August 21, 2009

Solat Tarawih

1. Hukum Solat Tarawih

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

b) Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.

2. Waktu Solat Tarawih

Waktu solat Tarawih ini ialah selepas menunaikan solat Fardhu Isyak.

3. Rakaat Solat Tarawih

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

b) Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula, beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.

d) Solat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

4. Lafaz Niat Solat Tarawih

- Usholli sunnatat taraawihi rak'ataini lillahi taala.
Bermaksud: Sahaja aku solat Tarawih dua rakaat (makmum) kerana Allah Taala.

5. Rukun Solat Tarawih

Rukun solat sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun solat yang lain juga.

No comments:

Post a Comment