July 29, 2008

Apa Logiknya Mas Kahwin Mahal?

Terkedu saya bila mendengar ada sedara DH yang perlu menghantar mas kahwin sebanyak rm10K untuk calon isterinya (kedua2nya k*l**e), masya-Allah.

Untung banyak ke si calon isteri kerana mendapat mas kahwin yang mahal?

Fuhhhhh rasanya si calon isteri patut menghela nafas lega kerana mendapat mahar sebanyak itu!

Sementelah segala perbelanjaan kahwin pula akan ditanggung oleh keluarga pihak si calon isteri.

Amboiiiii bertuahnya badan?!!!

Hurmmm!

-------------------------------------------------------------------

Mahar adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.

Ini berasaskan kepada firman Allah swt yang bermaksud:

"Berilah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan." (An-Nisa: 4)

Rasulullah saw pernah meminta seorang sahabat yang ingin berkahwin supaya membayar mahar walaupun dengan sebentuk cincin besi dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perkahwinan itu berlangsung tanpa membayar mahar, samada oleh Rasulullah saw atau sahabat.

Berasaskan ayat al-Quran dan hadis dan apa yang berlaku pada zaman Rasulullah saw inilah maka kalangan ulama atau fuqaha sudah ijmak bahawa mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami sebagai hak perempuan yang wajib ditunaikannya.

Mengenai kadar mahar, sebenarnya tidak ada kadar tertentu tetapi yang penting ia mestilah daripada sesuatu yang mempunyai nilai (kewangan) atau ada manfaatnya.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw, seorang yang tidak mempunyai kewangan dan kemampuan tetapi apabila hendak berkahwin, Rasulullah saw bertanya: "Adakah engkau tahu membaca al-Quran?"

Orang itu mengaku bahawa dia tahu membaca surah tertentu di dalam al-Quran lalu Rasulullah saw berkata: "Ajarkan surah-surah itu kepada isterimu sebagai mahar."

Dalam konteks ini, bacaan surah daripada al-Quran itu, tidak merupakan barangan tetapi ia tetap menjadi manfaat yang boleh dikecapi oleh isterinya itu.

Mengenai persoalan kadar maksimum sesuatu mahar, Islam tidak menetapkannya kerana ia adalah hak wanita.

Dalam hal ini, terpulanglah kepada mereka untuk menetapkan sebanyak mana yang dikehendaki.

Bagaimanapun Rasulullah saw menggalakkan umat Islam supaya memberikan mahar yang sedikit, mudah dan sederhana.

Rasulullah saw bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."

Pada hadis ini jelas Rasulullah saw menggalakkan umat Islam supaya tidak mengenakan mahar yang terlalu tinggi dan di sinilah duduknya keberkatan rumahtangga.

[Sumber:
http://members.tripod.com/siti_2/01/32.html]


NILAI MAS KAHWIN SELURUH MALAYSIA

NEGERI ANAK DARA JANDA

JOHOR RM 22.50 RM 22.50

MELAKA RM 40.00 RM 40.00

N.SEMBILAN
a. Bukan Waris RM 24.00 RM 12.00
b. Ahli Waris RM 48.00 RM 24.00

SELANGOR
Orang Kebanyakan RM 80.00 RM 40.00

KUALA LUMPUR RM 80.00 RM 40.00

PERAK RM 101.00

PULAU PINANG RM 24.00 RM 24.00

KEDAH Tidak ditetapkan

PERLIS Tidak ditetapkan

PAHANG RM 22.50 RM 22.50

TERENGGANU Tidak ditetapkan

KELANTAN Tidak ditetapkan

SABAH RM 100.00 RM 80.00

SARAWAK RM 120.00 RM120.00

W.P LABUAN RM 80.00 RM 80.00

[Sumber: http://
www.islam.gov.my/informasi/nilaimaskahwinnegeri.html]

No comments:

Post a Comment