July 22, 2009

Travelog Seorang Da'i



Catatan #1

"Apabila kamu pulang nanti, sampaikan ilmu yang kamu dapati di sini, jangan kamu takut untuk menyampaikan kebenaran".

"Apabila ramai yang datang untuk belajar denganmu dan suka kepadamu, ketahuilah kamu ketika itu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran tetapi sebaliknya menyampaikan mengikut apa yang disukai orang ramai, sedangkan Allah swt berfirman : "Kebanyakan manusia tidak suka kepada kebenaran"".

"Apabila hanya sedikit yang datang kepadamu, janganlah kamu berputus asa kerana kebenaran hanya akan disenangi oleh sedikit manusia".

Pada akhir zaman ini, memang benar apa yang dikatakan oleh kiyaiku.

Kebenaran tidak lagi menjadi kesukaan di hati manusia. Sebaliknya, yang tidak benar akan lebih mendapat tempat di hati manusia.

Lagi banyak tidak benarnya, lagi ramai yang akan menjadi pengikutnya. Lagi banyak benarnya, lagi sedikit yang mahu menyertainya.

Catatan #2

Aku teringat sepotong ayat yang menyatakan betapa perlunya seseorang itu kepada doa.

Doa dirinya sendiri dan doa orang lain untuknya. Doa adalah senjata kejayaan seorang Mukmin. Tetapi siapa yang akan doakan untukku setiap hari?

Lalu aku teringat ajaran memberi salam. Nabi kita Rasulullah SAW menggalakkan umatnya sentiasa memberi salam kerana salam adalah doa seorang kepada seorang yang lain.

Apabila diucapkan "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh" bererti "Salam sejahtera ke atas kamu dengan rahmat Allah dan keberkatan-Nya".

Bukankah itu merupakan DOA?

No comments:

Post a Comment