October 11, 2005

Tips Tambahan Mengurangkan Berat Badan

Cabaran untuk kurus sememangnya hebat. Ramai gagal mengurangkan berat badan kerana tidak tahan godaan makanan serta tidak cukup keazaman.

Jadi, untuk memudahkan pelan tindakan kurus anda, beberapa panduan mungkin boleh membantu :
  • Gunakan pinggan atau mangkuk kecil.
  • Makan buah sebelum makan nasi. Kandungan serat dan air dalam buah akan mengenyangkan dan khasiatnya dapat diserap lebih banyak.
  • Minum segelas air sebelum makan nasi. Ini dapat membantu anda agar cepat kenyang serta dapat mengelakkan diri dari makan secara berlebihan.
  • Ambil makanan sedikit, separuh daripada biasa.
  • Makan sedikit tetapi kerap (jika lapar).
  • Isi pinggan dengan sayur-sayuran dan ikan terlebih dulu. Tinggalkan ruang kecil untuk nasi. Ini bertujuan untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat.
  • Lebihkan makan sayur.
  • Kurangkan makanan berlemak atau bergoreng.
  • Elakkan makanan ringan. Sekiranya lapar, makan snek seperti buah-buahan (1 sajian) atau minum air suam sahaja.
  • Kunyah makanan perlahan-lahan.
  • Letakkan sudu dan garpu di atas pinggan setiap kali selepas suapan.
  • Elak makan sambil menonton atau membaca kerana ia membuat anda leka.
  • Gantikan teh tarik atau kopi dengan buah-buahan selepas makan.
  • Tinggalkan meja makan sebaik saja selesai makan.
  • Pastikan anda hanya makan apabila di meja makan.
  • Lakukan aktiviti yang menyeronokkan selain daripada makan, sekiranya anda lapar.
  • Masukkan senaman seperti berenang dan berjalan kaki 5 kali seminggu dalam aktiviti harian anda. Mulakan dengan berjalan pantas di kawasan perumahan anda sekurang-kurangnya 20 minit sehari secara berterusan. Kemudian tingkatkan masa senaman dan kelajuan berjalan. Jika boleh, lakukan setiap hari lagi baik.
  • Elakkan kaedah pengurangan berat badan yang menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak.
  • Pengurangan berat badan yang paling baik dan selamat ialah penurunan berat sebanyak 0.5 kg dalam seminggu.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment