November 06, 2006

Doa selepas Solat Fardhu

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan ikutan orang-orang yang bertaqwa, serta ke atas keluarga dan ahli-ahli rumahnya dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan pada agama dan kesihatan jasad, dan ditambahkan ilmu pengetahuan, dan keberkatan rezeki, dan bertaubat sebelum mati, dan rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.

Ya Allah, ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, dan lepaskanlah dari api neraka, dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab).

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dalam dunia ini dan juga di dalam akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.


Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amiinnn.

No comments:

Post a Comment