November 30, 2009

Jom Jadi Ahli Syurga

Sebagai seorang muslim dan mukmin, kita semuanya tentu memasang niat untuk menjadi AHLI SYURGA di akhirat sana.

Tapi sejauh mana?


Setakat niat sahaja tentu tidak memadai.

Mesti disertakan dengan usaha, kesungguhan, istiqamah dan ilmu pengetahuan yang sebaik-baiknya untuk beribadah secara sempurna sebagai hamba Allah yang soleh dan bertakwa.

Marilah kita bersama-sama mencari ilmu dan rahsia mengenai amalan dan pelaburan untuk kejayaan dan kesejahteraan di hari akhirat kelak.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, hidayah, keampunan dan keredhaan-Nya kepada kita semua, insya-Allah, amiinnn.

Carilah masa untuk menguliti buku-buku seperti di bawah :

1. Orang-Orang Yang Dijamin Masuk Syurga - Abdul Latif Al-Ghamidi

2. Rahasia Masuk Surga - Muhammad Mahmud Abdillah

3. 40 Sebab Masuk Syurga - Yahya Bin Musa Al-Zahrany

4. Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun! - Hj Ahmad Haris Suhaimi

5. Apakah Amalan Bagi Menjauhkan Kesusahan Hidup - Hj Ahmad Haris Suhaimi

6. 40 Amal Penghapus Dosa - Syahrin Jasah

7. 40 Ayat Al-Quran Menghapus Dosa-Dosa - Muhammad Al-Sayim

8. Akhlak Terpuji Kunci Ke Syurga - Akram Ridha

9. Amalan Yang Membawa Ke Syurga Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah - Harun Arrasyid Haji Tuskan

10. Malam Pertama Di Syurga - Adil Akhyar

11. Bagaimana Mendapat Istana & Taman Di Syurga? - 'Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh

12. Mencari Pahala Lumayan Mengisi Pembangunan Di Akhirat - 'Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh

13. Sifat Wanita Penghuni Syurga- Muhriz Ibn Hashim

14. 40 Amalan Wanita Ke Pintu Syurga - Abu Zahid Mukhlis

15. Ciri-Ciri Wanita Yang Membawa Ke Syurga - Jaafar Salleh

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment