May 09, 2007

Resipi Ibu Hamil

[1] TEMPE GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

3 keping tempe – dipotong
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:

a) Sangai jintan manis dan jintan putih sehingga wangi kemudian tumbuk kasar.
b) Tempe digaul dengan rempah dan bahan-bahan yang lain hingga rata.
c) Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Toskan minyak sebelum dihidangkan.


[2] MASAK LEMAK TELUR KAMPUNG

Bahan-bahan:

4 biji telur ayam kampung
8 biji cili padi
4 sm kunyit hidup
600 ml santan – dari sebiji kelapa
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – disimpulkan
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan ke dalam periuk.
b) Satukan santan dan bahan-bahan lain (kecuali telur) dalam periuk tadi. Jerang dengan api kecil sambil dikacau.
c) Apabila mendidih, perlahankan api. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masak hingga telur keras.

Info: Telur ayam kampung berkhasiat menambahkan tenaga dan darah.


[3] KERAPU KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerapu – dibersihkan
30 gm halia – dikisar
8 kuntuk cendawan cina – dihiris
4 sudu makan sos ikan
½ sudu makan kicap cair
½ sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Gaul ikan dengan garam, gula pasir, sos ikan dan halia hingga rata. Letakkan dalam pinggan tahan panas. Taburkan cendawan di atasnya. Titiskan kicap cair rata-rata.
b) Kukus ikan hingga masak.


[4] TELUR GORENG HALIA

Bahan-bahan:

2 biji telur – dipukul sedikit
4 sm halia – dihiris
1 sudu makan minyak bijan
1 – 2 sudu teh kicap manis

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Goreng halia hingga wangi.
b) Masukkan telur dan kacau bersama halia. Masak hingga garing.
c) Tambah kicap dan hidangkan dengan nasi panas.


[5] SALAD AYAM

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam
1 biji tomato – dihiris
1 ulas bawang putih – dicincang halus
½ sudu makan minyak jagung
½ sudu makan serbuk cili
½ sudu teh garam
Sedikit daun salad & cili benggala

Cara menyediakan:

a) Gaul dada ayam dengan serbuk cili, bawang putih, minyak jagung dan garam. Perapkan sekejap.
b) Panggang dada ayam hingga masak.
c) Hidangkan dengan daun salad, tomato dan cili benggala.


[6] HATI MASAK KICAP

Bahan-bahan:

5 ketul hati ayam – direbus sekejap
1 biji bawang besar – dihiris
2 sm halia – ditumbuk halus
3 ulas bawang putih – ditumbuk halus
3 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu makan kicap pekat
½ sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
250 ml air
Garam secukup rasa
Minyak jagung secukupnya

Cara menyediakan:

a) Gaulkan hati ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dalam minyak panas hingga garing. Ketepikan.
b) Panaskan 2 sudu makan minyak jagung. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu.
c) Masukkan air, kicap, asam keping dan garam.
d) Ketika mendidih, masukkan hati ayam dan masak hingga pekat.


[7] BUBUR KACANG HIJAU

Bahan-bahan:

250 gm kacang hijau
½ biji kelapa – ambil santan secukupnya
Gula melaka secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Rendam kacang hijau selama 4 jam. Kemudian rebus hingga kembang. Tambah air jika perlu.
b) Masukkan gula melaka dan santan. Kacau bubur di atas api sederhana hingga mendidih.


[8] NASI GORENG JAGUNG

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih
100 gm sayur campur
50 gm ikan bilis halus – digoreng
2 keping dada ayam – didadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji telur – digoreng hancur
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan kicap masin
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
b) Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan pula sayur campur, telur, kicap dan garam secukup rasa.
c) Masukkan nasi dan gaul hingga bercampur rata. Masak lagi selama 2 minit.
d) Taburkan ikan bilis di atas nasi goreng ketika menghidang.



[Sumber: Variasi Sajian Sihat]

No comments:

Post a Comment

Nukilan Sofiee
Daisypath Anniversary Years Ticker

Shout Box

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x