October 13, 2005

Petua Mencari Malam Lailatul Qadar

Pesan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW (selawat dan salam ke atas Baginda) :

Adalah Malam Lailatul Qadar berlaku pada 1 malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) Bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari Malam Lailatul Qadar

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :

[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;

[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;

[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;

[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;

[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Berdasarkan petua di atas, insya-Allah Malam Lailatul Qadar pada tahun ini jatuh pada malam ke-29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 1 November 2005.

Walau bagaimanapun, janganlah hanya beribadah pada malam ini sahaja, carilah Malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar ialah :

[i] Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

[ii] Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

[iii] Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadah pada malam itu. Tandanya ialah kita tiba-tiba terasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan.

Mudah-mudahan kita mendapat kurniaan Allah SWT yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita, insya-Allah.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment