May 07, 2009

Rindu Bau Pohon Tin






[At-Taubah: 122]

[122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).


Menuntut Ilmu Satu Kewajipan

Sesungguhnya besar sekali makna yang terungkap di sebalik kalimah 'Nafara' yang difirmankan Allah SWT di dalam ayat ini (at-taubah: 122).
Menuntut ilmu di jalan Allah SWT benar-benar sebuah peperangan. Pengorbanan yang diperlukan besar kerana harganya mahal. Harganya mahal kerana nilainya tinggi. Nilainya tinggi kerana 'agenda' melahirkan ilmuwan pewaris Nabi.
Tugas yang dipikulkan ke atas penuntut ilmu di jalan Allah bukan sekadar memberi 'Taalim', memberi tahu.
Allah SWT memberitahu bahawa tugas penuntut ilmu di jalan Allah SWT sama seperti tugas seorang Rasul iaitu menyampaikan sebuah 'inzar' (al-muddatsir: 2).
Inzar bukan sekadar memberitahu. Ia lebih daripada itu. Inzar memberi pelajaran tentang kebaikan, juga memberi amaran tentang keburukan.
Inzar mengajak kepada yang maaruf disertakan juga seruan mencegah dan meninggalkan munkar. Inzar adalah sebuah mesej yang hidup agar ummah sentiasa berjaga-jaga.
"... di celah pohon zaitun yang rendang, bersemadi syuhada pahlawan islam, menanti dan terus menanti, hadirnya barisan waris perjuangan..."
[Petikan: Rindu Bau Pohon Tin - Hasrizal Abdul Jamil]

2 comments:

  1. salam ahad dan selamat hari ibu

    semoga kita dapat menjadi ibu dan anak yang terbaik

    ReplyDelete