda akan berupaya menghapuskan lemak yang tidak diperlukan.
7. Makan bijirin seperti oat dll.
Bijirin seperti oat dapat mengurangkan kalori dan tahap kolesterol dalam tubuh.
8. Makan malam lebih awal iaitu sebelum jam 7.00 pm.
Saya biasanya mengambil makan malam saya lebih awal iaitu sebelum jam 7.00 pm.

Ini memberikan masa kepada sistem badan untuk menukarkannya kepada bentuk tenaga yang akan digunakan sewaktu melakukan aktiviti-akvitivi sebelum tidur.

Dengan itu, mengelakkan ianya daripada tersimpan menjadi lemak dalam tubuh ketika tidur.

9. Pakaian Dalam Pelangsing Badan (dengan Infra Merah Jauh).
Jika ingin menggunakan Pakaian Dalam Pelangsing Badan (dengan infra merah jauh), sebelum membuat sebarang pembelian; sila pastikan terlebih dahulu bahawa keseluruhan pakaian tersebut disulam dengan infra merah jauh dan bukan hanya di kawasan tertentu sahaja.
Ini untuk mempastikan bahawa pakaian dalam ini benar-benar dapat berfungsi secara efektif dan maksima seperti yang kita inginkan untuk membakar lemak-lemak dalam tubuh, membuang toksin dan melancarkan peredaran darah.
Sebab itu, saya memilih Pakaian Dalam Pelangsing Badan Halle-Nano sewaktu tempoh berpantang dulu. Pakaian dalam ini disulami dengan infra merah jauh di keseluruhan pakaiannya.

Oleh itu, ia mempunyai keberkesanan 5x lebih efektif berbanding dengan pakaian dalam lain yang hanya disulam dengan infra merah jauh di kawasan tertentu sahaja.
10. Jangan makan berulamkan air.
Makan berulamkan air akan menyebabkan perut buncit.
11. Melakukan senaman yang bersesuaian seperti sit-up, push up, berjalan pantas, menaiki tangga dll.
12. Berpuasa sunat 2 kali dalam seminggu.
Selain daripada mendapat pahala sunat berpuasa, kita juga akan dapat mengawal berat badan kita pada masa yang sama. Menarik bukan?! *wink*
Kepada Pn Limau Nipis & The Gang, Zilla dan juga semua Bloggers yang dihormati, selamat mengamalkan diet yang seimbang.
Semoga tips dari saya sedikit-sebanyak akan dapat membantu kalian dalam usaha untuk mendapatkan bentuk badan yang ramping dan langsing, insya-Allah.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment