May 14, 2007

Resipi dalam Pantang [3]

[1] ULAM HALIA DENGAN POKOK KUNCI

Bahan-bahan:


Beberapa potong halia muda
Beberapa batang pokok kunci
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Bersihkan halia muda dan pokok kunci.
b) Kemudian kedua-duanya hendaklah dimayang halus. Gaulkan bersama dan campurkan dengan sedikit garam.
c) Makan bersama nasi panas

Info: Halia dikatakan mempunyai sifat panas dan kering. Dengan memakannya sepanjang tempoh berpantang, ia bertujuan untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.


[2] IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahan-bahan:

Sepotong ikan tenggiri (saiz sederhana)
200 ml air
5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan periuk dan campurkan kesemua bahan. Masak ikan haruan sehingga airnya tinggal sedikit sahaja.
b) Boleh dimakan ketika hidangan masih panas.

Info: Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata. Malah ia berkhasiat untuk kesihatan anda jika diamalkan setiap hari.

Ia mampu mengembalikan semula tenaga, membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah selain merawat luka-luka dalam badan.


[3] KENTANG SUHUN

Bahan-bahan:

200 ml air
3 biji bawang putih
1 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu air asam jawa
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit suhun (direndam terlebih dahulu)

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan tadi hingga kentang empuk. Biarkan ia mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
b) Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang sedikit air asam jawa di atasnya.


[4] KENTANG CAMPUR PEGAGA

Bahan-bahan:

200 ml air
5 – 8 helai daun pegaga
5 ulas bawang kecil – dipotong 2
1 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu makan ikan bilis
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak bersama kesemua bahan sehingga kentang empuk. Biarkan mendidih atas api sederhana besar.
b) Angkat setelah kuahnya pekat. Hidangkan.


[5] IKAN TENGGIRI BAKAR

Bahan-bahan:


2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang kecil – dihiris
Halia sebesar ibu jari – dimayang
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya.
b) Tuangkan air asam jawa, taburkan halia, serbuk lada hitam dan bawang kecil ke atas ikan tenggiri. Tambah garam secukup rasa.


[6] ULAM PEGAGA

Bahan-bahan:


1 ikat pegaga

Cara menyediakan:

a) Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi.

Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi.

Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.


[7] SUHUN PEKAT

Bahan-bahan:

200 ml air
Sedikit suhun – direndam terlebih dahulu
3 ulas bawang kecil – dihiris
1 sudu makan air asam jawa
Halia sebesar ibu jari – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan di atas api sederhana besar.
b) Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata.
c) Biarkan mendidih sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka).


PETUA AGAR BADAN KEMBALI RINGAN & BERTENAGA :

Amalkan minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini pagi dan malam, insya-Allah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.


[Sumber: RASA, Februari 2005]

No comments:

Post a Comment