October 11, 2006

Fadhilat Surah As-Sajdah

Surah As-Sajdah ialah surah ke-32, dalam juz 21 mengandungi 30 ayat. Diturunkan di Makkah, ayat Makkiyah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar."

Kerana itu, alangkah eloknya kita beramal dengan surah As-Sajdah ini supaya kita mendapat ganjaran yang besar, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Selain daripada ganjarannya berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, surah ini juga mengandungi anjuran melakukan solat malam (solat Tahajjud dan solat Witir).

Kita dianjurkan menghafazkan surah ini terutama kepada para Imam untuk dibaca semasa Solat Fardhu Subuh pada hari Jumaat.

Jadikanlah Surah As-Sajdah ini sebagai surah hafalan tanpa perlu membaca menerusi mushaf supaya lebih mudah anda mengamalkannya bila-bila masa sahaja anda kehendaki.

************************************************

Sabda Rasulullah SAW:

"Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; "Tidak ada kesusahan bagimu.""

Rasulullah SAW sentiasa membaca Surah Alif Laam Sajdah dan Surah Al-Mulk pada tiap-tiap malam.

Sabda Baginda SAW:

"Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda."

Fadhilat Surah As-Sajdah: Ayat 7-9
  • Supaya kanak-kanak menjadi orang yang soleh dan baik, tulislah ayat-ayat ini pada bekas yang diperbuat dari kaca.
  • Kemudian hapuskanlah dengan air hujan.
  • Bahagikan air itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan ke dalam makanannya dan yang bakinya untuk diminum dan dibasuh mukanya dengan air tersebut selama 7 hari.
  • Sebaik-baiknya dilakukan selepas 70 hari dari tarikh kelahirannya.
  • Insya-Allah ia akan menjadi seorang anak yang soleh, yang dapat menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
Wallahu a'lam.
Sumber:
i. Fadhilat & Khasiat Surah-Surah Mustajab Doa & Hajat - Ustaz Tolhah Muzakir
ii. Khasiat dan Fadhilat Ayat-Ayat Al-Quran - Abu Al-Baqir Al-Burhami

1 comment:

  1. satu lagi yang suka saya kongsikan dan selalu saya amalkan ; selalulah sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu-bapa kita (masih hidup ataupun yang sudah pergi), setiap hari, insya-Allah, akan murah rezeki kita, dipermudahkan segala urusan kita.
    alhamdulillah, memang berkesan.
    yang penting, niat kena betul kerana mengharap keredhaan Allah dan untuk membalas jasa kedua ibu-bapa kita.
    amalkan selalu, saya cuma berkongsi perkara yang saya dah rasa kesannya sahaja.
    #blogspot:rawatankanser2013

    ReplyDelete

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x