November 10, 2006

Doa Mohon Anak

1. Surah Ali-‘Imran: ayat 38

[38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

2. Surah Al-A’raaf: ayat 189


[189] Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.

3. Surah Al-Anbiaa’: ayat 89

[89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Wallahu a'lam.

3 comments:

  1. Salam ziarah...salam ramadhan

    Banyak info yang amat saya cari selama ini..terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Akhirnya jumpa di Blog Sofira ni...alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.

    saya gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan anda.

    mekasih kerana sudi berkunjung ke teratak buruk saya ni.

    rajin2lah ziarah, ye. :)

    ReplyDelete